Amatlah berharap agar kakak dapat melanjutkan persekolahannya di sini. Besar harapan kami agar ilmu yang dipelajarinya bukan sahaja buat bekalan dunia tetapi juga akhirat. Itulah yang paling utama. Tidak semua ilmu, dan perkara yang mampu kami ajarkan buat anak-anak tercinta, maka kami cuba sedaya upaya menanamkan rasa cinta mereka untuk bersekolah di asrama agama demi agama. Semoga dengan misi ini, anak-anak ini tidak ketinggalan dalam melengkapkan diri mereka sebagai hamba Nya.
1 Januari pula melakar sejarah pertama kami sekeluarga berjaya berkampung di Campsite Sg. Lembing. Jujur saya bukanlah seorang yang suka camping ni, tetapi suasana dan facilities di campsite tersebut sangat baik. Saya berpuas hati lagi-lagi dengan 5 anak kecil nikan. Keindahan alam, kenyamanan air sungai yang sejuk dan dingin serta tidur berbumbungkan langit sangat indah. Selepas subuh, saya ajak anak-anak lihat langit supaya tidak lupa bukan selalu dapat beraktiviti sebegitu. Untuk entri camping, akan saya kongsikan nanti ya.
Kita tengok sedikit bingkisan kami semasa berkhemah.
Alhamdulillah. Akhirnya pemulaan tahun 2023 kita belajar menghargai alam, masak dan makan ala kadar. Bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Belajar cara hidup berkhemah walaupun belum tahap masuk hutan lagi, campsite ni kan macam dalam kebun. Seronok mandi sungai. Suka bila anak-anak dapat juga ada aktiviti mandi manda.
Semoga tahun 2023 ini menjadi tahun yang lebih baik, lebih banyak memberi manfaat dan ilmu mengenali Allah dan semoga kita semua dibimbing untuk sentiasa kembali kepada Nya. Insya Allah. Hidup untuk mati, kejar akhirat dan itulah tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan