Bertahun saya berniaga di Shopee semalam merupakan kali pertama saya cuba guna Shopee Ads menggunakan handphone. Apa yang saya buat mula-mula ialah top up.
Urusan top up ads berjalan lancar. Mudah.
Jadi, tindakan seterusnya ialah resume iklan lama yang dah terhenti. Ok. Mudah juga kan. Alhamdulillah
Kemudian saya nak cuba create search ads disebabkan nak tengok apa improvement atau method pengiklanan shopee melalui apps dapat lakukan. Oh tidak...
Rugi duit.
Patutlah ramai mengadu duit cepat habis.
Automatik ON.
Peliklah kan, saya tahu kita memang boleh offkan automatik keyword dan bayaran bids tu.
Memanglah. Pandai shopee buat duit. Kepada seller baru yang tak rajin menelaah, study dulu akan terus terpedaya dengan buat iklan terus guna Handphone.. Faham. Tak semua orang akan boleh buka seller centre di pc kerana tiada laptop.
Jika saya juga tak pandai uruskan bab ni, secara default kita akan follow sahaja step yang telah disediakan dan ditetapkan. Apa akan jadi?
Duit ditelan terus tak sampai beberapa jam. Lagi teruk jika 1 keyword sudah menelan puluhan ringgit. Memanglah rugi malah satu tindakan yang tidak bijak.
Oleh sebab itu rakan sekalian, rajinkanlah membaca dan study dulu sebelum buat sesuatu tanpa meluru.
Nak buat Shopee Ads? Sila gunakan dekstop access, seller centre dan bukannya apps.
Semoga entri ini membantu kalian semua yang sedang survey nak buat iklan di shopee. The do and dont okay👍🏻
great to sharing this..kena pandai sikit kalau nak masuik ads ni.kena ada banyak ilmu
BalasPadam