Assalamualaikum, mari kita berkenalan dengan layout blog di blogger untuk memudahkan pertukaran template dan setting pada masa akan datang. Bagi pemula, usah bimbang, layout blogger ini mudah difahami ya.
Apabila anda create blog menggunakan handphone, anda akan dapat default layout dan theme bagi blog anda.
Pengenalan
Kenapa kita nak ubah supaya theme blog? Ini kerana kita nak website blog nampak lebih cantik, professional dan mudah dibaca oleh pembaca khususnya sekarang ramai membaca menggunakan handphone berbanding pc atau laptop. Oleh itu kita memerlukan theme yang mempunyai fungsi mobile responsive.
|
Ini adalah paparan layout blog anda semua, default bermaksud automatik layout anda adalah seperti berikut dan kita nak tukarkan kepada 2 column theme |
|
Apa yang kita nak buat ialah end result, theme blog kita seakan website professional, mempunyai theme yang cantik, mobile frenly, seo frenly dan memudahkan pembaca membaca di blog kita |
Sebelum kita bermula mari kita fahamkan apa itu layout ni.
Apa Itu Layout Blogger?
Layout pada platform Blogger merujuk kepada susun atur dan susunan visual blog anda. Ini termasuk reka letak, kedudukan bingkai, susun atur halaman dan elemen lain yang boleh anda sesuaikan mengikut citarasa anda. Anda boleh menukar dan menyusun layout ini mengikut keperluan anda. Di bawah ialah komponen utama dalam susun atur Blogger:
1. Tajuk (header): Bahagian atas blog anda biasanya mengandungi tajuk blog dan penerangan ringkas. Anda juga boleh meletakkan logo atau imej header mengikut kesesuaian untuk memberikan blog anda identiti visual.
2. Menu Navigasi (Pages atau Standalone Link): Menyediakan pautan ke halaman penting pada blog anda, seperti "Halaman Utama," "Perihal Kami," "Hubungi Kami," dan lain-lain. Menu navigasi membantu pelawat mencari kandungan yang mereka cari dengan mudah.
3. Bar sisi (Sidebar): Bar sisi ialah ruang di sebelah kiri atau kanan halaman blog anda, tempat anda boleh meletakkan bingkai atau pautan ke siaran popular, arkib, label, halaman tetap dan sumber lain.
4. Ruang Kandungan (Blog Post Content): Ini adalah ruang utama di tengah-tengah halaman blog anda, tempat di mana catatan blog dan kandungan utama lain dipaparkan. Anda boleh memaparkan siaran penuh atau ringkasan, bergantung pada pilihan anda.
5. Paparan Responsif: Susun Atur Blogger yang baik harus responsif, bermakna reka bentuk dan susun atur blog akan disesuaikan dengan pelbagai saiz skrin, termasuk peranti mudah alih, tablet dan desktop. Ini penting untuk memberikan pengalaman pengguna yang baik pada semua peranti.
Dengan menetapkan layout dengan baik, anda boleh meningkatkan navigasi dan kemudahan membaca blog anda, menjadikan pelawat tinggal lebih lama di sana untuk meneroka kandungan yang anda kongsi. Semoga penjelasan ini membantu, dan selamat bekerja dengan blog anda!
Jadi persoalannya seterusnya, bagaimana nak tukarkan dari default layout ke 2 column layout?
Mari kita belajar di sini step by step. Saya akan tunjukkan contoh menggunakan handphone view kerana concern tidak semua memiliki pc atau laptop.
Cara Tukar Layout Blog dari Single Ke 2 Column
Mula-mula anda login ke blog anda, tekan menu dan pilih theme. Anda perlu memilih template asas terlebih dahulu dan kemudian barulah dapat tukar ke 2 column. Caranya;
|
Pergi ke menu dashboard anda. Klik pada Theme |
|
Dekat sini, anda skroll terus ke bawah hingga jumpa theme blogger jenis classic |
|
Antara contoh theme blogger classic |
|
Sudah pilih yang mana anda berkenan, sila klik apply |
Dah siap sampai part ni, kita nak ubah jenis layout sama ada 1 column, 2 column atau 3 column.
Caranya, pergi ke theme semula. Klik pada customize, kemudian klik layout.
|
Klik layout |
|
Pilih 2 column pada body layout dan untuk footer terpulang. Untuk awal, saya sarankan anda follow sahaja seperti di dalam gambar. |
Mudah sahaja kan? Belum siap lagi ya. Sekarang kita nak setkan blog kepada mobile friendly.
Cara Setkan Blog Anda Kepada Mobile Responsive
Caranya; kembali ke theme, pada customize anda klik button bawah dan pilih
|
Pilih mobile settings |
|
Pilih mobile dan kemudian pada configure mobile view anda pilih custom. |
Alhamdulillah, dah pun selesai part basic layout dan theme blogger. Jom kita ke part seterusnya iaitu cara buat pages di blog pula.
Penutup
Mempelajari dan memahami layout Blogger adalah langkah penting bagi seorang blogger untuk meningkatkan kualiti blog mereka dan menarik lebih ramai pembaca. Layout merujuk kepada susunan dan penataan visual elemen-elemen dalam blog, termasuk tajuk, bahan bacaan, gambar, video, widget, dan banyak lagi. Dengan memahami layout, seorang blogger dapat mencipta pengalaman yang lebih menarik dan profesional bagi para pengunjung blog mereka.
Akhir kata dari saya, selamat mencipta dunia blog anda dan ranking di page pertama carian enjin.
Related Posts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan