Gelang emas 916 ialah idaman setiap wanita, walaupun halus tampak di tangan tetapi kegembiraan memakainya tidak dapat digambarkan. Seronok! Wanita dan perhiasan tidak dapat dipisahkan. Walaupun cuma satu sahaja yang dipakai, ianya tetap menjadi kegemaran seorang wanita, iaitu menghias dirinya.
Gelang tangan ni auranya lain macam ya, mungkin kerana dipakai pada bahagian yang konfirm nampak. Oleh sebab itulah, suka benar menayang rantai tangan emas masing-masing untuk menunjukkan kemewahan dan cinta rasa terhadap barang kemas sendiri.
Jenis-Jenis Gelang Emas : Stamping, Hollow & Padu
Ada tiga jenis gelang emas di pasaran yang patut anda ketahui. Dengan cara ini, anda boleh memilih gelang mana yang sesuai untuk anda miliki. Sama ada anda pakai gelang ini untuk casual, harian, atau pada event-event tertentu. Penting sangat-sangat tau, kita kenal pasti jenis gelang emas ini supaya tidak tersalah pilih.
Mungkin harga gelang itu dalam bajet anda namun tidak sesuai mengikut situasi pemakaian anda, tidak jadi juga kan? Akibatnya gelang tersebut mungkin akan kemek, cepat putus atau paling teruk hilang kerana salah kita sendiri.
Tiga jenis pembuatan gelang emas yang perlu anda ketahui:-
- Stamping
- Hollow
- Padu
Nama-Nama Gelang Emas 916
Rupa-rupanya terdapat puluhan species dan nama gelang emas yang menjadi pilihan ramai wanita, mari saya kongsikan jenis-jenis gelang emas ini sebagai rujukan anda semua. Manalah tahu kan, lepas baca ni terus serang kedai emas. Dapatlah beli satu untuk diri sendiri, encik suami pula sesekali hadiahkanlah gelang emas 916 ini buat isteri kerana aura emas sangat berbeza berbanding gelang perak atau stainless steel.
panadol |
- Pulut dakap
- Pandora
- Gajah
- Coco
- Lipan
- Putra
- Biji Sawi
- Biji Jagung (Jagung)
- Mesin
- Coco Pasir
Panduan Membeli Gelang Emas 916
Sebelum anda membeli gelang emas anda yang pertama, sama ada sebagai koleksi atau pelaburan emas akan datang. Adalah lebih baik kita kenal pasti dulu jenis gelang emas ini supaya anda tidak melatah di kemudian hari. Anda sudah pun baca kan jenis-jenis pembuatan barang kemas di atas tadi, sama ada padu, stamping, atau hollow.
Mesin - Jenis padu, Halus dan tahan lasak.
Pasir & Kait 1 - Terdapat jenis Kosong , padu dan stamping.
Gajah - Jenis kosong dan padu.
Lipan - Jenis kosong dan padu.
Lipan Terdapat beberapa design;
kait 2 , kait 3 , kait 4. Untuk mengetahui, perlu meneliti dibahagian sisi rantai.
Pintal - Jenis kosong dan padu.
Jenis kosong mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.
Snakeskin - Jenis kosong.
Tulang belut - Jenis kosong dan padu.
Gila2 - Jenis kosong dan padu.
Sauh/Bakok - Jenis kosong dan padu.
Coco - Jenis kosong dan stamping.
Bangle - Jenis kosong , padu dan stamping.
Cincin - Jenis kosong , padu dan stamping.
Cara Memastikan Ketulenan Gelang Emas 916
Tips & Cara Kira Harga Gelang Emas 916 Supaya Pembelian Anda Berbaloi-baloi
Sebelum membeli barang kemas ada beberapa perkara yang anda MESTI tahu supaya anda dapat membeli rantai tangan ini dengan harga minimum tanpa upah kos yang terlalu tinggi, melainkan anda mahukan design yang unik dan kecantikan perhiasan itu adalah perkara utama.
1. Tanya harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Sebaiknya kita kira dalam kiraan gram.. sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.
2. Tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik, lagi cantik, lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM2000 untuk upah sahaja. (Saya sendiri pernah tanya di Wah Chan bagi gelang emas coco 40g ketika itu, dalam tahun 2021 tak silap saya)
3. Tahu cara kira harga barang kemas.. biasanya,
[ (Berapa gram x harga segram) + upah = ?? ]
Kebiasaannya kedai emas terus tekan tekan kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram dan upah. Ini yang MESTI kita tahu!!
TIPS YANG LEBIH PENTING
Kira Harga Emas Segram.
Maksudnya, total harga yang kita bayar ÷ berapa gram barang kemas tu.
Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata mata harga segram. Jangan juga tertipu dengan harga segram yang nampak murah tapi upah pula yang mahal.
KENAPA KITA MESTI KIRA HARGA BERSIH SEGRAM?
Itulah harga emas kita segram yang sebenar. Kalau kita pajak di arrahnu pun, arrahnu tidak akan tanya berapa upah barang kemas kita tu. Dia hanya akan uji ketulenan emas dan timbang berapa berat. Nilai marhun adalah berdasarkan nilai semasa dan berat emas kita. Kita bayar upah mahal mahal dulu kira HANGUS.
Kalau nak jual balik emas kita pun sama, arrahnu atau kedai emas tu sendiri akan tengok berapa gram. Itu sahaja. Harga belian balik/buyback ikut gram.
Jadi, diharapkan perkongsian ini akan dapat menjadikan kita seorang pembeli yang berilmu. Jangan terpedaya dengan harga yang diberi atau ditawarkan bulat bulat.
Ambil sedikit masa buat kira kira depan tokey emas tu. Baru lah dia tahu yang anda mempunyai ilmu emas.
Saya kongsikan sekali untuk pembaca sekalian, cara kiraan spread gelang emas anda.
Gelang Emas 916 Kene Zakat Juga Ke?
Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka).
Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]
Berdasarkan dalil di atas, maka kita haruslah selain peka dengan design terkini gelang emas di Malaysia, kita juga wajib tahu adakah emas perhiasan yang kita miliki sekarang sudah cukup haul atau tidak untuk dikenakan zakat emas. Oh ya, siapa yang duduk di Kelantan, tidak perlu bayar zakat emas selagi mana anda pakai gelang emas tu tau. Hah, pakai jangan tak pakai. Sekiranya anda simpan emas perhiasan selama setahun, maka tahun itu anda wajiblah membayar zakat emas di negeri Kelantan, begitulah ceritanya.
Gelang Emas 916 Bajet Bawah RM500 - RM1000
Mencari gelang emas 916 bawah RM1000? Ada. Cuma biasanya emas bawah RM1000 ialah emas jenis hollow, namun tidak salah untuk berimpian dan mencarinya bukan?
Mari kita lihat, saya kongsikan dari produk gelang emas orodesign ye;-
Katalog gelang emas 916 ; https://bit.ly/gelangemasorodesign
Harga pasaran emas 916 sekarang antara RM 280 - RM 290 se gram. Maka untuk bajet bawah RM1000 sebenarnya tidak begitu digalakkan, ini kerana berat akan jadi sangat ringan dan anda haruslah jaga rantai tangan itu sebaiknya supaya tidak mudah putus. Sesuai untuk anda cari gelang tangan dalam berat 4 ke 5 gram, sedang elok dan harga dalam range RM 1000 - RM 1,500 termasuk upah.
Antara cadangan saya setelah lihat website kami, ini antara rantai tangan (RT) yang mungkin anda boleh pertimbangkan
RT BUDGET
RT BUDGET_A
RT CTSS 110S
RT CBB 5LOVE
RT CC PU80
RT CTB 110S
Cantik-cantik kan design gelang tangan yang saya kongsikan ini? Bukan sahaja cantik, moden dan nampak anggun apabila dipakai. Kesemua design gelang emas 916 ini adalah di bawah harga RM 1500 termasuklah kos upah.
Gelang Emas 999
Tahukah anda selain dari emas 916, emas 999 juga sudah boleh dijadikan perhiasan. Di Orodesign, kami ada dua jenis barang kemas 999, iaitu BK 999 dan BK SE 999. Apa beza emas 916 dan 999, dan beza BK 999 dan BK SE 999?
Perbezaan Emas 916 & 999
Ramai yg masih tidak faham apa itu emas 999.9 dan emas 916. Sedikit pencerahan saya kongsikan di dalam entri ini. Emas 999.9 dan 916 merupakan tahap ketulenan emas itu sendiri. Emas 999 ialah emas yg tulennya 99.9% manakala emas 916 ketulenannya 91.6% sahaja. Clear?
Manakala emas 999.9 maksudnya ialah emas yg ketulenannya ialah 99.99%!! Makanya hanya 0.1% bercampur logam lain juga dgn tujuan utk dibentuk.
Emas 999 selalunya berbentuk goldbar, dinar dan coin, agak jarang kedai-kedai emas menjual emas 999 ini sebagai barang perhiasan. Ianya ialah emas 99.9% tulen. Rasanya tidak ada emas 100% tulen dijual di mana-mana kedai pun di dunia ni.. 0.1% logam lain adalah perlu dicampur utk tujuan pembentukan emas itu sendiri.
Kenapa emas perlu campuran?
Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. Semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas atau barang kemas.
So kalau suka beli emas as simpanan, better beli emas 999.9 lebih berbaloi2. Kalau nak pakai, boleh beli emas 916 like cincin, gelang, or rantai. Emas 999.9 lebih mahal jika dibandingkan dgn emas 916 based on ketulenannya. So of course Emas 999.9 lebih tinggi nilainya jika dipajak di mana-mana ar-rahnu. Di Orodesign, gelang emas 999 ini tiada harga upah, ianya sudah termasuk dengan harga yang ditawarkan.
Perbezaan BK 999 dengan BK SE 999
Cara Ukur Gelang Emas 916
Penutup
Alhamdulillah. Semoga entri ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca dan peminat gelang /rantai tangan emas 916 dan 999. Bagaimana nak tempah gelang emas dari Orodesign? Contact sahaja saya ya, saya juga merupakan dealer emas Orodesign yang sah, anda boleh hubungi saya di talian whatsapp 018-9100 852 atau klik sini www.wasap.my/60189100852/gelangemasorodesign
Tiada ulasan:
Catat Ulasan