Suri rumah rahmah yang saya maksudkan ini bukan menu rahmah atau apa-apa berkaitan tajuk rahmah yang digunakan dalam kerajaan madani sekarang ni tahu. Sebenarnya yang saya maksudkan pada posting ini ialah sebuah persatuan wanita yang menyokong dan memberdayakan semua surirumah di Malaysia. Teruskan membaca untuk memahami apakah sebenarnya persatuan suri rumah rahmah atau gelaran pendek SRR.
Alkisahnya, pada awal tahun 2023 saya mencari rakan suri, persatuan, group atau mana-mana bantuan untuk dijadikan support group kerana saya mula merasakan sendirian sebagai seorang suri rumah ini amatlah mencabar. Apabila saya mula tertekan dengan kesukaran membesarkan anak-anak kecil yang ramai, menguruskan mereka dan rumah, pada masa sama saya berniaga dan freelance kan, nak imbangkan kesemua ini sekaligus adalah satu struggle yang mula memakan diri. Lalu saya terfikir, ada ke support di luar sana yang boleh bantu saya?
Paling tidak la untuk saya luahkan perasaan, kemudian kita sama-sama berkongsi rasa, emosi, you all as suri rumah zaman kini yang kita ni serba serbi melakukan semua aktiviti di rumah, rasa tak apa saya rasa?
Kesukaran saya makin terasa apabila saya disahkan menghidapi GAD (Generalize Anxiety Disorder) dan Panic Attack, saya jadi sukar untuk fokus, income kejap ada kejap tiada. Akhirnya selain berjumpa dengan doktor untuk rawatan, saya amat-amat memerlukan group support. Bukan main tala je nak support dengan sesiapa, tetapi yang khusus, yang memahami masalah yang kita hadapi sebagai seorang housewife, yang boleh beri galakan, bantuan, idea, Masya Allah, wujud ke mereka ni?
Wujud ya rakan-rakan.
Saya akhirnya bertemu mereka di Facebook melalui akaun CikYa (Mari Melukis Bersama Cikya - Durioo) ha, jangan tak tahu beliau juga salah seorang ahli SRR, masa tu naik pula FB beliau dan beliau mention SRR. Saya sangat tertarik dan terus search apa sebenarnya SRR ni. Tak berfikir panjang, saya sign up as ahli, dan Masya Allah setelah beberapa bulan saya bersama mereka, sungguh kagum dengan support yang diberikan, dari pihak admin hingga rakan-rakan ahli suri kesemuanya POSITIF dan SUPPORTIVE.
Hang down ka, hang terbalik ka, mereka sentiasa ada ayat yang encourage your spirit. Malah banyak aktiviti yang dijalankan oleh SRR itu khas untuk para surirumah menjadi lebih intelek, berdaya saing, positif dan paling penting, kita jadi insan yang menghargai diri sendiri sebagai seorang wanita yang menguruskan rumah, tidak bekerja, duduk di rumah sepanjang hari, mengasuh anak-anak sendiri, yakni berstatus surirumah.
Pengenalan
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) merupakan sebuah NGO yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pelatihan, pembangunan, kajian dan advokasi yang berkaitan dengan suri rumah.
Suri Rumah Rahmah Malaysia akan menjadi platform bagi suri rumah muda dan pertubuhan berkaitan untuk bersama dibawah satu payung bagi memartabatkan dan meningkatkan nilai tambah dalam diri suri rumah di seluruh Malaysia.
Persatuan SRR mencorak aktiviti-aktivit mengikut tiga (3) teras iaitu Suri dan Diri, Suri dan Keluarga, Suri dan Masyarakat. Sepanjang pertubuhan, SRR banyak menjalankan aktivit secara fizikal dan atas talian.
Visi & Misi Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia SRR
Wadah pilihan pemberdayaan suri rumah muda
Misi
1) Menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketrampilan
2) Mengajak dan membimbing suri rumah muda untuk berperanan dalam masyarakat
4 Nilai Teras (Core Values) Yang Diamalkan Oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)
1) Pemberdayaan
2) Komuniti
3) Sistem sokongan
4) ‘Go Green
Syarat Keahlian SRR
1) Warganegara Malaysia
2) Umur minima 25 tahun - maksima 45 tahun
3) Tinggal di Malaysia
4) Melayu
5) Perempuan
6) Islam
7) Seorang suri rumah atau
8) Berpengalaman sebagai suri rumah minima 3 tahun (jika telah kembali bekerja)
Aktiviti-Aktiviti SRR Tahun 2023
Saya kongsikan aktiviti yang telah dijalan oleh pihak SRR tahun ini. Untuk info penuh anda boleh lihat program mereka anjurkan di website rasmi Aktiviti SRR.
Ada dua jenis program SRR iaitu khas buat ahli dan awam. Program awam ini boleh disertai oleh semua suri secara percuma atau berbayar, bergantung kepada program tersebut ya
Program khas untuk ahli SRR |
Program yang dibawakan untuk semua suri / wanita |
Nak Jadi Ahli SRR Ada Yuran Tak?
Ada. Disebabkan berada dalam kelompok ahli SRR, pihak SRR mengadakan pelbagai program anjuran mereka berbentuk motivasi, memperdaya diri, dan pelbagai aktiviti yang suri boleh sertai sama ada secara fizikal atau online. Maka, ada yuran yang disediakan sebagai NGO berdaftar ya. Ada dua jenis yuran iaitu tahunan (RM 7.00) dan seumur hidup (RM 15.00).
Murah sahaja sebenarnya kan dengan apa yang anda bakal miliki?
Cara Nak Daftar Sebagai Ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah
Berminat nak jadi ahli SRR sama seperti saya dan ramai lagi suri di Malaysia? Tahniah. Jomlah join, ada group support di Whatsapp tau. Tak aktif pun tak mengapa, mereka juga sediakan group support SRR melalui daerah / negeri.
Cara untuk daftar ahli SRR sila klik link ini : Pendaftaran Ahli Suri Rumah Rahmah SRR
Apa Kata Suri Yang Telah Menyertai Ahli Persatuan Suri Rumah SRR
Persidangan Suri Rumah Kebangsaan 2023 (KONSURI)
Konvensyen Suri 2020 |
Konvensyen Suri 2018 |
Perkhidmatan Kaunseling SRR
Info Rasmi NGO Persatuan Suri Rumah Malaysia (SRR)
Berminat nak berkenalan dengan NGO Persatuan Suri SRR dengan lebih dekat? Ikuti mereka melalui website dan akaun social media kay. Jangan lupa follow!
Website : https://www.surirumahrahmah.com/
Facebook Page : https://www.facebook.com/surirumahrahmah
Youtube Channel : https://www.youtube.com/@surirumahrahmah2461
Instagram : https://www.instagram.com/suri.rumah.rahmah/
Bagus inisiatif ini, surirumah harus Bijan ambil peluang dan ruang yang disediakan
BalasPadamye betul.. bersyukur sangat2 dapat rakan support yg alami perkara sama, buat benda sama hari2, mmg bila sendirian kita akan cepat down. zaman skrg, suri rumah ni selalu dipandang rendah walaupun kita berpendidikan tinggi. mulala orang mengata. sebab tu kita kene bina dulu harga diri bahawa kita bukan suri rumah yang biasa-biasa.
Padamtak valid lak nak join sbb jdi suri rumah 8 bulan je..ehehe
BalasPadamAlhamdulillah, bagus ada persatuan buat para suri rumah untuk motivate diri
BalasPadamEmme pun ahli SRR ya. Sama dengan saya, saya SRR Bangi
BalasPadamfuhhhhh menarik betul ni,baru tahu wujudnya benda macam ni....7 tahun dah jadi suri rumah,hanya kuatkan diri sendiri je...
BalasPadamWoe, bagus ni..Untuk kesihatan mental para suri rumah! hehe..
BalasPadamTq atas info. Tak pernah tau ada persatuan ni. Bagus dikongsikan terutama untuk para suri rumah.
BalasPadamTq atas iinfo yang dikongsikan. Tak pernah tahu sebelum ini tentang persatuan ini. Sangat bagus disertai oleh para suri.
BalasPadambagus ada program yang macam ni. baru lah suri rumah berdaya saing.
BalasPadam