Berehat

 Seorang ibu mempunyai kerjaya seumur hidup tanpa income. Adakah dengan menguruskan suami dan anak-anak, beliau dibayar? Berapa gaji seorang ibu? Ibu kita, ibu kawan kita, diri kita sendiri sebagai ibu. Ibu, letih bagaimana pun mereka, nak terjatuh dari berdiri, lenguhnya kaki dan lutut mereka. Berkerut hingga wajah dimamah usia sedangkan masih muda. 


Saya mula memahami bila melihat emak tanpa henti memikirkan hal anak-anak. Anak sudah besar panjang tetapi masih perlu dirisaukan. Yang mana masih belum menunjukkan prestasi diri, itulah dia anak yang ditatang penuh. Yang mana sudah tidak perlukan emak lagi, emak biarkan sahaja. Bukan kerana tidak sayang, tidak risau, atau tidak memikirkan. Logiknya, setelah kita jaga, berikan apa yang kita mampu usahakan, anak-anak ini membesar dan memilih tidak kembali kepada kita sebagai ibu yang membesarkan mereka.


Sudah besar panjang. Sudah pandai. Sudah serba serbi tahu akan segala-galanya.


Namun silap si anak. Anak masih belum kenal erti perjuangan dan hati seorang ibu. Semoga belum terlambat si anak untuk menghargai si ibu. 

=========================================

Kisah setiap ibu adalah tidak sama. Kisah saya berbeza, emak berbeza, mertua saya berbeza, tiada yang sama walau situasi yang sama. Anak-anak kita berbeza walau jantinanya sama. Nakalnya mungkin sama, tetapi karenahnya tidak sama. Pujukan berbeza, masa berbeza maka sukar untuk menjadi sama bagi semua keadaan. Term sama, tak menjadikan ianya sama. 


Kisah saya menjaga dan menguruskan 5 orang anak, sambil bekerja sendiri sudah capai ke tahap saya mula hilang fokus dalam kerjaya. Bekerja sendiri memerlukan fokus yang tinggi, disiplin, emosi dan support dari insan tersayang. Kita tahu bahawa walau jatuhpun diri kita, lost, gagal, kita ada support dari mereka yang memahami sukarnya kehidupan kita seorang diri dalam menguruskan pelbagai pihak, apatah lagi harus menguruskan diri sendiri yang emosinya, fizikalnya turun dan naik. Belum lagi tercalar balar di sana sini. 


Tersenyum bukan bermakna kita bahagia. Ada yang senyum dalam tangisan. Hanya diri sendiri yang tahu apa makna senyum. Sedangkan mereka yang melihat akan merasakan semua ok. 


Apakah seorang manusia akan okay setiap hari? Maka kita harus sentiasa bertanya, bagaimana hari awak hari ini? Apa perasaan awak hari ini? Are you happy with your life? Are you happy with your work? Do you want to take a break? Is there anything i can do to help you? Is there anything you want to share with me?


Sudah beberapa bulan saya cuba mendapatkan kembali semangat untuk berjuang. Jika saya bekerja dengan majikan, sudah tentu majikan tersebut perasan semangat juang saya semakin hilang. Jika tak bersabar agaknya sudah lama dia berhentikan saya bekerja. Kan? 


Jadi saya betul-betul memerlukan rehat. A moment to get up. Mencari semangat yang hilang. Walau diletakkan matlamat di depan mata, saya sudah hilang BIG WHY untuk meneruskan. Begini sekali rasanya. Lost. 


Saya berjumpa pakar terapi tetapi bagi saya ia tidak membawa perubahan. Diri saya ialah blockage kepada apa yang berlaku. Tidak membuka diri kepada orang lain ialah punca semua kemerosotan diri sendiri. Sudah lama saya tidak bermonolog dengan Pencipta, sedangkan Dialah satu-satunya Penolong, dan Maha Mengetahui. Dialah yang Maha Memberi, Memahami, Memakbulkan. Tetapi saya masih belum jumpa apakah hajat dan doa yang mahu saya minta. Maka saya berdiam dan berdoa secara umum. 


Kritikal atau tidak situasi saya, saya rasa mungkin tidak kritikal. Kritikalnya diri ialah apabila kita mula terperosok jauh dari insan sekeliling kita, mula jauh dari Tuhan, mula cenderung untuk marah dan menangisi diri. Setuju?


Jadi walau bagaimana pun kita rasa kita lost, jangan sampai hilang terus. Pegang pada secebis kemanusiaan yang Allah beri pada diri kita. Berehat untuk bahagian yang hilang, dan kembalilah dengan tujuan yang baru. Jika ada sahabat seperti saya ketika ini, saya doakan agar sahabat dapat kembali semula dengan kuat, berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan