Bayangkan begini,
Selama ini anda kongsi link lokasi melalui whatsapp kepada pelanggan. Namun apabila sudah ada tapak kedai/bisnes anda di Google Maps. Ada kebarangkalian customer tidak akan wasap anda, apatah lagi menghubungi anda. Mereka akan terus lihat waktu operasi, review bagi memastikan kedai anda itu wujud, aktif dan jika mereka rasa anda legit, mereka akan terus tekan DIRECTION.
Faham ya?
Faham ya?
Itulah kelebihan kedai yang muncul di Google Maps.
Anda tidak akan call restaurantkan? Sebaliknya bila tengok oh sudah dibuka, anda akan terus ke kedai makan tersebut.
Jadi untuk elakkan berlakunya salah lokasi, saya sarankan untuk anda semak semula lokasi anda (hanya jika perlu ya)
Cara Update Lokasi Kedai/Bisnes di Google Maps
Login ke akaun google business profile , saya kongsikan cara untuk anda edit melalui handphone masing-masing, pakai browser sahaja ya.
Tekan manage now
Pilih bisnes anda. Klik see your profile
Klik pada edit profile
Klik pada business information
klik pada location
Anda lihat maps tersebut ya? sila edit pada alamat dan anda boleh adjust pin location.
klik adjust, dah siap tekan done dan save!
Siap! Mudah sangat kan?
Jangan lupa share link review untuk naikkan kreadibiliti kedai anda di Google :)
Semoga entri ini membantu anda semua
Saya ada beberapa saranan bacaan untuk anda semua, mana tahu berminat kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan