Bismillah. Struggle dan depression suri rumah is real. Tugas suri rumah pada zaman sekarang jauh berbeza berbanding zaman 80an, 90an. Sungguh, bagi saya yang membesar pada zaman 90an, melihat cara saya sendiri membesarkan anak-anak dan dibesarkan oleh ibu kami pula ibarat langit dan bumi. Ibu saya seorang guru, manakala bapa seorang askar. Mereka jarang di rumah, tetapi kami ada kebebasan bermain, berjalan di sekitar taman tanpa sebarang kerisauan. Mereka pulang sahaja ke rumah, anak-anak sudah ada. Berbanding waktu sekarang, dunia gajet, penculikan, ketidak perihatinan masyarakat terhadap orang sekitar adalah sangat membimbangkan.
Ke mana sahaja kita pergi, kita mendengar pelbagai kisah yang menakutkan. Menjadikan ibu bapa sekarang, mengongkong kebebasan anak-anak untuk bermain, berjalan ke rumah rakan walaupun dalam satu taman. Ibu zaman millenium pula menjadikan rumah sebagai tempat kerja, working at home mom (WAHM), memilih untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan menjana pendapatan sendiri dari rumah. Alhamdulillah, ada banyak pihak atau institusi yang mengadakan kelas skill untuk para ibu menjadi ibu serba boleh seperti kelas memasak, kelas baking, dan macam-macam lagi. Mengasah skill untuk dijadikan sumber pendapatan si ibu agar dapat meringankan beban kewangan suami di era kewangan yang semakin mencabar.
Namun demikian, struggle dalam menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerja bukanlah mudah. Ingin fokus melakukan kerja demi kewangan keluarga atau diri sendiri, sambil menguruskan anak-anak itu kerja yang sangat multitasking. Jadual perlu disusun seawal pagi sebelum seisi keluarga bangkit, ada surirumah tangga yang mula bangun seawal 4 pagi. Masya Allah, hebatnya mereka ini.
Saya nak kongsikan Ebook buat surirumah yang bekerja dari rumah atau gelaran lain suri bisnes:-
- Inspirasi Bekerja dari Rumah
- Yeay! Mama Sudah Resign
- Suri Rumah Zero Hutang
- Panduan 44 Hari Berpantang Moden & Tradisional
No 4 adalah bonus buat suri yang bakal menjadi ibu, atau ibu-ibu yang mahu mengamalkan cara yang betul berpantang terutamanya zaman sekarang, ramai ibu mudahnya berpantang sendiri.
Ebook-ebook ini sangat berbaloi buat semua suri rumah yang nak fokus bekerja dari rumah sambil membesarkan anak-anak. Ebook ini memberikan perkongsian, tips, panduan bagaimana menguruskan masa, aktiviti, kisah besar suri bisnes dan banyak lagi nota di dalamnya yang akan membantu suri.
Antara faktor ibu bekerjaya mahu berhenti kerja:
>> Mempunyai anak kecil dan mahu mengasuh sendiri.
>> Berjauhan dengan suami kerana berpindah tempat kerja
>> Kesukaran mencari pengasuh atau taska yang sesuai
>> Mahu mengurus rumah tangga sepenuh masa
>> Kewangan keluarga sudah stabil
>> Mahu mempunyai masa bekerja sendiri, bukan mengikut masa orang.
Apakah pelan TINDAKAN:
>> Berbincang dengan suami dan membuat kiraan pendapatan keluarga
>> Fokus kepada kemahiran atau kepakaran yang ada
>> Mempunyai ruang kerja sendiri
>> Mempunyai wang simpanan sebagai modal bisnes
>> Mulakan dengan dropship atau modal yang minima (1/4 daripada simpanan)
>> Mulakan bisnes dengan menggunakan platform percuma seperti Blogspot dan Fanpage
>> Lakukan secara sambilan terlebih dahulu
Boleh baca lagi dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan banyak lagi ebook sebagai panduan menjadi Working At Home Mom.
Tidak rugi untuk memilikinya dengan mahar yang sangat murah.
Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah
RM25
Menghimpunkan 13 kisah ibu-ibu yang bermula dan subur inspirasi pengalaman bermula dari rumah. Mereka pernah bermula dengan sumber yang ada, pernah berkedai dan kemudian kembali mengemudi hanya dari rumah. Kisah-kisah ini tentunya memberikan idea dan inspirisi buat kalian yang baru bermula atau sedang berada turun naik semangat.
"Ebook ini sarat dengan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Bagaimana mereka bermula, apa persediaan mereka buat, dari mana mereka mengumpul modal, bagaimana mereka mengembangkan perniagaan mereka sehingga dikenali. Mereka juga turut berkongsi apakah ujian dan cabaran yang terpaksa mereka lalui sepanjang bekerja di rumah."
- Ulasan pembaca ebook, Puan Nor Fahimah Mahayuddin
Ebook Yeay Mama Sudah Resign
RM25
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3: Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.
"Nanti Hariz tinggal dengan Mak Long.Hariz tau tak,bila mama dah kerja,mama banyak duit.Kita boleh pergi tidur hotel ada kolam,boleh beli mainan dan aiskrim."
"Tak nak!!!!Mama tak payah kerja.Mama jaga Hariz,biar papa sahaja kerja.Hariz mahu duduk dengan mama di rumah".- Ayu Rashid
Runtun benar hati Kak Bed bila membaca pengalaman Puan Rahayu Rashid.Nak habiskan ebook Yeay!!Mama Sudah Resign ni agaknya boleh sebaldi airmata kalau di tadah.
Bukan mudah sebenarnya nak tinggalkan anak anak di bawah jagaan orang lain walaupun keluarga sendiri.Bukan tak percaya akan tahap penjagaan tapi bila memikirkan emosi anak anak memang Kak Bed terkesan sangat sangat.
Membaca ebook ini membuatkan Kak Bed tersedar akan emosi sebegitu.Bukan tak sedar selama ini tapi pembacaan kali ini bukan sahaja Kak Bed baca dengan emosi malah perancangan.
- Ulasan Pembaca Ebook, Siti Zubaidah Ibrahim
Ebook Suri Rumah Zero Hutang
RM25
Isi Kandungan:
Bab 1: Gaya Hidup
Bab 2: ICU Kewangan
Bab 3: Strategi Urus Hutang
Bab 4: Pendapatan Dan Perbelanjaan
Bab 5: Strategi Capai Bebas Kewangan
“Isteri yang zero hutang adalah isteri yang tenang dalam mengurus rumahtangga” - Puan Masayu Ahmad.
Akhir sekali saya kongsikan buat suri yang berminat, iaitu Ebook Panduan 44 hari berpantang gaya moden dan tradisional (RM30)
Isi Kandungan:
1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
· Pemulihan kesihatan dalaman
· Pemulihan luaran
· Persediaan penjagaan bayi
· Menurunkan berat badan
1.2. Fasa berpantang
· Fasa sebelum bersalin
· Fasa 44 hari
· Fasa 44 hari hingga 100 hari
· Fasa 100 hari dan seterusnya
· Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
· Tip untuk ibu/wanita hamil
· Tip untuk bapa
· Panduan selesai proses bersalin
Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin
Bab 3: Persediaan Berpantang
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang
Bab 4: Rawatan Berpantang
4.1 Tradisional Dan Moden
4.2 Istilah Dalam Pantang
4.3 Masalah Dalam Pantang
4.4 Menu dalam pantang
4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
4.6 Kekal cergas semasa berpantang
Bab 5: Rawatan Tradisional
5.1 Jenis Rawatan
5.2 Petua Pantang
5.3 Pemulihan selepas bersalin
5.4 Amalan Rutin 44 Hari
5.5 Kekal sihat semasa berpantang
Bab 6 : Rawatan moden
6.1 Jenis rawatan
6.2 Jenis rawatan moden
6.3 Gabungan moden dan tradisional
Bab 7: Rawatan kaedah Islam
7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
7.2Tip dan amalan
Bab 8: Cabaran Langsing
8.1 Menu Dalam Pantang
8.2 Senaman Yang Sesuai
8.3 Detoksifikasi
Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing
9.1 Pemakanan Seimbang
9.2 Gaya Hidup Sihat
9.3 Senaman Sebagai disiplin
9.4 Diet dan senaman selepas pantang
Bab 10: Panduan Langsing & Sihat
10.1 Dilema wanita
10.2 Kekal cergas dan sihat
10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing
Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin
11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
11.2 Tips & Motivasi Suri Rumah
11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam
Adakah suri berminat mendapatkan ebook-ebook ini?
Jom tempah hari ini.
Klik sahaja link yang telah saya berikan. Boleh terus order.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan