Viral seorang suri rumah gagal membuka sebuah akaun bank, namun sebenarnya ada cara termudah untuk seseorang tanpa sebab musabah untuk membuka bank akaun.
Persoalan, perlu ke setiap orang mempunyai bank akaun?
Ya. Perlu. Di dunia era yang semakin pesat dan sudah memasuki dunia cashless, di mana setiap kedai, mall, menggunakan QRPay, Boost, E-wallet, apakah lagi sebab sebuah bank melarang seseorang itu membuka akaun persendirian apabila sudah cukup syarat umur dewasa, 18 tahun?
Pelajar matrikulasi juga sudah punya akaun bank personal, inikan pula suri rumah yang mempunyai tanggungan, perlu menambah income (jika perlu) dan pelbagai alasan kukuh yang menyebabkan beliau memerlukan bank akaun tersebut.
Jom kita buka akaun bank hari ini.
Syarat Buka Akaun Bank
Buka bank akaun mudah sahaja sebenarnya. Saya share bagi rakyat Malaysia aje la ye, yang oversea people please go to bank to get advice.
Syarat utama:-
- Umur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
Alasan Membuka Bank Akaun
Rupanya perlu ada sebab kenapa seseorang itu diterima membuka akaun bank, dunia yang makin maju, penuh dengan scammer, rupanya ada term "KELDAI AKAUN".
Keldai akaun adalah individu yang menyerahkan kad Autoteller Machine (ATM) miliknya serta nombor pin kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah.
Mungkin bukan semua orang yang berniat menyerahkan akaun bank mereka kepada orang lain. Mungkin ibu bapa atau pasangan yang terpaksa atau dipaksa, namun kita harus faham bahawa menyerahkan akaun bank kepada orang lain dan membiarkan orang lain menguruskannya adalah tindakan yang sangat merbahaya kepada diri sendiri.
Apabila ditangkap, anda lah yang akan menanggung segalanya, manakala penjenayah tersebut bebas tanpa rasa bersalah.
Oleh itu, beringat dan jangan sesekali beri details akaun anda, serahkan ATM, username, pasword sekalipun kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa yang melegakan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah akan melegakan baginya dari kesusahan di Hari Kiamat. Barangsiapa yang membantu orang yang sedang dalam kesulitan, Allah akan membantunya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Muslim)
Suri rumah sendiri perlukan akaun bank untuk memudahkan para suami memberi duit sebagai nafkah, menguruskan kewangan keluarga kan seperti yuran anak sekolah, atau ada ibu bapa dan adik beradik yang lebih suka transfer kepada suri rumah berbanding pemberian cash. Pada masa sama, suri rumah boleh mula menjana income secara kecil-kecilan walaupun dari rumah dengan berniaga secara online.
Nak berniaga secara online - wajib ada akaun bank ye. Takkan customer nak bank in ke akaun milik orang lain pula? Setuju?
Buka Bank Akaun Guna Apps Sahaja
Cara paling tak pening kepala, bukan sahaja tidak perlu hadir ke bank, anda hanya perlukan handphone. Inilah teknologi masa depan. Buka akaun semudah ABC dengan MAE Maybank.
Apa Itu MAE Maybank?
MAE (Maybank Anytime Everyone) ialah perkhidmatan perbankan digital yang disediakan oleh Maybank, salah satu bank terbesar di Malaysia. MAE bertujuan untuk memudahkan urus niaga kewangan dan menyediakan akses mudah untuk pengguna menguruskan kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih.
Berikut adalah beberapa ciri yang disediakan oleh MAE:
Pembukaan Akaun: Pengguna boleh membuka akaun MAE dalam talian tanpa perlu melawat cawangan bank fizikal. Prosesnya mudah dan cepat.
Pengurusan Kewangan: MAE membolehkan pengguna melihat baki akaun, mengurus urus niaga, memantau aktiviti kewangan dan mengurus belanjawan melalui aplikasi mudah alih.
Pindahan Dana: Pengguna boleh memindahkan dana dengan mudah antara akaun Maybank dan ke akaun bank lain melalui MAE.
Pembayaran: MAE menyokong pelbagai jenis pembayaran seperti pembayaran bil, pembelian kredit, pembayaran e-dagang, dan pembayaran di pelbagai peniaga yang bekerja dengan Maybank.
Ciri Pengimbas QR: MAE menyediakan ciri pengimbas QR untuk memudahkan pembayaran di pelbagai kedai fizikal dan peniaga dalam talian yang menerima pembayaran melalui kod QR.
Pengeluaran Tunai: Pengguna MAE boleh mengeluarkan wang tunai di ATM atau cawangan Maybank yang bersambung dengan perkhidmatan tersebut.
MAE dibangunkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna dalam menjalankan transaksi kewangan harian. Pengguna boleh mengakses perkhidmatan MAE melalui aplikasi MAE yang boleh dimuat turun dari stor aplikasi mudah alih.
Tutorial Buka Bank Akaun MAE Maybank dan Menang Proton X50!
Jika dah siap nanti, anda boleh lah apply kad debit MAE ye. Penting juga kan, walaupun anda boleh keluarkan duit dari akaun secara tanpa kad (ATMless), namun saya yakin anda tetap ingin miliki kad fizikal untuk memudahkan urusan seharian di kedai-kedai dan mall contohnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan