Hijrah seorang wanita Islam itu seharusnya tiada. Bila difikirkan logik akal mengikut suruhan Allah kepada hambanya yang berjantina perempuan ini. Sahihnya di dalam Al-Quran itu menyebut dengan jelas dan terang, apakah larangan, peraturan serta hukuman yang berlaku ke atas seorang perempuan yang beragama Islam.
Namun demikian, kita melihat begitu sukarnya dan berterusan dakwah ke atas seorang wanita muslim ini. Paling banyak ialah teguran kepada peraturan menutup aurat ke atas diri sendiri dan apabila menjadi seorang isteri. Dua perkara ini sangat sinonim berlaku dalam mana-mana masyarakat, negara. Lain negara lain pula isunya namun saya fokuskan sahaja kepada negara tercinta iaitu Malaysia.
Alhamdulilah. syukur ke hadrat ilahi, kita dilahirkan sebagai seorang perempuan yang mana keluarga kita beragama Islam. Tuhan kita Allah. Al-Quran itu petunjuk bagi kita semua meliputi akan segala hal dari sekecil zarah hinggalah hari kiamat dan hari akhirat. Subhanallah. Allahu akbar. Betapa bertuahnya kita kan?
Kewajipan Menutup Aurat Dengan Sempurna Sebagai Seorang Wanita Muslim Di Dalam Al-Quran
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(سورة النور, An-Noor, Chapter #24, Verse #31)Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(سورة الأحزاب, Al-Ahzaab, Chapter #33, Verse #59)
(سورة الأعراف, Al-A'raaf, Chapter #7, Verse #26)
Yang Manakah Sebenarnya Aurat Wanita?
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami’ li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” – HR Abi Dawud
Contoh Pemakaian Aurat Yang Sempurna Mengikut Syarie
- Memakai tudung tetapi nampak lengan
- Memakai tudung dan berjubah tetapi jubahnya ketat dan sendat menampakkan punggung serta menyerlahkan kecantikan pinggang
- Memakai tudung, baju longgar malangnya seluarnya ketat dan menampakkan bentuk kaki pula
- Memakai tudung, berbaju longgar labuh malangnya terlupa menutup kaki (kaki juga sebahagian daripada aurat wanita)
- Sudah berpakaian sempurna aurat, tudung pula tidak menutup dada. Maka terdedahlah dadanya di hadapan masyarakat.
- Sudah cantik sempurna berpakaian mengikut syarie, malangnya terlupa hakikat wajah itu tebal mekapnya dan berwangi-wangian hingga lelaki memandang dan terpikat. Nauzubilla hi minzalik
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.
- baju dalam (bra)
- seluar dalam
- kain dalam (jika perlu)
- sarung tangan
- sarung kaki
- anak tudung
- tudung menutupi dada (biasanya bidang 55 dan 60 jika nak tutup sempurna dan lagi besar saiz badan kita, lagi besarlah tudung) - tudung harus tutup elok depan belakang tepi kiri dan kanan, elakkan yang kain jenis senang terselak nampak dada khususnya di bahagian tepi.
- seluar longgar dan tidak jarang. Masalah pada seluar longgar ini risaunya ternampak pula bentuk kaki, so nampak lah peha kan. Jadi kena cari material yang tidak jarang. Jika jarang kene pakai kain dalam lagi ya
- baju yang longgar seperti jubah, baju kurung, blouse dan haruslah labuh melebihi punggung atau terbaiknya terus labuh bawah lutut atau ke siku lali.
- tidak menampakkan sebarang bentuk badan.
- tidak berhias/bermekap tebal hingga menimbulkan fitnah
Anda perhatikan ya. Walaupun tudungnya labuh dihadapan tetapi tepinya tidak ditutup maka apabila ternampak bentuk dada dari tepi, ianya tetap bukan cara pemakaian tudung yang sempurna mengikut syarie |
(سورة الأعراف, Al-A'raaf, Chapter #7, Verse #26)
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(سورة التوبة, At-Tawba, Chapter #9, Verse #72)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan