Gambar diambil dari seberang jalan. Saya pada mulanya terbabas juga kerana tidak sedar rupanya ini ialah lokasi Wanz Petshop
Tempat serahan kucing untuk dimandulkan. Tidak perlu menunggu untuk bertemu veterinar
Agak jauh gambar ini diambil. Tempat serahan kucing untuk dimandulkan dan klinik di dalam premis.
Suasana di veterinar menenangkan. Saya suka pertama kali datang ke sini. Pandai mereka pilih lokasi dijadikan klinik veterinar di Kuantan
Kemaskan jahitan ni? Alhamdulillah, berpuas hati dengan rawatan veterinar Wanz Petshop. Kucing saya betina, risau juga bila baca pelbagai kisah jahitan terbuka ni kan.
Waiting area sementara tunggu klinik buka
Cafe Kopicatz katanya, tetapi time saya datang tutup. Tak pasti dibuka atau tidak. Saje je share.
Review Veterinar Kuantan Wanz Petshop
Saya suka dengan suasana di sini. Walaupun agak jauh dari rumah tetapi persekitarannya mengalu-alukan kedatangan pemilik kucing dan pet yang lain. Jika anda datang hanya untuk mendapatkan rawatan veterinar tidak perlu membuat temujanji. Temujanji hanyalah untuk kes pemandulan sahaja.
Staff friendly dan memberikan panduan penjagaan kucing selepas mandul selepas kita pick up kucing, malah melayan dengan baik apabila kita whatsapp mereka.
Bayaran Mandul Kucing
Bayaran bagi pemandulan kucing jantan RM 70, manakala bagi kucing betina ialah RM 120. Tempoh siap dalam beberapa jam sahaja, saya hantar kucing pada jam 10 pagi, kemudian ambil semula pada sebelah petang, jam 4 petang.
Kucing diminta untuk dipuasakan bermula jam 12 malam hingga 10 malam berikutnya. Saya risau juga tengok Ucuk kelaparan, dah la kuat makan walaupun kurus.
Klinik Swasta Veterinar Kuantan Wanz Petshop
Lokasi : Jalan Kg Pak Mahat, Tanjung Lumpur Kuantan
Waktu Operasi : 10 Pagi hingga 4.30 Petang
Hari Operasi : Isnin-Rabu, Sabtu & Ahad, Tutup pada hari Khamis & Jumaat
Nombor untuk dihubungi : 012 - 660 2470
Google Maps : https://g.co/kgs/KfjjBK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan