Menjadi ibu rumah tangga adalah pekerjaan mulia bagi setiap wanita. Ada bahagia yang hadir setiap kali melihat anak-anak bermain dengan bahagia. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah membuka pahala bernilai jihad bagi setiap wanita.
Anas bin Malik mengisahkan, seorang wanita menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah.
Apakah bagi kaum wanita bisa mendapatkan amalan jihad di jalan Allah? Rasulullah menjawab: “Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.”Baca juga: Duit Tabung Haji
Maksud Suri Rumah
Maksud Suri rumah dari bahasa Melayu atau Indonesia ialah "ibu rumah tangga" atau "isteri rumah tangga." Kata "suri" merujuk kepada seorang wanita yang merupakan isteri dan memainkan peranan sebagai pengurus rumah tangga, menjaga keperluan keluarga, dan merawat anak-anak.Di dalam bahasa english, suri rumah dipanggil sebagai "housewife", manakala dalam bahasa arab pula gelarannya sungguh bermakna iaitu “ Rabbaitul Bait” or “The Queen of the Home”. Masya Allah, ratu di dalam rumah ya, suatu gelaran yang sangat tinggi tingkatnya.
Nama-Nama Panggilan Lain Housewife
Suri rumah juga dikenali dengan beberapa panggilan lain seperti:1. Ibu rumah tangga
2. Isteri rumah
3. Ibu di rumah
4. Rumah tangga
5. Ibu yang bekerja di rumah
6. Wanita rumah tangga
7. Ibu keluarga
8. Pengurus rumah tangga
9. Wanita pengurus rumah
10. Housewife
11. Rabbaitul bait
12. Wahm (Working at home mom)
13. Stam (Stay at home mom)
Boleh anda fikirkan apa lagi panggilan yang sesuai untuk seorang wanita pengurus rumah?
Siapakah Wanita Rabbaitul Bait?
Rabbaitul Bait yang ideal bangun sebelum matahari terbit. Menguruskan diri berkhalwat bertemu ilahi, mengejutkan suami dan anak-anak untuk solat subuh dan menyiapkan persiapan mereka ke sekolah dan kerja bagi suaminya.
Dia memulakan harinya dengan kesyukuran dan doa kepada Yang Maha Esa. Dia mencari perlindungan, keselamatan, dan rizq (Apa-apa dan segala yang memberi manfaat kepada anda) untuk keluarganya.
Menjadi Rabbaitul Bait/ housewife adalah pilihan — pilihan peribadi. Hormati itu :)
Hadis Tentang Kerjaya Sebagai Suri Rumah
Hadis pertama:
Rasulullah SAW bersabda: “Seorang wanita adalah pengurus rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas kepengurusannya.” (HR Muslim)Hadis kedua:
Nasihat Rasulullah SAW kepada puterinya Fathimah Az-Zahra:
“Wahai Fathimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.
Wahai Fathimah, tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut kepala anak-anaknya lalu menyisirnya dan memcucikan pakaiannya, melainkan Allah pasti menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberikan pakaian seribu orang yang telanjang.”
Hadis ketiga:
“Maukah engkau aku beri tahu sesuatu yang (paling berguna) ditimbun oleh seseorang, wanita shalihah apabila ia (suami) memandangnya ia (isteri) menjadikannya senang, apabila memerintahkannya ia pun mentaatinya, dan apabila ia tidak ada maka ia (isteri) menjaganya.” (HR. Abu Daud)
Hadis keempat:
Ketaatan istri pada suami adalah jaminan syurgaNya. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya).
Jadi Housewife Sukarela, Terpaksa atau Di Paksa?
Setiap wanita yang menjadi isteri rumah sepenuh masa mempunyai kisah yang berbeza, ada yang terus berhenti kerja selepas berkahwin, ada yang membuat keputusan menjaga anak-anak dan suami kerana sebab-sebab tertentu, ada juga di diminta oleh suami untuk menjadi ibu rumah tangga. Walau apa juga asbab anda menjadi suri dan pengurus rumah terhebat di alam semesta ini, tahniah saya ucapkan!Andalah insan terhebat, mengagumkan dan luar biasa. Bersyukurlah kerana masih ramai lagi wanita di zaman ini terpaksa bekerja, menjadi pengurus rumah tangga pada masa yang sama. Mereka juga pasti ingin menjadi seperti surirumah sepenuh masa namun tiada rezeki.
Tanggapan Masyarakat Terhadap Isteri Tidak Berduit
Di abad 2023, era moden dan pemikiran yang sudah bebas dari kekolotan memungkin imaginasi kita menyangkakan bahawa menjadi isteri rumah tangga sepenuh masa, memberikan masa, tenaga, jiwa dan raga kepada sebuah keluarga ialah pekerjaan yang dihormati kan? Malangnya tidak.Seakan kembali ke masa lampau, jika dulu wanita ini tempatnya hanya di dapur, tidak boleh belajar tinggi-tinggi, kini wanita bisa bangkit menjadi apa pun cita-cita sama seperti kaum lelaki. Kita ingatkan dunia moden kali ini sudah mempunyai mindset yang ke hadapan, malangnya dunia tetap memandang rendah pada kaum isteri yang memilih kerjayanya sebagai pengurus rumah tangga.
Isteri tidak bekerja?
Oh, Surirumah rupanya
Kesiankan? Namun artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah seorang ibu surirumah tetapi untuk memberi kabar gembira, walau apa pun tanggapan dunia, di sisi Allah, tiada harga yang dapat membandingkannya. Maka bergembiralah dan jauhkan rasa iri kepada isteri yang bekerja kerana rezeki setiap insan itu Allah swt sudah pun tentukan dengan Maha Adil dan Saksama.
Cuma tidak salah untuk kita bersedia mental untuk menghadap pelbagai soalan, sindiran dan tohmahan dari orang-orang sekeliling. Mereka tidak faham situasi kita, keluarga kita, maka cubalah hindari bersama dengan golongan toksik ini dan bahagiakan diri anda dengan bersama rakan-rakan yang positif.
Tugas Seorang Suri Rumah
Dalam Islam tidak menyebut secara jelas apakah tanggungjawab atau tugas seorang suri rumah, namun secara automatik seorang isteri yang berada di rumah dan tidak bekerja melakukan tanggungjawab menjaga dan mengurus rumah, suaminya, dan anak-anak. Namun anda boleh rujuk semula hadis di atas di mana ia menyebut akan urusan seorang isteri dalam menguruskan rumah suaminya dan menjaga anak-anak.
Walaupun peranan dan tanggungjawab suri rumah boleh berbeza-beza bergantung pada keperluan dan dinamik keluarga, berikut adalah beberapa tanggungjawab umum:
1. Menguruskan rumah tangga: Bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kemasan rumah, termasuk membersihkan rumah, mencuci pakaian, dan merawat haiwan peliharaan.
2. Memasak: Bertanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk keluarga, termasuk sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.
3. Menguruskan anak-anak: Jika terdapat anak-anak dalam keluarga, akan merawat dan menjaga anak-anak, termasuk menghantar mereka ke sekolah, menguruskan tugasan sekolah, dan memberi perhatian dan kasih sayang. Andalah driver, nurse, doktor, cikgu dan pengasuh.
4. Merancang bajet keluarga: Berperanan dalam menyusun kewangan keluarga, membuat bajet, dan menguruskan pembayaran bil-bil rumah tangga.
5. Membeli keperluan rumah tangga: Bertanggungjawab untuk membeli makanan, pakaian, dan barangan rumah tangga lain, ini kerana isteri rumah tanggalah yang lebih mengetahui akan hal urusan rumah berbanding suami.
6. Menyokong pasangan: Isteri yang baik juga berperanan sebagai penyokong pasangan, memberikan sokongan emosi dan fizikal serta terlibat dalam membuat keputusan keluarga.
7. Menjaga hubungan sosial: Menguruskan hubungan dengan jiran, rakan, dan ahli keluarga lain, serta menyusun kunjungan atau acara keluarga (jika perlu dan mendapat keizinan)
8. Merancang acara keluarga: Boleh terlibat dalam merancang dan mengkoordinasikan acara-acara keluarga, seperti majlis hari lahir, majlis perayaan hari raya, atau sambutan keluarga lain.
9. Menguruskan masa: Isteri rumah tangga perlu menguruskan masa dengan baik untuk menjalankan semua tanggungjawabnya, termasuk memberi keutamaan kepada keperluan keluarga dan diri sendiri. Walaupun kita bertanggungjawab menguruskan hampir segala-gala hal di rumah, ingatlah anda tetap perlukan masa untuk diri sendiri.
Penting untuk diingat bahawa peranan ini tidak terhad kepada tugas-tugas rumah sahaja. Ibu di rumah juga memainkan peranan penting dalam mencipta suasana yang hangat dan harmoni di rumah, memberi sokongan emosi, dan membantu membentuk kehidupan keluarga yang bahagia.
Persediaan Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
Adakah anda sedang memikirkan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa? Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah satu langkah penting dan perlu dipertimbangkan dengan teliti.
Saya nak kongsikan luahan rasa seorang surirumah apabila dia berhenti kerja dan memilih keluarga sebagai tugas utama, alhamdulillah, beliau tetap memilih kerjaya sebagai surirumah tangga.
Saya nak kongsikan luahan rasa seorang surirumah apabila dia berhenti kerja dan memilih keluarga sebagai tugas utama, alhamdulillah, beliau tetap memilih kerjaya sebagai surirumah tangga.
Kelebihan Menjadi Seorang Fulltime Housewife
1. Perhatian Keluarga: Lebih banyak masa untuk memberikan perhatian kepada keluarga.
2. Pengurusan Rumah: Lebih mudah mengurus rumah dan tanggungjawab di dalamnya.
3. Keseimbangan Hidup: Fleksibiliti dalam mengatur jadual harian dan keseimbangan antara kerja dan masa sendiri.
4. Pendidikan Anak: Terlibat aktif dalam pendidikan anak-anak, boleh jadi AJK di sekolah dan pelbagai lagi aktiviti fizikal bersama anak-anak.
5. Kemahiran Rumah Tangga: Peluang untuk mengasah kemahiran rumah tangga.
6. Ekonomi: Pengurangan kos dengan memasak di rumah, bil tambahan, yuran bulanan seperti taska, transit dan van sekolah serta mampu dapat menguruskan perbelanjaan keluarga yang lebih baik dan menjimatkan.
7. Kurangkan Tekanan: Kurangkan stres kerana tiada tekanan kerja luar.
8. Kreativiti: Peluang mengembangkan hobi dan minat atau bisnes dari rumah.
9. Hubungan Keluarga: Menguatkan hubungan keluarga.
10 Dukungan Pasangan: Beri sokongan lebih besar kepada pasangan.
11. Pengaruh Positif: Jadi contoh baik kepada anak-anak dan ajar nilai-nilai keluarga.
12. Kesihatan Mental: Boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental.
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (PERKESO)
Hak seorang surirumah dalam memikirkan keselamatan mereka adalah penting. Apa-apa juga boleh berlaku semasa bekerja di rumah, ianya boleh terjadi semasa di dalam rumah atau di luar rumah. Semasa memasak atau menghantar dan mengambil anak sekolah. Secara amnya, tiada seorang pun yang memiliki skim keselamatan namun apabila anda mula bekerja di sektor awam atau swasta, anda mula mendapatkan perlindungan keselamatan sepenuhnya.
Kini, berita gembira buat semua suri, anda boleh mencarum bersama PERKESO di dalam program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Untuk info lanjut, anda boleh rujuk laman website ya. Rugi tidak ambil inisiatif yang PERKESO sediakan untuk surirumah ni ya. Murah sahaja, serendah RM10 sebulan. Saya cadangkan anda ambil sekiranya anda masih tiada skim keselamatan atau insuran nyawa mahupun medical card.
Bantuan Suri Rumah : Support & Networking
Kerja isteri rumah tangga sepenuh masa berpagian hingga ke malam mengadap tugasan rumah yang tidak berhabisan. Faktor yang memenatkan sebenarnya adalah emosi berbanding fizikal. Bayangkanlah seorang isteri membuat kerja rumah tanpa anak-anak kecil, tiada gangguan emosi, tiada tangisan dan hentakan atau sesiapa yang cuba menyepahkan rumah, seorang isteri itu tidak mungkin akan mengalami tekanan emosi yang melampau.Tekanan terbesar seorang suri ialah apabila:-
- Menjaga anak-anak kecil yang memerlukan perhatian
- Tiada support dari suami
- Terlalu memikirkan pandangan pihak luar tentang status diri sendiri
- Tiada rakan support yang mendengar keluhan si isteri
- Memandang rendah pada diri sendiri
Apabila berada dalam lima situasi di atas, sudah tentu, bebanan itu lama-lama menjadi toksik bagi seorang isteri dan ibu. Maka sudah masanya anda mencari rakan positif dan support yang sudi mendengar keluhan anda. Walaupun kita mengadu satu-satunya kepada Allah, namun manusia tetap memerlukan manusia yang lain selain dari berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Nya.
Anda boleh cuba dua medium ini yang saya sangat sarankan;
Facebook Group: KKami Suri Rumah Official (nota: tidak semua akan komen murni, jadi sebelum anda meluah, pastikan anda menceritakan kisah anda dengan jujur dan penuh supaya dapat elakkan banyak soalan bertalu-talu dan mengelakkan komen-komen yang menjatuhkan anda)
NGO Wanita : Persatuan SuriRumah Rahmah Malaysia (SRR) (nota: mereka merupakan badan organisasi yang mendokong suri di samping memberi nilai tambah dari segi intelek, emosi dan aktiviti yang boleh suri sertai)
Kesimpulan
MasyaAllah peranan isteri dan dalam masa yang sama ibu kepada anak-anak. Islam memuliakannya walaupun dia ikhlas dan redha dengan amanah itu, maka balasan dari Allah adalah pahala yang jaminannya syurga. Jadi, selamat menjadi ummun wa rabbatul bait.
Perlu sedar bahawa menjadi ibu dan mengurus rumah tangga untuk suami bukanlah mudah, kena pandai bahagikan masa untuk uruskan semuanya. Yang penting perlukan ilmu. Kerana dengan ilmu Islam kita akan tahu cara mendidik yang betul dan menjadi isteri solehah untuk suami. Sesungguhnya ibu yang hebat di sisi Allah SWT ialah ibu yang dapat mendidik anak-anaknya menjadi generasi pejuang Islam yang hebat. Tahniah buat semua wanita yang sudah melangkah ke alam gerbang perkahwinan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan