Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Seluruh Malaysia

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Seluruh Malaysia | Assalamualaikum semua, sudah lebih 2 tahun kita terkesan dengan pandemik Covid-19 khususnya pada tahun 2020 apabila pandemik melanda dan pelaksanaan PKP dilaksanakan ramai tenaga pekerja kehilangan pekerjaan apabila syarikat terpaksa ditutup dan menurut statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, sejumlah 140,608 individu dilaporkan hilang kerja sejak Mac 2020 sehingga 20 Ogos 2021. Ini merupakan suatu jumlah yang amat besar. Turut terjejas, para usahawan dan peniaga kecil di seluruh Malaysia.

Namun, kita melihat perubahan besar berlaku apabila Malaysia mula menukar kepada penggunaan sistem online secara besar-besaran di mana ia merupakan cara terbaik bagi mengatasi masalah pendekatan secara berdepan. Sepanjang PKP dijalankan, Work from Home atau BDR dilaksanakan bagi semua pekerja termasuklah sistem pendidikan (PDPR). Kerancakan sistem dalam talian ini memberi ruang terbaru kepada para usahawan dan peniaga mencuba pendekatan terbaru. Malah ramai individu yang hilang pekerjaan turut mula menceburi bidang perniagaan dalam talian.

Membeli-belah dari rumah (home shopping) benar-benar dilaksanakan secara meluas dan ini memberi impak kepada pandangan baru semua usahawan tidak kiralah online atau offline. Melihat situasi ini, haruslah semua peniaga belajar dan mendalami cara baru perniagaan secara online dan menggunakan kreativiti masing-masing bagi mengatasi masalah kewangan akibat Pandemik Covid-19.

Tahukah Anda? Walaupun kita bergelut dalam pandemik, namun RICHWORKS telah berjaya membantu 100 usahawan Jutawan dalam Titan Summit 2021 menunjukkan bahawa ianya tidak mustahil untuk kita berjaya walaupun dalam keadaan tertekan kerana Pandemik Covid-19. Anda boleh baca artikel sepenuhnya di sini:- Mulanya Perkongsian 100 Usahawan Jutawan Harungi Krisis Pandemik


Tentang Richworks


Sebagai salah seorang peniaga, nama Richworks ini tidak asing lagi disebut dan dititip sepanjang saya menimba ilmu marketing. Malah saya sendiri pernah mengikuti beberapa kali program anjuran Richworks. Alhamdulillah, banyak input yang saya pelajari dan amalkan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman, malah ramai rakan seperjuangan saya bangkit menjadi usahawan berjaya semasa krisis Pandemik Covid-19 ini melanda.

Richworks merupakan syarikat Datuk Wira Dr Azizan Osman yang mensasarkan kepada kebangkitan usahawan seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2008 dan masih utuh menaikkan martabat usahawan sehingga ke hari ini. Semenjak ditubuhkan, Richworks telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Visi RichWorks adalah menjadi rangkaian ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan dengan mensasarkan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 disamping memberi akses mudah ke kandungan berorientasikan hasil dan penyelesaian dari platform dalam talian – Richworks.com seterusnya Menginspirasi, Mendidik & Menambah Nilai Hidup kepada masyarakat di seluruh dunia.




Richworks Bukan Hanya Membantu Golongan Usahawan Tetapi Turut Terlibat Dalam Membantu Masyarakat.


"Alhamdulillah, RichWorks bersama Mentor Usahawan, kekal komited nak membimbing lebih ramai orang lagi," berkata Ketua Pegawai Perniagaan Richworks, Radz Mohd dalam temu bual beliau bersama Berita Harian baru-baru ini. Dalam pada itu, Radz memberitahu, RichWorks bersama usahawan kami tak ketinggalan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu digerakkan bermula Julai tahun lalu, dapat mengutip sumbangan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga yang memerlukan. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.




Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. "Alhamdulillah, itulah sebahagian besar perjalanan RichWorks yang kami usahakan sepanjang 2021 dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Mari Kita Berkenalan Lebih Dekat Lagi Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman


Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Seluruh Malaysia


Tahniah diucapkan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman diatas pengiktiran yang beliau terima baru-baru ini dari Nona Superhero Award.

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 1.5 Juta peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas & Pengerusi Eksekutif. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.


Masya Allah, hebat bukan? Daripada insan biasa kepada luar biasa untuk membuktikan bahawa nothing is impossible jika kita mahukan sesuatu kejayaan. Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membukti bahawa segala impian kita boleh dicapai dengan mindset dan tindakan yang betul. Jika beliau boleh lakukan sebagaimana usahawan-usahawan lain dibawah program beliau, maka insya Allah anda semua juga boleh lakukan. Timba ilmu dan bertindak!


Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman


Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Seluruh Malaysia


Kita sudah memasuki minggu kedua di bulan Februari, tahukah anda? Richworks akan menganjurkan sebuah Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman sepanjang bulan Februari ini? Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini sepanjang Februari, pukul 8 pagi.

Ini antara apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi:

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.








Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.


Masya Allah, saya sendiri risau dengan situasi sekarang. Saya juga akui agak struggle dalam bisnes. Insya Allah, mari sahabat bersama saya kita sertai program anjuran Richworks ini di sepanjang bulan Februari. Bangkit dengan ilmu dan tindakan yang betul. Insya Allah, kita pasti boleh mengharungi krisis yang sedang melanda.


Sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman


“The biggest regret bukan sebab bisnes tak berpotensi untuk berjaya, tapi sebab anda sebagai usahawan tak buat apa-apa tindakan untuk berjaya. Ramai orang suka complaint, kos sara meningkat, tak ada duit. Menyalahkan orang lain adalah kerja paling senang. Persoalannya, apa kita buat dengan diri kita? Apa kita buat untuk naikkan bisnes kita?” - Datuk Wira Dr Azizan Osman


Klik sini untuk sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.




Facebook: RichworksGroup

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan