Senarai Campsite Terbaik di Kuantan

Kuantan memiliki kelebihan area pantai dan sungai yang menjadi tarikan pelancongan orang luar termasuklah orang Kuantan sendiri. Suasana pantai yang damai, luas ini menjadikan pantai sebagai tempat campsite yang digemari, tidak kurang juga sungai-sungai tempat berkelah dan mandian di sekitar Sungai Lembing dan Sungai Pandan.

Rata-rata sekarang ramai duk share camping sekeluarga kan? Ada yang suka berkhemah di tempat terbuka seperti di pantai, ada yang suka perkhemahan mewah seperti glamping. 

Anda pula bagaimana?

Suka bercamping atau tidak?

Syukur alhamdulillah, di Kuantan ada banyak campsite yang serba lengkap dengan elektrik, tandas dan tempat solat. 

Campsite sangat sesuai bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba dan merasai hidup secara berkhemah. 

Lain dari yang lain, anda nak rasa suasana outdoor dan adventure menguruskan diri anda dan bawa anak-anak berada di luar rumah dan "outside the comfort zone". 

Namun usah bimbang, GLAMPING pun ada di Kuantan. Tak risau la panas, badan sakit akibat tidur di atas tanah atau pasir, siap disediakan tilam empuk insya Allah anda juga boleh merasa suasana berkhemah seperti orang lain.

Mari kita lihat senarai campsite di Kuantan yang boleh anda terokai, merasai pengalaman bercamping di Kuantan pula kan? Manalah tahu ianya menjadi salah satu memori terindah dan tidak dapat dilupakan oleh anda di sini.


Kelebihan Campsite Berbayar VS Campsite Percuma

Apabila kita sebut tempat berkhemah, salah satu cirinya ialah tempat itu semestinya sesuai dan dibenarkan untuk anda memacakkan khemah. 

Campsite berbayar menyediakan fasiliti yang lengkap buat penyewanya, kemudahan adalah seperti:-

  • Tandas
  • Surau
  • Elektrik
  • Kemudahan air
  • Lampu
  • Khemah
  • Area yang lebih private
  • Peralatan memasak seperti bbq contohnya
Bagi campsite percuma, anda perlu sediakan semuanya sendiri, mencari lokasi yang sesuai seperti berdekatan dengan tandas awam, masjid dan keperluan lain yang anda perlukan untuk keluarga anda, semuanya harus difikirkan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.


Camping Site di Pantai Sekitar Kuantan

1. Kem Nemo Pantai Balok

campsite kuantan kem nemo pantai balok


Kem Nemo antara salah satu camp site terbesar dengan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, dewan serbaguna, parking, surau dan tandas yang banyak. Juga terdapat banyak aktiviti yang anda boleh tempah sebagai aktiviti riadah anda sekeluarga

Harga bermula serendah RM70 semalam

Nak tahu lebih lanjut boleh terus ke website rasmi Kem Nemo


2. Pantai Rekreasi Balok


campsite kuantan pantai rekreasi balok


Bersebelahan dengan Kem Nemo Pantai Balok. Pantai rekreasi ini menarik kerana bukan sahaja mempunyai tempat yang sesuai untuk bercamping tetapi menyediakan Hotel Kapsul dan Chalet di tepi pantai tersebut. Memiliki facilites yang lengkap untuk urusan anda di sana. 

3. Pantai Sepat

campsite pantai sepat

Pantai Sepat tidak memiliki campsite yang khusus atau diuruskan oleh mana-mana syarikat. Anda bebas berkhemah di mana sahaja namun harus diingat carilah tempat yang sesuai untuk dipacak. Berdekatan dengan tandas awam dan surau. Anda juga memerlukan bekalan elektrik pada waktu malam dan air bersih untuk kegunaan sendiri. Pokok pangkalnya, tiada fasilities untuk bercamping di sini tetapi ada beberapa area yang menyediakan tandas awam. Peringatan: tandas awam ini ditutup pada waktu malam.


4. Payung Gateway Campsite & RV Park Pantai Cherating

campsite kuantan payung gateway

Payung Gateway Camping site ialah campsite berbayar, menyediakan fasilities asas dan tempat private khas untuk para campers. Cuma, saya agak curious kerana mostly review adalah dari non muslim, adakah tempat ini sesuai buat semua rakyat Malaysia atau bagaimana?

Jika anda berminat, anda boleh terus hubungi page mereka : https://www.facebook.com/cheratingbeachMY


5. Camp Site Pantai Kempadang

campsite kuantan pantai kempadang

Tiada informasi berkenaan siapa owner yang menguruskan camp site pantai kempadang, malah belum ada review blog berkenaan tempat ini, tetapi saya menjumpai perkongsian dari user Facebook yang menyatakan bahawa ada pihak yang menyelia tapak perkhemahan mereka. Bayaran tapak amat murah insya Allah.

Saya letakkan review dari perkongsian Puan Jezz Tiena Joe, melalui group Facebook Family Camping Malaysia. Perkongsian sebenar beliau, sila klik link ini ya : https://www.facebook.com/groups/FamilyCampingMalaysia/posts/3618319411593327/


Campsite Review

1. Name of Place : Pantai Kempadang, Kuantan Phg
2. Cost of site : Rm10 sekali Pondok Wakaf
3. Tent type : Dome 3mx3m
4. Campsite contact : Pak Hamid 016-9533908
5. Under: Jawatankuasa Kemajuan & Kemakmuran Kampung Kempadang
6. Waze : Pantai Kempadang Kuantan

Review:

a. Toilet  - 5 star sangat bersih dan toilet baru dan djaga sentiasa...Toilet charge Mandi Rm1, Biasa Rm0.30 masukkan duit dlm tabung.Toilet dekat je
b. Plugpoint ❌
c. Kitchen and sink ❌ ada pili disediakan, xde kitchen dan sink
d. Fire pit 
e. Stream, pool or beach 
f. Parking distance to campsite? 
g. Entrance for Normal Car, highrise car or 4x4
h. Compatible with campervan?
i. Phone Coverage? maxis, celcom, umobile
j. Security/safety? Sebaiknya camping biar dgn partner camper lain.


Pantai Kempadang ialah tempat campsite umum namun menyediakan fasitilies seperti tandas. Malah tidak lama lagi, pantai ini akan dijadikan salah satu tumpuan utama di Kuantan sama seperti Pantai Teluk Cempedak! Hah menarikkan?

pantai kempadang

6. Kaki Bukit Campsite Pantai Teluk Tongkang (Teluk Cempedak)

campsite kuantan kaki bukit campsite



Kaki Bukit Campsite sebenarnya berada di Teluk Cempedak, anda boleh layari FB page mereka di SINI. Merupakan private campsite, fasilities yang lengkap dan pelbagai aktiviti menarik. Juga sesuai sebagai aktiviti berkumpulan yang besar.

7. Cempaka Campsite

campsite kuantan cempaka campsite


Private campsite ini diuruskan oleh Puan Siti Haida Abdull Rahaman. Beliau tidak mempunyai Fb page atau website tetapi mengumpul para campers di group Facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/groups/1986463094871290/ . 

Berminat untuk camping di Cempaka Campsite?
Hubungi Puan Siti Haida ye

8. Black Stone Camper Park & RV

campsite kuantan black stone camper & rv

campsite kuantan black stone camper park


Rupanya Black Stone Camper Park ini merupakan tempat di mana ramai celebrity datang lah. Sambil review kan, ternampak Uqasha dan Fyn Jamal datang bercamping di sini. Cewah, mesti korang rasa alamak mahal lah! Oh rupanya tidak. 

Bermula 1 April 2023, pihak pengurus Black Stone Campsite telah menaikkan kos tapak khemah sebanyak RM50 sahaja daripada RM40 setapak. Masya Allah, bolehlah campers semua mencuba bercamping di sini pula. 


9. Campers Unite Campsite

campsite kuantan campers unite

campsite kuantan cherating beach


Located at Cherating Beach, tempatnya dikatakan agak sunyi (private) dan luas. Anda boleh layari Facebook Page mereka untuk lihat review dan gambar-gambar menarik dari pengunjung dan pihak pengurusan Campers Unite.


10. Private Pantai Balok (NEW, Previous Owner Campsite Pantai Lagenda)

campsite kuantan pantai balok


Lokasi campsite ini betul-betul bersebelahan dengan Campsite Pantai Balok Rekreasi dan bersebelahan Pusat Latihan Nelayan. Baru dibuka oleh pengurus yang sama di Pantai Lagenda. Malah kami merupakan antara campers yang bercamping di sini tau. Ha, juga pengalaman pertama kami bercamping di pantai. 

Alhamdulillah, kelengkapan cukup dan fasiliti juga pengurusannya sangat baik dan ramah. Untuk camping di sini sila berurusan dengan

Camping Site di Sungai Sekitar Kuantan


1. Campstay Sungai Lembing

campsite kuantan campstay sungai lembing


Private campsite ini menawarkan fasilities lengkap termasuklah ruang solat terbuka buat semua campers. Tempat ini tidak terlalu besar, mempunyai kebun di mana anda boleh memetik apa jua buahan dan sayuran yang di tanam. Best bukan?

Campstay juga merupakan salah satu campsite yang popular di Kuantan. A must try place to camp ya warga Kuantan semua! Oh ya, saya dan keluarga juga sudah berkhemah di sini. Seronok! Insya Allah, lain kali boleh datang lagi


2. Sungai Pandan Waterfall Camp Site By ROH

campsite kuantan sungai pandan waterfall camping

campsite kuantan sungai pandan waterfall


Sungai Pandan Waterfall merupakan salah satu pusat pelancongan di Kuantan. Air terjun yang cantik, sejuk dan suasana yang redup ini menjadikan tarikan ramai penduduk Kuantan dan luar. ROH Campsite menyediakan perkhidmatan camping site yang terbaik buat campers semua dengan fasiliti yang lengkap.

Bolehlah anda cuba bercamping di sini pula selepas Sungai Lembing.


3. FASIH Camp Site Gambang

campsite kuantan fasih campsite gambang

campsite kuantan


Menurut chatgpt, Fasih Camp Site adalah FASIH Camp Site Gambang is a popular campsite located in Gambang, Malaysia. It is known for its scenic natural surroundings and offers various outdoor activities for visitors of all ages. The campsite provides a range of facilities and amenities to ensure a comfortable and enjoyable camping experience.

Campsite ini diuruskan oleh Pak Zul. Cantik kan pemandangan Sungai Berkelah ni? Mesti seronok dapat bercamping di sini.

4. JIWACAMP Campsite Sungai Pandan

campsite kuantan jiwacamp sungai pandan

campsite kuantan jiwacamp



Jiwacamp boleh memuatkan 38 buah khemah bersaiz unta, saiz tapak purata 20 kaki lebar x 30 kaki panjang lebih kurang berlantai pasir. Jiwacamp mempunyai pengurusan menguruskan acara perkhemahan dengan sangat tersusun, sesuai dari aktiviti berkhemah secara solo, keluarga, berkumpulan dan aktiviti sekolah. Fasiliti sangat lengkap dan juga boleh menempatkan RV di sini. 

Buat masa ini, di pahang private campsite yang membenarkan RV park termasuklah Jiwacamp ialah Payung Gateway, dan Pantai Kempadang. Saya suka dengan persembahan pihak Jiwacamp. Boleh jadi salah satu tempat favorite's ni kan?

Nak dapatkan info lanjut bagaimana untuk berkhemah di Jiwacamp Campsite Sungai Pandan? Layari sahaja 


5. Pasir Puteri, Sungai Lembing

pasir puteri sungai lembing

campsite kuantan pasir puteri sungai lembing

Perkelahan Pasir Puteri atau nama asalnya Pasir Kubor terletak di Sungai Lembing, Kuantan. Sungainya mempunyai permukaan batu-batu sungai, agak panas pada waktu tengah terik. Sungainya cetek namun dalam jika anda bermandi di tengah sungai. Saya juga pernah beberapa kali ke sini, bercamping namun hanya sekejap sahaja kerana batuan yang agak panas dan sakit badan. 

But, its worth to stay. Sungai yang jernih dan sejuk walaupun batu sungai panas apabila dipijak. Oleh itu, anda harus rancang dengan baik untuk bercamping di sini. Pasir Puteri merupakan kawasan perkelahan awam, oleh itu kelengkapan di sini tidak lengkap dan anda harus menyediakan peralatan khemah anda sendiri. 

6. Timah Campsite Sungai Lembing

campsite kuantan timah campsite

campsite kuantan timah campsite



Pet friendly. Anda boleh bawa haiwan peliharaan anda ke sini, biasanya kucing ni kurangkan orang nak bising jika di bawa, berlainan jika pet anda ialah seekor anjing. Wah, ya, boleh bawa anjing peliharaan anda ke sini. Begitu juga di Payung Gateway Campsite. Antara review dari campers yang dah bercamping di sinilah superb pemandangan dan toilet yang awesome. Wah, best la tu kan?



Nampak menarik kan tempat-tempat di campsite di Kuantan ni? Anda kalau nak pergi tu kena buat tempahan awal kerana tempat-tempat yang disenaraikan di atas ni memang terkenal dan selalu dijadikan tempat bercuti bukan sahaja orang Malaysia malahan luar negara juga. Apa lagi, pergilah tempah sekarang sebelum terlambat.

Untuk campsite umum pastikan anda sudah senaraikan barangan keperluan bagi memudahkan urusan anda semua bercamping. 

Apa lagi jomla camping!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan