Cara Semak Status SEO Blog Anda (Basic)

Bagaimana cara cek status blog anda? Sudah lama saya tidak memeriksa status terkini blog. Setelah menukar template theme blog tempoh hari, tidak teringat mahu menyemak kembali adakah kriteria asas blog sudah diperiksa kembali atau tidak. Aduhai, adakalanya saya culas bab ni sebagai seorang blogger. Selain menulis content untuk dikongsi bersama pembaca, ilmu mengenai blog harus juga ada. 


Usah risau, ada banyak blogger di Malaysia atau luar negara yang sememangnya hebat dan boleh bantu anda dalam input mengendalikan blog anda. Google ajerrr =)


Tiba-tiba hari ini tergerak hati nak semak url entri. Walaupun saya sudah menggunakan Google Search Console dan AHrefs, input terlalu banyak membuatkan kita tidak serius dalam menyemak setiap isu yang berlaku. Bayangkan asal buka email saya, berpuluh atau ratus error yang keluar sehingga saya tak sanggup nak baca! Busy satu hal, tetapi nak menyemak satu per satu serabut juga. Saya tidak hebat seperti rakan-rakan blogger yang lain. Mereka sungguh teliti dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul mengenai website blog mereka. Kudos kepada mereka semua. 


Bagaimana nak semak sama ada website anda sudah cover part asas blogging khususnya berkaitan SEO?


Perkara Asas Anda Perlu Tahu Mengenai SEO Blogging ialah:-

1. Elakkan blog yang penuh widget. Pastikan blog anda mobile friendly, tidak berat (loading terlalu lama) dan tidak sarat dengan pelbagai gambar di sidebar. Kurang itu lebih baik. Saranan SEO loading terbaik ialah dibawah 4 saat

2. Pastikan tajuk entri anda (entry title) adalah H1 tag (saya akan ajar cara semak nanti, blog saya pun missing H1 rupanya)

3. Wajib ada elemen meta description, jika tiada anda harus tambah coding html secara manual (saya kene yang ni!)

4. Tidak meletakkan keyword atau kata kunci terlalu banyak (keyword stuffing), hal ini boleh menyebabkan google gagal detect entri anda. Haaa, nak ke?

5. Jika anda menggunakan gambar, pastikan kesemua gambar anda diletakkan alt (kadang kala saya juga tak rajin meletakkan alt description, konfius juga kalau dah ada tulis tajuk image rupanya tetap kena letak juga alt image description tauu)


Ada banyak SEO tools yang boleh anda gunakan untuk menyemak entri atau website anda. Sama ada anda mahu semak status SEO menggunakan domain (cth: www.emmemarina.com) atau url entri (contoh: https://www.emmemarina.com/2022/09/cabaran-dan-faktor-apabila-nak-berniaga-sebagai-seorang-surirumah.html).


Untuk kes blogging saya hari ini, saya menyemak SEO url entri sahaja. 


Analyze your website with Seobility, masukkan url yang anda nak semak, kemudian tekan analyze. (lihat gambar di bawah)


cara semak seo blog atau entri blog


senarai semakan seo blog atau entri blog guna seo tools checker


Menarik bukan?


Dengan semakan begini, anda dapat lakukan kaji selidik dan sekaligus dapat perbaiki keseluruhan website. 


Terkejutnya saya ketika waktu itu, website saya kehilangan: 

  • H1 tag (tajuk heading yang menjadi tumpuan carian google)
  • Tiada meta description walaupun saya sudah on kan setting search description, dan tulis input pada entri search description
  • Rupanya entri tersebut ada keyword stuffing!


Sudahnya saya habiskan lebih sejam untuk belajar cara menukar coding HTML H3 class pada "entry-title" kepada H1 tag dan cara menambah meta content description secara manual pada coding template. Syukurlah mereka mengajar menggunakan bahasa dan contoh yang mudah difahami. Alhamdulillah, dah settlekan isu tersebut. Bolehlah berblog dengan hati yang lapang (sekurang-kurangnya kita dah pass part ni kan?)


Blogging menggunakan medium BLOGSPOT berbanding WORDPRESS adalah sangat berbeza. Khususnya wordpress mempunyai pelbagai plugin SEO yang anda boleh cuba dan memeriksa entri anda secara serta merta, berbeza dengan blogspot kita kena cek secara manual. Rekomen saya? Jomla guna blogspot hehe. 


Apa pun jua medium yang anda gunakan. Manfaatkan sebaiknya setiap penulisan anda, tulislah perkara yang bermanfaat dan semoga setiap entri yang ditulis dapat membantu lebih ramai pembaca. 


Jika seorang manusia mati, maka terputuslah darinya semua amalnya kecuali dari tiga hal; dari sedekah jariyah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak shalih yang mendoakannya." (HR Muslim no. 1631).

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan