Apa Itu google business profile? Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan google business profile dalam melonjakkan sales produk / kedai / bisnes masing-masing. Bukan tidak tahu, sebenarnya saya yakin ramai tahu, cuma term yang saya gunakan ini tidak begitu familiar oleh rakan-rakan kan? Bagaimana kalau saya sebut, Google Maps?
Semua orang tahu tentang Google Maps Malaysia, malah kita gunakan sistem ni setiap kali kita nak tahu direction ke sesebuah tempat/lokasi. Pasti ada perasan, setiap bangunan, kedai akan muncul di sekitar lokasi. Jika tiada, bagaimana nak search lokasi sesebuah bangunan?
Kali ini, bukan rumah atau ofis sahaja. Sesiapa yang menjalankan perniagaan boleh gunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk / bisnes anda secara percuma! Anda boleh dapatkan pelanggan lokal di sekitar kediaman anda, taman anda, daerah, zon malah seluruh negeri yang anda diami atau seluruh Malaysia pun boleh jadi pelanggan anda! Best ke tidak?
Kini, bila seseorang mencari carian di google, bukan sahaja akan muncul di sebuah website, facebook page tetapi mereka yang daftar di Google Profile akan muncul dalam carian google iaitu melalui Google Maps! baiklah saya berikan satu contoh mudah.
Anak saya dah berusia 12 tahun sekarang, so saya nak cari pusat tuisyen berhampiran rumah. Apa saya nak buat? Of koz, selain duk skrol kat fb lebih baik saya search sahaja manalah tahu pusat tuisyen ini menggunakan kata kunci "pusat tuisyen kuantan" atau mereka dah daftar di Google Business Profile. Cara carian di google memudahkan saya melihat jarak dari rumah saya ke pusat tuisyen. Kedua, memudahkan saya untuk terus contact admin atau pemilik pusat tuisyen tersebut. Call ke whatsapp ke. Terpulang. Pentingnya ada nombor yang saya boleh capai dan hubungi.
So jom saya tunjukkan cara search dibuat satu per satu.
- Macam biasa kita ke google.com
- Search "pusat tuisyen" atau "pusat tuisyen kuantan"
- Lihat apa yang muncul, semestinya majoriti akan lihat page pertama sahaja, maksima yang serius akan search ke page ketiga-kelima (jarang)
Kelebihan listing kedai atau bisnes di google maps profile :-
Daftar kedai anda dekat Google Maps ini adalah marketing percuma. Anda daftar secara percuma, dan munculkan diri anda di carian maps dan google search berdasarkan kata kunci dan lokasi anda secara percuma juga.
Nampak tak kotak putih dalam maps ni? Ini bermaksud pemilik Google Profile tersebut menggunakan Google Ads untuk mempromosikan bisnes mereka |
Nak buat atau tidak Google Profile ni untuk kedai / bisnes anda?
Nak tak dapatkan marketing percuma ini dan tarik pelanggan berdekatan kediaman anda atau ofis anda?
Nak tak muncul di carian google bila customer cari kata kunci yang mereka perlukan?
Sudah tentulah NAK! Maka jangan berlengah lagi, terus lah daftarkan kedai / bisnes anda di Google Business hari ini.
Bagaimana cara nak daftar kedai di google business profile dan Muncul Pada Carian Google?
1. Wajib ada email google (gmail.com)
2. Klik sini Google Business Profile
3. Sign in atau manage now
4. Daftarkan kedai anda, dan follow sahaja step by step yang google tunjukkan
5. Verify
6. Setelah google verify bisnes anda barulah kedai anda akan muncul pada tapak google maps! alhamdulilah selesai =)
Sign in atau manage google business profile anda |
Bagi yang baru nak daftar pilih Add your business to Google |
Semoga entri ini membantu anda semua memaksimakan sebanyak mungkin marketing percuma secara online. Gunakan semua medium yang anda insya Allah dan penting rajin update tentang bisnes anda supaya pelanggan tahu anda masih aktif =)
Masih blurr cara setup google business profile dan muncul pada carian google?
Boleh ambil tempahan servis daftarkan kedai anda di Google Maps hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan