Pusat Hiburan Dalam Ruangan Terbaik di Kuantan: Indoor Playground!

Indoor playground merupakan alternatif kepada ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak ketika bermain. Nak bawa ke taman permainan tak terlayan untuk mengejar anak daripada ke sana ke sini, sama ada jatuh longkang, berlari ke jalan raya dan banyak lagi faktor keselamatan yang harus difikirkan. Outdoor playground tidak sesuai bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil khususnya bawah 5 tahun. Bagi saya sendiri, saya prefer indoor playground atas faktor keselamatan, keselesaan dan tidak risau waktu untuk bermain.


Apa Maksud Indoor Playground?

Taman permainan dalam ruangan, atau dalam bahasa sehari-hari kita, "tempat main dalam gedung," ialah tempat yang khas untuk anak-anak dan keluarga mereka bermain-main. Beza indoor playground dengan taman permainan luaran ialah ia dalam bangunan atau ruang tertutup, jadi sesuai digunakan dalam cuaca hujan, panas, atau cuaca tak selesa lain.

Biasanya, taman permainan dalam ruangan ada macam-macam mainan dan struktur untuk kanak-kanak, seperti jungkitan, gelongsor, tiub untuk merayau-rayau, dan tempat untuk budak-budak melompat-lompat atau meluncur dengan selamat. Biasanya, tempat ni pun ada lantai empuk, dinding pembatas, dan orang yang jaga untuk pastikan budak-budak main dengan selamat.

Tempat macam ni selalu jadi pilihan bagi ibu bapa yang nak bawak anak-anak bermain sambil tak risau pasal cuaca luar yang tak menentu. Kadang-kadang, orang pilih tempat macam ni untuk sambut harijadi budak-budak atau buat kumpul-kumpul keluarga sebab suasana dia selamat dan sesuai untuk keluarga.


Ciri-Ciri Indoor Playground Yang Selamat Dan Selesa:

Indoor playground mempunyai ciri-ciri yang buatkan pengalaman bermain menjadi sangat seronok sambil memberi tumpuan kepada faktor keselamatan. Ini adalah beberapa ciri-ciri yang buatkan tempat ni best:

1. Selamat Dari Cuaca Tak Menentu: Taman permainan dalam ruangan ni terlindung dari panas terik atau hujan lebat. Jadi, budak-budak boleh bermain selesa tanpa risau pasal cuaca luar.

2. Pelbagai Permainan: Tempat ni ada banyak permainan seronok macam jungkitan, gelongsor, dan tempat untuk melompat-lompat. Budak-budak suka pilih apa yang dorang nak main.

3. Sesuai Untuk Semua Umur: Indoor playground biasanya ada zon-zon yang sesuai untuk budak kecil dan juga yang lebih besar. Jadi, sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

4. Kawalan Keselamatan: Tempat ni sentiasa menjaga keselamatan budak-budak dengan lantai empuk yang boleh melindungi daripada kecederaan, dinding pembatas yang mengelakkan jatuh, dan pengawasan yang cekap oleh orang dewasa. Ibu bapa boleh tenang sambil budak-budak bermain.

5. Sambutan Harijadi: Banyak orang pilih tempat macam ni untuk sambut harijadi budak-budak sebab suasana dia seronok dan tak payah susah-susah nak bersihkan selepas habis main.

6. Sosialisasi: Budak-budak boleh berinteraksi dengan budak-budak lain, belajar berkawan, dan bermain bersama-sama. Ini baik untuk perkembangan sosial dorang.

7. Kemudahan Ibu Bapa: Tempat ni biasanya ada kawasan duduk yang selesa untuk ibu bapa, dan ada yang sediakan makanan dan minuman supaya ibu bapa boleh berehat sambil budak-budak main.

Jadi, tempat permainan dalam ruangan ni memang best sebab ada banyak kelebihan yang buatkan pengalaman bermain jadi seronok dan selamat untuk keluarga. Keselamatan budak-budak adalah keutamaan di sini.

Me Time Ibu Bapa


Ini juga salah satu "me time" buat para ibu surirumah atau working parents kan?


Lagi-lagi nak hilangkan stress anak rimas di rumah. 


Buat masa ini hanya empat tempat sahaja yang available di Kuantan. Di Kuantan rupanya tidak banyak tempat bermain untuk anak-anak, dulu di Megamall ada ruang indoor playground untuk bermain. Kini sudah tiada lagi. Setelah saya survey, untuk status terkini hanya ada 4 tempat sahaja yang available untuk anak-anak bermain bebas. Sudah tentu, ianya berbayar namun berbaloi untuk ibu bapa melepaskan gian anak bermain sepuas-puasnya dan para ibu-ibu khususnya bolehlah beraktiviti bersama rakan-rakan ibu semasa menemani anak-anak.



Senarai Indoor Playground di Kuantan


1. Pasaraya Ten Ten Taman Tas, Level 2


Lokasi: Taman Tas

Saya sering ke sini, dekat dengan rumah juga. Bayaran dikira per jam. 1 jam RM5.00, jam berikutkan tambahan RM4 dan anda akan dapat stokin sekali. Tempatnya agak luas juga, boleh let go anak-anak bermain tanpa risau dan kita nampak anak-anak terus tidak terselindung. 

Kelebihan bermain di sini:- Disebabkan ini adalah pasaraya pakaian, dan taman tas sudah menjadi salah satu taman yang pesat. Di depan ten ten ada Domino pizza, Tealive, D'Sara Fried Chicken, Arrayyan Corner, malah SMO bookstore dan Watson juga berhadapan sahaja. 

Meriah ibu bapa bawak anak pakej makan dan shopping sekali.


kuantan indoor playground




indoor playground kuantan pasaraya ten ten tamas tas

 

indoor playground kuantan


indoor playground kuantan

indoor playground kuantan


2. 𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐎𝐍 (𝐈𝐧𝐝𝐨𝐨𝐫 𝐏𝐥𝐚𝐲 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫)

Lokasi: Kuantan City Mall, Kuantan (KCM bersebelahan ECM)
Level 2

Wahhh!! Nampak macam bestt jer bawa anak-anak buat aktiviti kat sini !!. Sangat sesuai untuk diterokai oleh anak-2 dalam perkembangan minda mereka sambil buat aktiviti yang menyeronokkan. Banyak permainan yang ada seperti Gelongsor, Zoo, Rumah Mainan, Berbasikal, bebola, & macam-2 lagii lahh.


Tickets  : 
Weekend & Public Holiday : RM 25 
Weekday : RM 22 (2 tahun ke atas)
Adult / Guardian : RM 10

Ps: Korang jangan lupa bawa stokin tau! 



kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm


3. Kiddie Land Semambu Kuantan


Satu lagi tempat khas untuk anak-anak bermain, berfikir dan untuk para ibu bapa duduk relaks. Kiddie Land merupakan play center dan pusat pembelajaran anak-anak. 

Fees entrance adalah sekali masuk sahaja.

Lokasi:  B26 Jalan Air Putih 6, Kuantan, Malaysia
FB Page: https://www.facebook.com/kiddielandkuantan
Tel: 013-934 2628



kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land
Jangan tersilap tempat pula ya

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land
Harga entrancenya naik pulak time cuti sekolah ni huhu




4. Happy Kids Indoor Playground

indoor playground kuantan happy kids lotus


Lokasi: Lotus's Indera Mahkota

Tempatnya berhadapan food court Lotus, tidak terlalu besar. Agak kecil, ianya sesuai untuk anda lepak seketika or enjoying shopping di dalam Lotus Kuantan. Bayaran sehari RM 20. Comel juga tempatnya just nice untuk layan anak bermain.

indoor playground kuantan happy kids lotus

indoor playground kuantan happy kids lotus




Buat masa ni, nampaknya inilah indoor playground yang ada di Kuantan. Tahukah anda?

Dekat Kuantan juga ada tempat main salji tau.. Ye, 

Tarikan Lain: Polar Bear Snow Playland


Bring your family and experience the "Cold Winter Snow" at Polar Bear Snow Playland, 4th Flr Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang!
 
Kids ( 3 yrs and above) is Rm20 per person and now we offering Rm20 kids price to Adults as well... a great opportunity for family bonding time and enjoy our various facilities like Snow Slide, Maze and Snowhouse for 30 mins here!
 
Jackets and Shoes will be provided and u can bring your own socks or can purchase it for rm5 per pair at our counter!
 
We are open daily including Public Holidays from 10.30am to 9.30pm!
For inquiries on Parties or events kindly whatsapps 017 7901338

main salji kuantan polar bear snow playland

main salji kuantan polar bear snow playland



Dah tahu nak habiskan masa di mana?
Sesekali kita bawa anak-anak ke indoor playground yang ada di Kuantan tercinta kan. Sambil tengok anak main, kita rileks kan diri juga. Bolehlah daripada tiada langsung!


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan