Assalamualaikum semua. Tak sangka akaun telegram saya kena hack pagi tadi. Saya minta maaf sebab tak ingat sangat-sangat nak screenshot ke apa. Risaunya hati ini, jika hacker tersebut ada pm kawan-kawan atau sesiapa sahaja dari kenalan group dan minta duit sana-sini. Itu aje lah kat kepala saya time tu.
Bagaimana tahu akaun telegram kena hack?
Berdasarkan pengalaman sendiri kan pagi tadi, saya kongsikan ya. Jika sama atau tidak, atau anda rasa ada persamaan, bolehlah terus reset atau deactivate akaun anda supaya tak jadi perkara yang lebih buruk.
1. Group dan channel yang anda join hilang. Ye betul, kebetulan saya nak iklankan produk dekat grup2 bisnes, ada lebih kurang 50 group di situ, mana tak pelik bila satu group pun dah takde? Takkan rajin pula anak-anak saya leave satu per satu kan? Channel pun tiada
2. Semak bila anda last active. Anda boleh semak dan lihat device apa yang login ke akaun anda.
3. Pergerakan atau aktiviti berlaku semasa anda sedang guna tetapi bukan anda yang buat........... (huhu). Inilah berlaku kat saya, semasa saya sedang godek2 setting dekat handphone, pada masa sama, saya sedang join group2 pelik walhal saya tak buat pun perkara tu. Bermaksud ada orang lain sedang buat aktviti di tempat lain menggunakan akaun saya.
Bagaimana nak dapatkan semula akaun telegram setelah yakin kene hack?
Saya dah cuba buat security two way factor authentic, tetapi hacker tersebut tetap boleh jalankan aktivitinya. Maka bermakna, ianya tak berjaya menghalau hacker itu dari terus gunakan akaun saya. Apa yang saya buat, setelah google dan baca cadangan-cadangan sedia ada.
Jika anda nak balik nombor telefon telegram tu, anda kene reset atau deactivate akaun. Takde cara lain dah tauu..
Caranya:
1. Pergi ke sini untuk urusan deactivate number anda.
Link https://my.telegram.org/auth?to=deactivate
2. Bila anda confirmkan, semua history akan hilang ye. Memang tak dapat tolong dah. Tetapi anda dapat number anda kan? So ini lagi penting.
Semoga dipermudahkan semuanya...
BalasPadamBaru terkena tadi. Dah deactivate dan sign in baru. Set two step verification. Tapi macam mana nak tau, akaun telegram saya tu selamat selepas diaktifkan semula?
BalasPadamawak boleh check history, ada tak mana2 device selain dari awak yang login.
PadamMcm mn kalo telegram dah kene banned...mmg terus takboleh dpt balik je no akaun tu
BalasPadamjika dah kena banned, memang susah nak dapatkan balik.
Padamsaya masih tidak boleh delete acc yang dihack,sbb no tel tu dah tiada lagi, ada cara lain tak
BalasPadammacam mana cara nak dapatkan semula acct telegram yang dihijack tapi telegram dah uninstall, bila install semula dah xboleh
BalasPadaminstall balik tak boleh? install ke try guna semula no tersebut? jika nombor tu tak boleh dipakai semula maksudnya no tu telegram dah banned, sebab ramai report etc. tak sama kes dgn hack
PadamSy dah kena hack. Apa maksud flood wait?
BalasPadambila kene hack, anda kene tunggu hacker ni time dia tak pakai or tengok telegram korang. ni memang agak kritikal sebab kalau dia tengah pakai semua kod korang tu dia tahu
Padam