Belajar cara tulis seo content blog dengan betul. Ala, sama ajelah maksudnya anda menulis di Facebook personal ke kan, bezanya di blog anda boleh menulis beserta gambar dan video dengan lebih tersusun. Boleh disimpan dan dikongsikan berkali-kali sebagai panduan buat orang ramai.
Penulisan blog yang bagus ialah penulisan yang mampu menyelesaikan dan menjawab masalah orang lain. Menulis bukan untuk syok sendiri tetapi mempunyai isi dan kepetingan buat pembaca. Maka dari situlah datangnya trafik organik.
The July 2023 updates also highlighted the importance of high-quality product reviews. Google's algorithms now better recognize and reward in-depth, helpful content, including detailed product reviews. This change is a reminder for site owners to focus on creating content that provides real value to users.24 Jul 2023
Ramai di kalangan kita suka menulis di ruangan Facebook, hebat sungguh rakan-rakan saya menulis tahu. Kagum! Tetapi di blog kita nak fokus kepada menulis tetapi berisi, ada kata kunci carian atau keyword ya. Bukan menulis cerpen atau meluahkan perasaan semata-mata. Jika ini yang kalian fikirkan, maka entri ini bukan untuk anda.
Apa Itu SEO Content Blog?
Saya tidak akan mengulas panjang dengan maksud SEO di sini, cukup sekadar kita tahu cara penggunaan SEO di blog masing-masing dan mendapat trafik pengunjung berdasarkan faktor ini. Trafik organik tidak datang sejuta view sekaligus, mengambil masa namun ini ialah permainan long term. Nak cepat dapat trafik?
Nak viral cepat? - medium soc med
Nak long term planning dan sentiasa berterusan mendapat trafik - blogging
SEO (Pengoptimuman Enjin Carian) ialah satu set strategi dan amalan yang digunakan untuk menjadikan tapak web anda lebih mudah dicari di enjin carian seperti Google. Matlamat utama SEO adalah untuk tapak web anda muncul pada halaman pertama hasil carian, supaya lebih ramai orang boleh menemuinya.
Sebagai contoh:
Perhatikan Nota di Gambar:
Apabila saya buat carian "cara hilangkan kurap kucing di telinga", tiga entri teratas adalah siraplimau, miszrockers dan FB page: Geli Geli Kucing - Taiping.
Anda lihat saya gariskan dengan warna kuning dan purple, menunjukkan kata kunci itu terdapat pada bahagian carian google yang mengandungi kata kunci tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan menulis dengan kata kunci/keyword bagi content blog secara mudahnya ya.
Apa yang kita sasarkan pada setiap content ialah muncul di carian pertama Google. Insya Allah
Tips Menulis Blog
- Menulis dalam bahasa penuh Melayu atau English
- Menulis menggunakan dialek yang betul (jika anda nak gunakan dialek negeri ya tetapi bukan sepenuhnya)
- Membuat carian terlebih dahulu mengenai tajuk tersebut dan barulah mula menulis
- Menulis dengan menggunakan kata kunci
- Menulis dengan fakta yang betul dan elakkan penipuan dan plagiat
- Gunakan heading, subheading pada tajuk besar dan tajuk kecil supaya pembaca dapat membaca lebih tenang dan tidak tercari-cari (pendek kata, memudahkan pembacaan dan carian di content anda)
- Masukkan table of content (TOC) - kaedah ini sangat penting untuk Google buat crawl ke entri anda
- Menggunakan saiz image yang kecil disarankan bawah 50kb per image
Cara Menulis Content Blog Pertama Anda
Saya sudah kongsikan tips menulis content blog di atas. Sila scroll semula ya. Pergi ke sebelah kiri pilihan menu dan tekan NEW POST.
Anda perlu letakkan Tajuk yang mengandungi keyword dan ayat yang mengundang klik. Terangkan apa maksud kandungan entri anda secara ringkas dan padat pada tajuk tersebut. Wajib masukkan sekurang-kurangnya satu gambar atau minima tiga gambar. Jangan lupa kecilkan saiz image sebelum anda upload gambar.
Label bertindak sebagai tag, juga mengandungi nilai SEO buat posting anda. Masukkan kata kunci berkaitan dan relevan dengan tajuk dan isi kandungan.
Anda boleh biarkan kosong atau isikan informasi ringkas, padat dan mempunyai kata kunci sekali lagi di sini. Jika anda biarkan kosong, Google akan memilih 16 patah perkataan pada awal posting anda sebagai text carian apabila carian dibuat.
URL PERMALINK adalah sangat penting bagi hidup sebuah penulisan ber SEO. Pendek, ringkas dan maksima 5 patah perkataan sahaja. Contohnya,
tempat-menarik-kuala-lumpur dan bukannya
tempat-menarik-di-kuala-lumpur-yang. Dan sebenarnya jika anda membuat tajuk url yang panjang, Blogger secara automatik akan potong tajuk anda menjadi URL yang tidak sempurna, ini tidak bagus sama sekali. Adakalanya pemotongan tajuk menjadi URL permalink ini terkeluar dari kata kunci yang anda cuba nak sampaikan kepada pembaca. Tidak bagus kan?
Contoh
Tajuk : Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Semasa Di Kuala Lumpur
Kata Kunci SEO: Tempat Menarik Kuala Lumpur
Automatik URL Permalink : Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh
Apa terjadi di sini?
Anda kehilangan kata kunci nama tempat iaitu Kuala Lumpur.
Hal ini akan menyebabkan apabila orang buat carian berkaitan tempat menarik di kuala lumpur, anda kehilangan tempat di page pertama, kerana URL permalink ini salah satu sumber utama crawl google berkaitan kata kunci sesuatu carian. Faham ye.
Jadi apa perlu kita lakukan?
Paling mudah semasa buat tajuk nanti, dan anda nak publish, gunakan kata kunci sebagai tajuk. Selepas publish, barulah anda edit tajuk tersebut supaya nampak lebih menarik untuk pembaca klik content anda.
Dah pun siap blog dan publish posting pertama anda. Tahniah!
Berapa Panjang Content Yang Disukai Google?
Minima 300 patah perkataan hingga 1500 atau lebih. Anda boleh gunakan
wordcounter untuk mengira karangan anda dan juga melihat kekerapan ayat yang sama.
Berapa Kali Kata Kunci Boleh Diulang Dalam Satu SEO Content Blog?
Untuk 300 - 700 patah perkataan, sekurang-kurangnya tujuh kali keyword diulang pada tajuk dan isi kandungan. Elakkan meletakkan terlalu banyak keyword, nanti google recognise u ols as spamming pulak, tak mahu la yer.
Di Mana Nak Letak Keyword Selain Tajuk dan Content?
Anda wajib letak keyword pada
- alt gambar,
- tajuk content
- label atau tag entri
- search description
- url permalink
- heading H1 dan subheading H2
- internal dan external (backlink) dengan menggunakan anchor word sebagai kata kunci
Tips Merancang Penulisan di Blog
Ok. Ini ialah perkara paling penting. Kita kembali kepada TUJUAN anda nak buat blog. Mulakan dengan Sebab apa kita nak mulakan blog. Kenali keyword yang anda nak sasarkan, buat carian juga terhadap keyword berkaitan.
Tujuan Buat Blog
- Mendapatkan prospek
- Menyampaikan ilmu / informasi
- Diari
Mendapatkan Prospek
Nak dapatkan prospek bermaksud anda perlu susun dan cari apakah hala tuju blog. Sebagai contoh, blog parenting. Ini bermaksud topik-topik yang akan anda cover di dalam blog anda adalah berkisarkan kekeluargaan, anak dan ibu bapa. Segala permasalahan, panduan, tips, produk adalah berkaitan dengan niche parenting. Boleh tak nak selit info resepi ke, info personal ke? Boleh, tiada masalah kerana andalah yang mencorakkannya.
Listkan apakah kategori atau label yang akan anda gunakan sebagai panduan buat pembaca. Contoh lagi, Tips Atasi Anak Degil, Doa Untuk Anak-anak, Tips Parenting, ini dijadikan sebagai kategori utama pada setiap labels entri, jadi mudahlah pembaca nak rujuk content-content yang telah anda tulis berkenaan label tersebut.
Blog informasi
Blog informasi biasanya menyasarkan income dari google adsense, blog niche ni fokus kepada satu tajuk sahaja contohnya
rasa.my,
rencahrasa.com,
kerjakosong.com,
jomjalan.my. Mereka ini fokus kepada artikel berkaitan sahaja, tiada personal story atau artikel selain niche.
Blog diari
Blog diari menceritakan kisah penulis semata-mata. Boleh dikatakan sebagai blog branding, tetapi jika kita tidak femes, kita perlukan penulisan seo dan artikel lain yang boleh menjana trafik. Majoriti blog dengan domain nama adalah blog peribadi/branding/diari, sebaiknya jadikanlah blog tersebut menjadi blog branding dan kepakaran supaya anda dapat menukar pembaca menjadi prospek/follower tegar anda.
|
Anda boleh je jadikan contoh bagaimana anda menyusun artikel anda, apa yang penting setiap persoalan pembaca dijadikan sebagai heading atau subheading kerana ia mempunyai nilai keyword yang penting bagi entri anda |
Kesimpulan
Menulis SEO content blog tidak semudah menulis di social media, saya faham. Di blog anda perlu setting dan tanamkan kata kunci seberapa banyak yang boleh hanya untuk dapatkan pembaca organik. Namun, jika anda buat dengan niat yang betul dan bukan buat kerja laju mengejar sesuatu saya pasti ianya akan mendatangkan hasil. Adakalanya dengan cara penulisan yang betul dan menjawab soalan pembaca, tidak mustahil content anda bakal muncul di carian pertama walau hanya dalam tempoh seminggu.
Insya Allah, ada banyak lagi entri berkaitan seo yang akan saya tuliskan buat anda semua. Stay tune dan jangan mengalah untuk terus menulis content yang bermanfaat!
Related Posts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan