Tutorial: Cara Unpublish Deactivate atau Delete Akaun Facebook Page

Assalamualaikum. Adakah anda sudah tidak mahu menguruskan facebook page bisnes anda? Faham, kadang idea banyak, macam-macam page kita create tetapi akhirnya tidak terjaga. Atau juga kita sudah tidak mahu berniaga produk tu lagi kan? Jadi bagaimana nak unpublished (sembunyikan page daripada orang ramai) atau nak delete je terus akaun kedai anda.

Mari saya tunjukkan caranya. Ada 2 versi facebook page sekarang ini kan, classic page dan new page experience. Anda yang mana satu? Saya ada kedua-dua jenis akaun ni, jomlah saya tunjukkan perbezaannya tetapi untuk entri ini saya takkan share sangat tentang beza classic vs new experience. Nanti kita kongsikan dalam entri seterusnya ya.

Contoh classic page

contoh new page experience. Tekan switch now untuk update post


Jom kita belajar cara nak unpublish/deactivate atau delete akaun facebook page

Classic Page

  1. Pergi ke setting
  2. Unpublish -> cari page visibility dan edit kepada unpublished
  3. Delete -> remove page


Konfirmkan dahulu barulah dapat delete akaun. Siap


Urusan di page lama mudah sahaja. Setting juga mudah untuk kita semua faham cuma new experience ni agak confusing. Mari kita tengok caranya


Untuk ke setting, tekan pada All Tool

Page setting - dekat sini di mana anda nak edit about, tukar nama, dan semua berkaitan bisnes anda

pilih facebook page information - deactivation ialah unpublish atau hide akaun, delete tu kita tutup terus ye. hilang dan tenggelam

pilih mana satu anda nak buat

facebook nak reason, jadi apa reason anda jangan risau, diaorang nak tahu je sebabnya. pilih jawapan yang dekat dengan anda

siap. Ok.. fbpage anda takkan terus terpadam ya. anda akan diberi masa 14 hari sama ada nak batalkan keputusan anda. Lepas 14 hari anda boleh semak semula status page


Abam mark dan team akan emel kepada anda info tersebut.

ini ialah paparan bila anda tekan simbol page pada facebook personal anda. banyak tu senarai akaun yang saya sembunyikan. saya dah tak jaga atau dah tak aktif bisnes tersebut. cuma tuk servis buat fbpage tu automatik kene rijek dengan abam mark, diaorang tak bagilah saya buat akaun tu. so untuk servis upah buat facebook page saya kena guna page lain. 


Saya harap tutorial hari ini membantu anda semua. Nasihat saya, kalau anda dah tak pakai kedai fb anda, silalah tutup atau sembunyikan. Kesian orang ramai mencari peluang nak beli tetapi anda sudah tak berniaga produk itu lagi. Anda sendiri pun pasti malas dah nak melayan pelanggan-pelanggan ini datang kepada anda kan? 


Jika anda nak jual pun boleh. Jualkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang jual produk yang sama. Berpada-padalah harganya tu, kalau dah lama bersarang, takkan nak jual sampai beribu? RM500 pun belum tentu logik bergantung kepada banyak faktor. 


Baiklah... Semoga apa yang disampaikan bermanfaat buat pembaca sekalian. Yang buruk itu dari saya, yang baik itu dari Allah. Sampai-sampaikanlah setiap kebaikkan buat semua insan semoga dengan ikhtiar ini dapat memberi syafaat buat diri kita di akhirat kelak. Insya Allah
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan