"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 46:31
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Mari kita kembali kepada PASAK, tujuan Al-Quran ini diturunkan kepada kita semua, Insya Allah, semoga Allah SWT bantu
Ikhtiar Solat Awal Waktu Dengan Jam Azan di rumah anda. Memperkenalkan Jam Azan Bilal dari Buruj Watches! Akhirnya setelah lama menunggu, Buruj Watch mengeluarkan edisi jam solat digital khas untuk kediaman rumah.
Ini adalah salah satu usaha untuk kita ubah suasana rumah, disiplinkan keluarga untuk solat awal waktu. Insya Allah ~ Ustazah Asma Harun
Bukan sahaja penting bagi kita sebagai umat Islam dalam mendidik kepentingan solat di dalam institusi kekeluargaan namun ianya memberi maksud kita harus saling memperingati sesama kita tentang pentingnya mendirikan sembahyang lima kali sehari.
Apa Itu Jam Azan?
Jam azan ialah alat mengingatkan waktu yang ditetapkan untuk adzan atau panggilan solat. Waktu azan berubah setiap hari bergantung pada posisi matahari. Namun dengan teknologi dunia yang semakin canggih, kini nak tahu waktu azan di tempat tinggal masing-masing, kita sudah boleh guna aplikasi azan atau lawati laman web khas yang bagi maklumat waktu solat. Jam azan ini juga tidak memerlukan data internet, ianya sudah siap tersedia pengiraan waktu solat mengikut jakim malaysia selama 99 tahun.
Bagaimana Sebenarnya Pengiraan Bagi Sebuah Jam Azan Ni?
Okay, mungkin ramai rasa was-was, konfius betul ke jam azan ni lagi-lagi tak pakai internet. Tetapikan, dunia internet bukanlah dunia yang lama, dulu semasa tiada internet cuba anda fikir bagaimana jam azan dicipta? Bagaimana jakim update dan setiap masjid tahu waktu solat ni secara tepat?
Ha, jawapannya adalah menggunakan sistem pengiraan waktu solat
Mengikut website e-solat, dan muftiwp, ada formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat ni dan formula ini untuk pengetahuan semua adalah berdasarkan kepada formula matematik trigonometri sfera. Maklumat utama perlu tahu supaya proses hitungan dapat dijalankan ialah koordinat kawasan kiraan waktu solat (latitud & longitud), nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari. Walaupun hitungan dijalankan namun asas utama rujukan untuk penentuan waktu solat ialah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh.
Hitungan yang digunakan adalah berpandukan kepada Almanak Falak Syarie dan perisian yang telah disediakan oleh pihak Jakim. Waktu solat juga dihitung berasaskan kepada konsep zon waktu solat. Waktu solat akan disemak dan diperakui oleh Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan sebelum edaran dibuat.
Anda juga boleh merujuk video perkongsian dari Hj Pauzi Tahir, maka dengan sistem formulasi inilah bagaimana waktu solat dibuat, dan begitu jugalah bagaimana jam azan serta jam tangan solat di cipta.
Enjin atau software bagi jam azan ini menggunakan formulasi yang telah ditentukan oleh ahli Falak.
Anda nak kira sendiri pun boleh! Kira sahaja waktu solat di website ini, ada kalkulator waktu solat ye. Maju kan?
Cumanya alhamdulillah sekarang dah tak susah nak cari informasi waktu solat, sudah ada kalendar solat yang anda boleh dapatkan di mana-mana pejabat agama seluruh Malaysia, nak beli pun boleh. Ada masjid berhampiran rumah sangat membantu juga kan? Dengar azan je solat.
Juga, dengan teknologi internet dan smart phone anda tak culas dah nak tahu dan diberikan peringatan masuknya waktu azan ni. Cumanya, mendengar azan adalah lebih baik, dan jam azan tidak memerlukan data internet atau mengganggu mana-mana aplikasi. Plug in atau pakai bateri sahaja pun dah boleh.
Kelebihan & Manfaat Jam Azan Bilal
Setiap rumah, institusi yang memiliki jam azan pada masa sekarang mengakui bahawa mempunyai jam azan sangat membantu. Bukan sahaja memperingatkan ahli keluarga dan rakan sekerja masuknya waktu, ada fungsi-fungsi lain seperti bacaan zikir, surah dan banyak lagi. Dengan menguruskan hal rumah tangga, urusan kerja berpandukan waktu solat sebagai titik utama. Insya Allah urusan anda semua akan jadi lebih baik.
Janji Allah itu benar, menjaga solat dan urusan kita sebagai muslim merupakan keutamaan kita ya. Jika sukar untuk kita nak jaga solat, maka jika perlukan alat bantuan memperingatkan solat, maka inilah antara alatnya, iaitu jam azan untuk kediaman, ofis, tempat kerja atau persendirian.
Saya kongsikan, lima Janji Allah kepada Hambanya yang Menjaga Solat.
Antara Kelebihan dan Manfaat Memiliki Jam Azan Di Rumah/Institusi
Masalah sukar untuk bangun tahajud/subuh. Dengan memiliki jam azan, setiap hari anda akan dikejutkan dengan azan Subuh di bilik tidur anda , dan ada sesetengah model jam boleh disetkan alarm untuk bangun tahajud. Memandangkan jam azan di dinding, anda tidak bolehlah nak turn off bunyi alarm tu kan?
Ada alunan zikir dan surah sebelum atau selepas waktu solat. . Secara tidak langsung anda akan turut berzikir atau mengaji, lama-lama boleh hafal lagi kan?. Sekurangnya ia memperingatkan kita untuk berzikir dan mengaji Quran
Mengingatkan anda dan juga ahli keluarga anda akan kepentingan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat berkualiti dan disayangi Allah.
Mewujudkan suasana yang tenang dalam rumah anda dengan alunan azan, zikir dan mengaji Al-Quran.
Menghindar gangguan jin dan syaitan, kerana alunan-alunan azan membuatkan syaitan lari betul tak? Lagi-lagi apabila rumah ditinggalkan terlalu lama, kerana bercuti, pulang ke kampung. Jangan tutup pula suis jam azan tu ya!
Hiasan dinding rumah anda nampak menarik . Pasti tetamu di rumah anda akan tertarik untuk mendapatkannya. Ya betul ni, design-design jam azan sekarang ni sangat cantik dan sesuai dijadikan sebagai salah satu rekaan dalam rumah.
Pendidikan buat anak-anak. Hari-hari dengar surah tertentu yang dibacakan Jam Azan sampai anak-anak pun dah boleh hafal. Begitu juga kita mengajar anak-anak sentiasa berzikir.
Anda boleh jadikan jam azan sebagai hadiah hari ibu/bapa,hadiah hari guru, sedekah atau wakaf kepada masjid/surau/rumah anak yatim/maahad tahfiz ,hadiah perkahwinan, hadiah hantaran dan sebagainya
Boleh letak di dapur , suri rumah lebih tenang dalam menyediakan masakan dan untuk pengetahuan semua ya, bagi jam azan bilal, boleh dengarkan bacaan surah pada bila-bila masa, hanya tekan remote sahaja tau. Lengkap 114 surah di dalam jam azan bilal ni.
Fungsi Jam Azan Bilal
Jam azan bilal istimewa sedikit dari jam-jam azan yang ada dipasaran. Tetapi yang penting untuk sahabat semua ialah kita pilih kerana nak peringatkan kepada waktu solat kan? Bagi yang suka dengan jam azan Bilal ni, tahniah saya ucapkan!
1. Azan Times Worldwide - Boleh bawa ke luar negara, maksudnya sesiapa pun boleh dapatkan jam azan bilal ni. Tidak kiralah duduk di mana pun insya Allah boleh dengar azan mengikut waktunya.
2. Azan Sound Reminder - Pelbagai pilihan suara azan untuk anda pilih dan dengarkan apabila masuknya waktu azan
3. Prayer Alarm - Anda boleh setkan alarm sebelum atau selepas waktu azan.
4. Personalized name - Nak letak nama atau ayat yang sesuai untuk kediaman atau ofis anda? Boleh sahaja, maksima 8 huruf, sebagai contoh "SYURGAKU"
5. Hijri & Gregorian Calender
6. 30 Juzuk Audio Al-Quran - 30 juzuk audio ini boleh didengarkan pada bila-bila masa sahaja, tekan je remote dan pilih surah yang anda inginkan. Lengkap 114 surah ya!
7. Multiple Language (Malay, Arabic, English)
8. Collection Zikir by Inteam Record
Spesifikasi Jam Azan Bilal
Saiz : Lebar 39.5cm, Lebar 28cm
Material : Matte Surface Finishing
Panjang cable : 193 cm
Model Jam Azan Bilal
Ada tiga jenis model buat masa ini keluaran bilal, iaitu mecca, medina dan al aqsa. Untuk model al aqsa, ni ada tribute to Palestine ya.
Apa Yang Akan Anda Dapat Dalam Pakej Pembelian?
What’s in the box?
1. Manual Book
2. Warranty Card 369 Days
3. Charger (Plug & USB)
4. LED Wall Clock
5. Remote Control
Testimoni Pengguna Jam Azan Bilal
SOALAN: BILAL JAM AZAN RUMAH NI PAKAI PLUG KE? KE PAKAI BATTERY?
Jawapan: Pakai plug!, tapi jangan risau plug kami USB cable ya. Mudah nak diuruskan kan? Kami akan beri cable dan chargernya sekali.
Berapa harganya? Sempena launch jam waktu solat Buruj Bilal ni, harga istimewa buat semua pelanggan kami
Harga Asal - RM550 ❌
Harga Pengenalan - RM350 sahaja
Lagi best, PERCUMA POSTAGE BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!
Bagaimana nak terus tempah Jam Azan Bilal ni?
Jom dapatkan #jamazanbilal hari ini. Limited edition tau... Sementara stok masih ada . .
Mai bagi yang masih tak puas hati dan nak tengok video dengan lebih dekat. Jom lihat video2 yang saya kongsikan di sini. Panduan juga saya terus kongsikan untuk anda lihat terus haa senang atau tidak nak setting jam. Insya Allah, nak setting jam Bilal pun senang aje tau. Pasti boleh!
alhamdulillah, tepat waktunya mengikut waktu solat jakim =)
Ramai tanya kan, kalau jam tangan Buruj memang takde bunyi azan. Ialah jam tangan ni berjalan merata termasuk pergi ke tandas cthnya, takkan tibe2 bunyi azan berkumandang kat situ?
8 pilihan suara azan. Anda nak alunkan suara yang mana satu? Kami share skit kat sini
Ada berapa design ya Bilal ni? Meh tengok live
Jam memainkan surah-surah selepas azan, besar manfaat mendengar bacaan Al-Quran buat yang mendengarnya dan rumah.
Mendengar bacaan Alquran mendatangkan rahmat Allah SWT. Allah SWT berfirman: وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Dan apabila dibacakan Alquran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (QS Al Araf 204)
Panduan/Tutorial Jam Waktu Solat Digital Bilal
Mudah sahaja nak setting ya sahabat
Gunakan remote sahaja
Cara Set Masa
Cara Set Paparan Kalendar
Cara Set Waktu Azan (dalam dan Luar Negara)
Cara Set Bahasa
Teruja kan? Jom dapatkan Jam Waktu Azan Rumah Bilal dari Buruj Watches hari ini. Hadiahkan satu tuk rumah sendiri, pejabat, rumah mak, rumah mertua.. Masya Alla
Teknik Fungsikan Emas hanya untuk dealer Orodesign
Firman Allah SWT Tentang Al-Quran
كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. 38:29
Unordered List
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan