Demikian luahan al fadhil tuan guru ustaz Mutalib terhadap saya semalam.
Nadhoh langkawi adalah Hotel dan resort mesra Muslim Langkawi. Dan ia merupakan aset terbaru milik Nadhoh.
Nadhoh merupakan sebuah pusat pendidikan ilmu yang melebarkan sayap mereka kepada pelbagai bidang ekonomi, pertanian dan perkhidmatan, sebagai role model kepada madrasah persendirian lain, bahawa mereka mampu berdikari dengan pendapatan sendiri untuk kelestarian madrasah pendidikan mereka.
Nahdhoh resort langkawi merupakan cetusan idea tn guru. Bahkan hampir setiap minggu t.g ustaz mutalib akan turun ke sana membantu kerja kerja pembinaan, hinggalah siap sepenuhnya.
Namun resort yang indah, disekeliling sawah padi dan gunung. Dan cuma terletak kurang lima minit dari pantai cenang ini, masih kurang dikenali.
Ustaz memberitahu saya, setiap bulan beliau terpaksa top up rm10 ribu untuk membantu kos operasi. Sedangkan perkhidmatan yang ditawarkan adalah amat terbaik. Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding hotel2 / asrama lain yang terdapat di pantai cenang.
Suasana sawah padi yang mendamaikan, makanan yang terjamin kehalalan, serta kedudukan yang sangat strategik, dekat dengan pantai cenang, tetapi jauh lebih tenang. Sebuah destinasi yang ideal untuk percutian keluarga, program2 seminar agensi kerajaan dan swasta, atau program2 sekolah. Nadhoh Langkawi sedia menerima kunjungan anda, dengan tawaran pakej yang istimewa.
Ayuhlah sama sama kita sebarkan tentang kewujudan satu lagi aset 100% muslim, milik badan dakwah ini yang berjuang menempatkan diri mereka di celah2 keriuhan hotel2 luar dan restoran2 barat di Langkawi.
Setidak tidaknya masih tertegak syiar agama di wilayah itu. Setidak tidaknya masih ada wakil "jenama Islam dalam daerah pelancongan antarabangsa itu.
Saya optimis suatu hari nanti nadhoh Langkawi akan menjadi one stop centre pusat penyebaran info tentang Islam bagi para pelancong asing disana. Namun, janganlah kita biarkan aset ini terjual sebelum impian itu terlaksana.
Marilah kita sama sama menjadi penyumbang. Nadhoh tidak meminta derma, sebaliknya sekadar sokongan ummah seluruhnya. Ayuh Kita sebarkan tentang kewujudannya.
*sumber facebook just sharing n caring*
https://www.facebook.com/100000507736106/posts/pfbid0iVdeDymkMqSnb4rGQPWBZfVAaso8GkVZfPSCMTrkWqUoJKt4eTd86EDMx6iH8PjZl/?mibextid=Nif5oz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan