Cabaran dan Faktor Berniaga Dari Rumah Sebagai Seorang Suri Rumah Tangga

Cabaran dan Faktor Apabila Berniaga Dari Rumah khususnya jika anda Seorang Suri rumah Sepenuh Masa. Berusaha dengan apa yang ada mengikut kemampuan diri sendiri. Kata-kata ini lebih saya tujukan kepada diri saya sendiri. Jikalau beberapa tahun dahulu, saya boleh melakukan pelbagai kerja, multi-tasking dengan mudah sekali. Fokus yang tinggi serta otak yang kurang penat. Tetapi saya akui sejak kebelakangan ini, khususnya selepas kelahiran anak keempat, fokus dan kecekapan dalam melakukan kerja sudah mula membebankan minda, emosi dan fizikal. 


berniaga dari rumah


Antara persoalan, cabaran dan faktor jika suri rumah tangga mahu mula berniaga yang boleh kita fikirkan bagi situasi ini ialah:

1 - Apa yang diperlukan bagi seseorang untuk fokus pada tugasan  harian?

2 - Bagaimana jika seseorang itu adalah suri rumah tangga dan pada masa sama beliau bekerja sendiri bagi membantu kewangan keluarga?

3 - Bagaimana pula jika beliau mempunyai lebih dari tiga orang anak kecil yang memerlukan perhatian?

4 - Tugasan harian sebagai surirumah tangga

5 - Tugasan sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang ramai dan dekat usianya

6 - Tugasan sebagai peniaga, berkhidmat kepada pelanggan

7 - Marketing harian (bak kata orang, tiada iklan, tiadalah jualan setuju?)

8 - Self care itu juga perlu. Adakah anda robot yang bekerja dan bertugas setiap hari dan saat tanpa memperdulikan kesihatan diri anda?

9 - Bila waktu bekerja dan bila waktu berehat?

10 - Cara mendisiplinkan diri agar setiap tugasan berjaya dilaksanakan tanpa memberatkan emosi serta fizikal


Saya secara rasminya menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan berniaga dari rumah sejak tahun 2017 setelah tamat pengajian di peringkat Sarjana. Saya menghabiskan hampir lima tahun dalam pengajian dengan banyak faktor insya Allah nanti kita ceritakan di entri yang lain ya. Setelah menimbang tara kerjaya selepas tamat pengajian dengan empat orang anak pada waktu itu, saya membuat keputusan bahawa mencuba berniaga dari rumah secara online khususnya adalah satu peluang yang sesuai untuk diri saya dan keluarga. Offline juga saya, nanti saya ceritakan cabaran berniaga secara offline atau cod ini dalam entri yang lain.


Alhamdulillah. Ianya keputusan yang baik. 


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

(A-li'Imraan 3:27) 


Apakah faktor-faktor yang harus anda fikirkan untuk menjadi suri rumah tangga serta mula berniaga dari rumah?

1 - Tujuan memulakan perniagaan sendiri

2 - Disiplin (anda harus tetapkan jam berapa anda nak mula bekerja, bila waktu nak urus diri, urus keluarga - siapkan jadual harian anda)

3 - Gaji (perlu ada goal berapa anda nak income sehari, sebulan, setahun)

4 - Matlamat

5 - Sebanyak mana mencukupi? Kenali maksud bahagia, kewangan yang cukup dan konsep sederhana sebagai seorang isteri



Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Al-Maaidah 5:88) 



Sebagai isteri menurut Islam ada batasnya ke mana kita mahu pergi. Setinggi mana kejayaan yang kita ingin tempuh. Bak kata, tok guru saya dan ramai mengatakan, untuk income yang besar datang dengan tanggungjawab yang tinggi dan usaha yang sungguh besar. Apatah lagi jika kita ada tanggungjawab utama sebagai seorang isteri dan ibu. Harus diingat apakah yang utama? Mengejar kejayaan sendiri atau keluarga?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)


Nak dapatkan RM 10,000 sebulan maka cara kerjanya haruslah setimpal. setuju?

Manakan mahu goyang kaki sudah dapat apa kita mahukan?


Susah sangat ke berniaga ni?


Saya rasa tidaklah susah sehingga langsung tiada, tetapi saya tegaskan di sini. Ia bermula dengan niat, niat yang baik sebagai isteri yang nak bantu ringankan bebanan kewangan keluarga, nak settlekan hutang dan pelbagai lagi alasan yang kukuh untuk anda mula bekerja. Maka pasanglah niat yang baik-baik insya Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan keampunan dan rezeki yang halal serta cukup untuk seisi keluarga dan membantu yang memerlukan.. 

Aamin ya rabbal alamin


Saya menjual barangan islamik seperti jam tangan azan kiblat, jam azan rumah, Al Quran digital, Al Quran terjemahan bertagging dan banyak lagi produk islamik, cuma saya jarang share di sini. Insya Allah, saya akan mulakan perkongsian dan ilmu tentan produk-produk jualan saya di sini supaya anda semua dapat manfaat daripadanya.


Boleh terus lihat produk jualan saya di website yang saya dah sediakan:- Jam Azan & Al Quran Digital

Jangan lupa sign up sebagai ahli dan nikmati penjimatan. Nak jadi dropship pun boleh. 


Selain itu saya ada mengambil servis upah buat facebook page dan blog atau mini website. Apa jua berkaitan online marketing ni sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat saya grasp sepanjang tempoh berniaga secara online dari tahun 2015.


Nak tahu apa servis facebook page yang saya uruskan dan harganya? klik sini Servis Buat Facebook Page dan Website

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan