KREDIT: Fakhrur Radzi
Wasiat, hibah dan waqaf adalah antara instrumen dalam perancangan harta pusaka.
Alhamdulillah, semakin hari lebih ramai umat Islam yang sedar akan kepentingan merancang harta supaya dapat memberi manfaat yang berterusan kepada waris.
Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana nak buat sebuah dokumen perwarisan yang lengkap.
Oleh itu jom kita tengok 4 perkara yang perlu dibuat untuk merancang perwarisan harta.
Kumpul Dan Senaraikan Segala Aset Dan Liabiliti Semasa
Ini adalah langkah pertama yang mesti semua orang buat. Senaraikan semua aset dan liability (hutang) yang kita miliki sekarang.
Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Label fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah kita tiada nanti.
Gunakan Word, Sheet atau apa-apa aplikasi untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang kita miliki.
Buat dua simpanan, satu softcopy yang boleh disimpan dalam email dan satu hardcopy untuk diletak sekali dalam fail tersebut.
Lantik Wasi Atau AJK Pusaka
Salah satu perkara penting yang mesti ada dalam dokumen perwarisan harta adalah perlantikan wasi atau AJK pusaka.
Apakah tugas wasi ini?
Wasi adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka kita mengikut wasiat atau pesanan kita.
Kebiasaanya disarankan untuk kita melantik ahli keluarga terdekat yang kita percaya akan berlaku amanah setelah kematian kita nanti.
Apa jadi kalau tidak lantik wasi?
Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk uruskan harta pusaka.
Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka kita nanti.
Takut-takut, waris tak dapat kata sepakat, harta pusaka pun terus terbeku, tiada siapa yang nak uruskan.
Sediakan Dana Pantas
Apa yang dimaksudkan dengan dana pantas ini?
Dana pantas adalah aset tunai yang boleh waris tuntut secara langsung selepas kita meninggal dunia tanpa perlu melalui proses untuk dapatkan surat perintah kuasa.
Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun KWSP dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas.
Kenapa perlu ada dana pantas?
Ini untuk memudahkan waris kita menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan.
Kerana telah terjadi banyak kes harta pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan harta pusaka arwah.
Walaupun kita tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, jika waris kita tiada tunai sekurangnya 5% daripada keseluruhan harta pusaka kita, maka RM2 juta tersebut akan terus dibekukan.
Akhirnya waris langsung tak dapat manfaat daripada harta pusaka.
Dokumen Yang Disediakan Mesti Bertulis, Bertarikh Dan Bersaksi
“Arwah ayah ada bagitau aku sebelum dia pergi dulu, yang tanah kat kampung tu dia nak bagi pada aku sebagai anak sulung.”
Dulu-dulu di zaman atuk nenek kita, mereka tidak begitu ambil perhatian terhadap perancangan harta.
Biasanya kalau nak berikan harta hanya beritahu melalui cakap mulut sahaja.
Tiada hitam putihnya.
Oleh itu penting kalau nak buat wasiat, pastikan dokumen perwarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah kita meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan kita semasa hidup.
Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau AJK pusaka nak laksanakan pesanan arwah.
Sama ada arwah ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya.
Bonus: Guna Khidmat Pakar
Walaupun cara membuat dokumen perwarisan ini nampak mudah, tetapi sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka.
Lebih-lebih lagi kalau kita memang tiada ilmu dan kepakaran dalam bidang perwarisan harta pusaka Islam.
Analogi mudahnya begini, dalam banyak urusan kehidupan seharian, kita serahkan kepada pakar untuk bantu kita.
Nak buat rumah idaman, kita panggil kontraktor berpengalaman untuk bina.
Bila kereta rosak, kita hantar kepada pakar kereta (bengkel) untuk betulkan.
Anak sakit, kita hantar kepada pakar perubatan (doktor) untuk dapatkan konsultasi dan ubat.
Nak beli baju raya, kita tempah dari pakar yang pandai menjahit.
Oleh itu, sewajarnya juga kita cari dan dapatkan perkhidmatan pakar perwarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta kita.
Kita ada banyak pilihan khidmat pakar perwarisan di Malaysia, boleh cari dan dapatkan konsultasi dari mereka.
Yang penting adalah kita rancang dan pastikan harta yang kita kumpul selama ini, dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada waris, tetapi kepada kita apabila sebahagian daripadanya disedekah atau diwaqafkan untuk manfaat umum.
Insyaallah saya boleh bantu anda menbuat dokumen wasiat yang lengkap..
Pengurusan wasiat Hans Legacy Group terpaling mampu milik, lengkap dan komprehensif.
RM400 sahaja untuk kami sediakan wasiat lengkap dan boleh menukar wasiat sementara masih hidup.
Bagaimana nak dapatkan khidmat wasiat?
Whatsapp ke 010-337 9012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan