Assalamualaikum semua, alhamdulillah ramai terbuka hati, terbuka minda bahawa sudah sampai masanya kita beralih daripada offline bisnes kepada online bisnes. Tidak bermakna ditutup kedai anda, tidak. Tetapi expanding - growth bisnes anda kepada pasaran yang lebih luas. Why not??
Okay, kepada semua rakan bisnes saya diluar sana. Sudah ada kedai facebook official anda? Sudah siap siaga? Alamak stuck pula bagaimana nak naikkan likes kedai facebook page anda, supaya sedaplah sedikit mata memandang kan? Sesungguhnya jika page anda ada banyak likes, atau follower sedikit sebanyak dapat meningkatkan kredibiliti kedai anda di mata customer atau prospek anda.
Bagaimana nak dapatkan facebook page likes atau follower secara percuma?
Ya! Melalui rakan-rakan facebook anda. Melalui keluarga, saudara mara, sahabat handai. Ada dua cara yang anda boleh kongsikan secara percuma, jom skroll ke bawah kita belajar cara nak buat.
Cara Pertama: Tambah likes page melalui rakan facebook
Pertama: Buka facebook page anda.
Kedua: Anda akan lihat paparan untuk invite rakan facebook like page anda. Klik invite dan pilih rakan serta tick pada invite in Messenger.
Cara Kedua: Ajak orang lain, bukan rakan facebook anda untuk like page anda.
Salah seorang client Fb page saya, iaitu Tuan Zulkefli. Alhamdulillah, sedang mencuba untuk meluaskan prospek di medium facebook secara rasmi. |
Pertama: Buka facebook page anda.
Kedua: Share link page anda. Di atas sekali, copykan link page kedai anda dan share kepada seramai yang mungkin.
Contoh link: https://www.facebook.com/Emmemarinacom
Tips:
Anda boleh share link anda ketika anda membuat promosi/iklan di group2 whatsapp, sharing produk, pengenalan produk, apa sahaja yang anda lakukan, anda letakkan link facebook page anda supaya rakan-rakan dapat like dan follow kedai anda!. Ini merupakan cara terbaik untuk perkenalkan kedai rasmi anda. Lebih ramai sahabat tahu kewujudan page anda, lebih tinggi trafik dan rating di Google. Manalah tahu, tup tup page anda naik di carian page pertama google apabila prospek anda mencari solusi atau produk berkaitan bisnes / servis anda kay.
Alhamdulillah. Mudah sahaja kan?
Cuba hari ini ya!
memang sedang cari cara nak invite org ke page kita … terima kasih share
BalasPadambaguslah inf ni nn nak try buatlah... terima kasih perkongsian :)
BalasPadamMudah je rupanyaa...
BalasPadamelok laa,, kebetulan tengah nak kumpul like nii..
BalasPadam