Assalamualaikum semua. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis hari ini. Bagaimana caranya untuk kita download atau save video di Facebook? Sebagai pengguna Iphone jom saya kongsikan caranya
Mula-mula download apps Download di Apple Store. Ni linknya https://apps.apple.com/my/app/documents-media-file-manager/id364901807
Lihat gambar apps, jangan tersilap download ya.
Setelah install, sila buka apps tersebut dan setup apa yang perlu😅. Sudah download? Jom kita download video di Facebook apps.
Buka video yang anda nak download di Facebook. Tekan pada video tersebut ya. Kita nak dapatkan link video.
Klik video tersebut dan copy link video.
Cara nak cari link video: tekan pada share
Ok. Dah jumpa? Sekarang paste link video tersebut di apps Download. Buka apps Download dan klik pada icon browser. Anda akan jumpa laman Getfvid.
Tekan download, dan nampak ya icon arrow ke bawah tu. Sedang mendownload.
Download berjaya! Namun masih belum selesai ya. Video ni ada di dalam apps Download, belum disimpan di dalam folder handphone lagi.
Klik pada button tiga di bawah. Dan pilih save video.
Siap. Mudahkan? Alhamdulillah ❤️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan