Suri Menulis Part One

Program Suri Menulis Bersama Azian Muhamed Isa Tajaan Surirumah Rahmah Malaysia

Apabila mendapat peluang menulis dan menerbitkan buku (jika dapat) secara percuma dengan penulis luar biasa iaitu Puan Azian Muhamed Isa yang turut merupakan seorang surirumah. Saya tersangatlah bersuka cita apatah lagi menulis merupakan impian yang telah lama terkubur. Teringat zaman persekolahan dahulu, saya sangat suka menulis karangan termasuklah menulis puisi. 



Namun, impian tinggal impian apabila keyakinan goyah dan tidak tahu hala tuju menulis ke mana. Bila dah sibuk belajar, saya lupa pernah berimpian menjadi seorang penulis. But alhamdulillah, saya tetap menulis sebagai seorang blogger, malah telah berjaya mengeluarkan 3 buah ebook panduan marketing bagi Shopee Seller dan Facebook Page. 

Walaupun niche berbeza dan gaya penulisan juga jauh menyimpang. Namun, kegembiraan yang terhasil apabila pembaca mendapatkan ebook tersebut tidak tergambar nilainya.

Saya sudah berjaya membantu orang lain menerusi penulisan berbentuk panduan walaupun sekadar ebook.

Mari saya kenalkan mentor dan guru kami, Puan Azian Muhamed Isa. Wahh, kagum tahu. Dahlah surirumah, host pula tu. Ilmu menulis beliau hebat tau. Haaa, kagum sangat nih sampai debar tak sudah. 

Jomlah baca sedikit sebanyak latar belakang beliau dalam bidang penulisan.

Cool kan?

Program ini pula dianjurkan bersama Persatuan Surirumah Rahmah Malaysia (SRR). Ya benar, saya merupakan ahli SRR yang berdaftar pada tahun ini. Demi mencari sahabat Surirumah dan berkongsi cerita duka dan lara di dalam persatuan SRR, saya sertai mereka dengan mahar yang ditetapkan. 

Alhamdulillah, sinopsis telah berjaya ditulis dan submit untuk program Suri Menulis. Berdebar rasanya menunggu respon dari cikgu Azian. 

Pembaca pula bagaimana?

Rasanya ramai rakan Facebook saya merupakan penulis-penulis buku antologi, cerpen dan banyak lagi. Kagum setiap kali melihat mereka kongsikan kejayaan menerbitkan buku. Sama ada secara berkumpulan atau solo. Ianya adalah kepuasan bagi seorang penulis. 

Nanti saya kongsikan lagi ya. Anggaplah ini journey saya tahun ini. Kita mulakan dengan part One. 

Sehingga bertemu lagi. Teruskan menulis ya semua dan keep inspiring everyone in your genre. Insya


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan