Jom, kita ke Riverfront Kuantan!
Eh, yang nak datang singgah Kuantan, jangan tak lepak di sini pula ye. Rekomended place to visit during nightime in Kuantan Pahang.
Kali ini kami mulakan perjalanan berjalan dari pintu masuk Riverfront Kuantan, di area McDonald's, depan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ada apa di area pintu masuk Riverfront Kuantan?
- McDonald's
- Family Mart
- Texas Chicken
- Kuantan River Cruise (tutup waktu saya datang ni tetapi sebenarnya dibuka setiap hari)
Ini ialah pejabat utama Majlis Perbandaran Kuantan. Cantikkan pada waktu malam? Sebenarnya ada lagi aktiviti di sebelah kanan bangunan MPK, ada gerai-gerai makan dan aktiviti keluarga di parking area iaitu beca, mainan berelektrik. Saya tak ke sini, jadi tiada gambar yang dapat saya kongsikan.
Oh ya, jika anda perlu keluarkan cash, di MPK ada atm ya. Dibuka 24 jam.
Sipi, saya share McDonald's.
Family Mart di area Riverfront Kuantan, bersebelahan Texas Chicken.
Okay. Jom kita berjalan dari permulaan Riverside hingga ke Menara Kuantan.
Agak jauh juga,penat berjalan. Kami berjalan kaki sahaja. Di sini anda boleh memancing, bermain basikal, naik beca, bermain buih, dan banyak lagi aktiviti di sepanjang jalan.
Baca juga: Dah Pernah Ke Cafe Markisa Melaka? Jom Tengok Review Ni
Sepanjang Riverfront Kuantan ada apa?
Pada awal anda akan jumpa, taman permainan yang sangat selesa dan selamat insya Allah untuk anda lepak dan bermain dengan anak-anak. Namun, tolong tetap berhati-hati kerana walaupun cerah dan dipenuhi lampu anda tetap harus awasi anak-anak anda.
Saya pertama kali juga datang ke taman permainan ni, juga dikenali sebagai Esplanade Kuantan. Seronoknya anak-anak dapat bermain dekat sini. Selesa, luas dan sesuai bawa anak-anak kecil.
Teruskan berjalan anda akan jumpa tempat kedua persinggahan bermain. Di sini agak kurang sesuai untuk bawa anak-anak kecil bermain kerana bukan ianya bukan taman permainan, its more like workout area. Dan di sinilah lokasi Menara Kuantan 188.
Pemandangan Menara Kuantan 188 dari kedai makan berdekatan, kami makan di Restaurant Satay Uncle Bard. Sedap sataynya, lembut, juicy dan kuah pun ikut citarasa orang perantauan gitu.
Dekat sini ada banyak kedai makan menarik tahu. Masakan melayu, western dan mamak.
Kita ada
Kedai kek : Kula Cakes (seberang jalan), Sungei Wang Bakery, Venice Cake House
Kedai aiskrim : Aiskrim Berlemok Gula Apong, Yolli Yolli Yogurt Ice Cream
Kedai Western & Coffee : Watak Kopi, Mico Cafe
Kedai Masakan Melayu : Satay Uncle Bard
Kedai Mamak
Fast Food : KFC (seberang jalan)
Menu kami malam tu, satay, mee rebus dan mee bandung. Lain macam sikit mee mereka tapi bolehlah. Masakan panas seperti nasi goreng pun ada ya. Air saya order di Watak Kopi sahaja, macam biasalah Kopi Kampung Ais. Watak Kopi ni kan, nasi lemak memang sedap. Aduh teringin nak makan.
Sudah makan, barulah bermain sekejap di area sekitar. Dan bawa anak-anak bermain di taman permainan.
Dapat juga berjalan dari hujung ke hujung Riverfront Kuantan. Walaupun penat kaki ni tetapi semua berjaya berjalan dengan hati yang gembira.
Semoga kita dapat ke sini lagi. Warga Kuantan yang jarang keluar malam sesekali best juga tahu dapat ke sini.
Dari Riverfront, Menara Kuantan 188, Kuantan Street Art hingga ke Masjid Negeri Kuantan suasana hidup, meriah dan penuh warna warni. Anda berjalan kaki sahaja ya. Ada jambatan jika risau nak melintaskan dengan anak-anak kecil.
Tertarik sudah? Hehe. Jom singgah sini
Apakah Aktiviti-Aktivit Menarik di Riverfront Kuantan
Di sepanjang Riverfront, anda boleh buat pelbagai aktiviti menarik, seperti;
1) Beriadah
2) Menaiki basikal, beca dan seangkatan dengannya (ada kedai-kedai kecil yang membuat sewaan)
3) Berpiknik
4) Aktiviti memancing
5) Berjalan-jalan di tepi Sungai Pahang
6) Bermain di taman permainan (Esplanade Kuantan)
7) Naik Rivercruise (pengalaman naik bot, dengar sejarah tentang bot/perkapalan di Kuantan dan boleh tengok kunang-kunang)
8) Bersenam dan beriadah di waktu malam
9) Healing (pun boleh)
10) Naik ke Menara Kuantan 188 dan melihat pemandangan indah di waktu malam
Ada Bayaran Ke?
Tiada bayaran untuk anda berjalan-jalan ke sini, cuma nak naik ke Menara Kuantan 188 dan Kuantan Rivercruise ada bayarannya ya.
Cara nak ke lokasi Riverfront Kuantan
Saya pasti warga Kuantan sudah tahu area sini, bagi pengunjung, Riverfront Kuantan tiada dalam maps ye. Jadi untuk ke sini, anda boleh search landmark lokasi ini:
- Esplanade Kuantan
- Menara Kuantan 188
- Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
Pilihlah salah satu. Area parking agak crowded ye. Datang awal selepas maghrib masih okay lagi. Jika selepas isyak rasanya berpusing 2-3x agaknya atau parking agak jauh di sekitar Masjid Negeri
Welcome to Kuantan guys
Tiada ulasan:
Catat Ulasan