Puasa Ramadhan yang tidak tertunai wajib digantikan, namun bagaimana niat ganti puasa ni dan apakah sebenarnya ganti puasa? Sama ke niat ganti puasa haid dan boleh ke kita gabungkan niat ganti puasa dengan puasa sunat?
Banyak persoalan kan mengenai ganti puasa ni? Jadi di dalam artikel kali ini saya akan kongsikan cara niat ganti puasa yang betul dan menjawab salah faham saudara saudari sekalian.
Teruskan membaca
Pengenalan Ganti Puasa
Allah menyuruhkan umat Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Ini adalah satu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap Muslim. Tetapi kadang-kadang, seseorang mungkin tidak dapat berpuasa pada bulan tersebut kerana sebab-sebab tertentu seperti sakit atau bepergian jauh. Dalam situasi ini, mereka perlu mengganti puasa mereka di hari lain supaya kewajipan tersebut tetap terpenuhi. Ini adalah cara bagi umat Islam untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada Allah dan juga untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap agama.
Di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:185):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Puasa ganti atau qada puasa bermaksud mengantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan.
Bagi lelaki atau perempuan yang mukallaf adalah diwajibkan bagi mereka untuk mengantikan puasa sama ada dengan keuzuran atau tanpa keuzuran.
Niat Ganti Puasa (Qadha Ramadhan)
Niat puasa ganti dalam bahasa Arab dan transliterasinya dalam huruf Rumi beserta maksudnya adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadhan kerana Allah Taala.Hukum Gabungkan Niat Ganti Puasa Wajib dan Sunat
Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.
Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Baca juga : Selawat Ke Atas Nabi SAW
Niat Gabung Puasa Ganti & Puasa Sunat
Puasa Sunat Syawal
Jika anda ingin menggabungkan Puasa Qadha tersebut dengan Puasa Sunat Syawal, maka niatnya adalah seperti berikut:
Waktu Sebenar Niat Ganti Puasa
Pada waktu bilakah kita harus lafazkan niat ganti puasa ni? Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.
Menurut mazhab Syafii, puasa wajib iaitu puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa qada yang dilakukan niatnya pada siang hari atau selepas terbit fajar hukumnya adalah tidak sah.
“Namun begitu, ulama dalam kalangan Mazhab Hanafi menyatakan hukum berniat puasa sama ada puasa wajib atau sunat yang dilakukan pada siang hari atau selepas terbit fajar tetap sah. Cuma, puasanya dianggap kurang sempurna.
“Menurut mazhab berkenaan, puasa berkenaan menjadi sempurna jika diniatkan pada malam hari sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW,” jelas jabatan itu dipetik daripada artikel kemusykilan agama laman web jabatan berkenaan.
0 Ulasan