Statistik Isteri Tidak Bekerja Kerana Keluarga
Mengikut statistik pada tahun 2018, wanita Malaysia yang berumur dalam lingkungan umur pekerjaan (working age) yang berkelulusan tinggi adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Tetapi masih sebahagian besar wanita-wanita ini tidak berkerja.Antara punca wanita dikatakan tidak bekerja adalah kerana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wanita dalam institusi keluarga. Sebanyak 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana faktor tanggungjawab kepada keluarga.
Baca artikel lengkap di sini: https://www.majalahlabur.com/kewangan/biar-betul-2-6-juta-wanita-malaysia-tidak-bekerja/
Jadi Suri rumah Pun Adalah Satu Pekerjaan
Siapa bilang surirumah bukan merupakan satu jenis pekerjaan? Jaga anak daripada siang sampai ke malam, sementara tunggu suami pulang. Nak masak lagi, nak mengasuh lagi, nak mengajar lagi.Letakkan Suri Rumah Dalam Kategori Wanita Bekerja - Rohani
Dipetik dari artikel terbaru, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata,
“Ramai wanita mengambil peranan sebagai ibu, sebagai anak jaga orang tua, mungkin anak itu OKU dan sebagainya.
"Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja, tetapi duduk di rumah dan sekarang ini duduk di rumah juga keadaan sudah berubah.
“Mereka boleh jana pendapatan dengan kerja online sebagai contoh dan juga menyumbang kepada negara.
"Gunakan platform ini untuk Jabatan Perangkawan, semua kementerian pembuat dasar, penggubal dasar … macam statistik yang berubah itu boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi peranan wanita yang mungkin meletakkan kita di kedudukan lebih baik,” kata Rohani.
Baca sini artikel lengkap : Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani
Struggle Suri Rumah Is Real
Mungkin ramai yang mengatakan bahawa menjadi suri rumah merupakan perkara yang mudah. Mana tidaknya, asyik kelihatan berada di rumah dan menguruskan anak-anak sahaja bukan? Namun, di sebalik itu ternyata ramai dalam kalangan suri rumah yang mengalami stress yang lebih tinggi berbanding ibu yang bekerja. Ini hakikat yang anda kena tahu kenapa menjadi suri rumah bukan perkara yang mudah.
Tidak dinafikan setiap orang mempunyai struggle tersendiri, sama ada pasangan suri rumah iaitu suami, atau sesiapa sahaja semua orang ada MASALAH TERSENDIRI kan? Tetapi, pernahkah anda melihat seorang suri rumah itu dan diberikan cuti, kelonggaran, penghargaan seperti mana yang anda dapat?
Pernahkah seorang suri rumah itu setelah 24 jam menjadi pelbagai watak di rumahnya sendiri, melayani dan menyantuni suaminya, anak-anaknya merungut kepenatan? Walaupun penat, bangun menguruskan rumah tangga, walaupun ingin tidur, dibuka matanya seluas-luasnya menjaga seisi keluarga, walaupun sedang demam dan sakit, bangun untuk masak, uruskan rengetan anak malah tetap menyantuni suaminya yang sudah dewasa!
Top 10 Penyebab Housewife Lebih Stres Mengurus Rumah Tangga Sepenuh Masa
1. Menjalani rutin yang sama setiap hari
2. Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
3. Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je
4. Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
5. Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
6. Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.
7. Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.
8. Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”9. Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”
10. Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :
– Bekerja sambilan dari rumah
– Tiada pembantu rumah/ ahli keluarga lain yang membantu
– Anak masih kecil
– Anak rapat-rapat
– Mempunyai Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ni.
Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia. Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji? Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.
Hargailah mereka. Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.” Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan. Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.-SL
Sumber: Wawa Shauqi
Isteri SAHM Itu Bijak, Berdaya Saing dan Mampu Membantu Ekonomi Negara dan Masyarakat!
Salah sekali tanggapan bahawa suri rumah adalah golongan wanita yang tidak bijak. Malah ramai suri rumah pada masa kini adalah dari golongan terpelajar dari diploma, ijazah, master mahupun PHD. Jadi, dimanakan kenyataan tidak pandai itu dikeluarkan?Konvensyen Suri Rumah Malaysia 2023
Bukti bahawa suri rumah mampu melakukan perkara yang mustahil, iaitu apabila Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) melancarkan sebuah event berprestij sejak tahun 2018, khas buat suri rumah di Malaysia. Di sinilah berkumpulnya para suri rumah menimba ilmu, upgrade diri masing-masing dan bertukar pandangan yang melahirkan insan-insan suri yang beraura positif dan berjaya.
Bakal berlangsung Konvensyen Suri Rumah (KONSURI) pada tahun ini, 28 Oktober 2023 dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Antara slot pengisian berilmiah selain bernetworking, "me time" sesama suri rumah ini ialah:-
1. Pembentangan Suri Bestari : Suri Rumah Pembangun Ummah - Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj
2. Pembentangan Sinergi Suri : Memartabatkan Suri Rumah Dalam Pembangunan Sosial & Ekonomi - Hajjah Rohani Datuk Mohamad Shahir
3. Forum Suri Lestari : Segalanya Bermula Dari Rumah - Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail, Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, Dr. Kamilin Jamilin
Dan teristimewa buat semua suri, bolehlah berselfie bersama penyampai radio Zayan FM iaitu Lin Ariffin!
Wow sangat kan
Bagaimana nak daftar dan hadiri Konvensyen Suri Rumah 2023?
Klik sini :- Daftar Konvensyen Suri Rumah 2023
Apa Yang Menarik Tentang Konvensyen Suri Rumah 2023?
Jika bab ilmiah dan value dalam forum dan pembentangan KONSURI kan saya dah kongsikan. Tetapi apa lagi perkara menarik yang suri-suri sekalian rasa best la nak join.
Saya ni suri rumah, saya nak joinlah program Konvensyen Suri Rumah 2023 yang dianjurkan oleh NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah ni!
Dahla dapat tingkatkan kredibiliti diri, dapat me time, dapat bernetworking, dapat upgrade ilmu jadi suri rumah awesome, apa lagi yang best dekat KONSURI 2023 ni?
Kita ada penampilan khas iaitu penyampai radio Zayan FM, DJ Lin Ariffin, Masya Allah
Celebriti pun ada. Online ke OFFLine ke yang penting kita semua dalam event bersama Lin Ariffin, gembira lah kan.
Follow Konvensyen Suri Rumah Kebangsaan Malaysia
Facebook Page : https://www.facebook.com/konsuri2023
Jangan lupa like, follow, komen dan share tau!
Baca juga : Persatuan Suri Rumah Malaysia
Penutup
Bukan perkara biasa apa yang Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) cuba ketengahkan, walaupun suri rumah ini berpendidikan tinggi, stigma masyarakat terhadap para suri rumah tetap ada. Hal ini menjadikan para surirumah berubah daripada insan yang dulunya yakin pada diri, happy go lucky kepada wanita yang banyak menjauhkan diri dari masyarakat terutamanya keluarga kerana rasa rendah diri. Walhal, mereka memilih jalan untuk menguruskan rumah tangga itu kerana cinta, dan bangga sebagai isteri dan ibu.
Jauh di sudut hati, akibat perlekehan yang dilakukan oleh orang sekeliling terhadap mereka ini, akhirnya memakan diri. Sudah masanya pengorbanan seorang wanita ini dihargai dan dilenyapkan sebarang perselisihan!
Tahukah Anda?
Seorang suri rumah adalah Rabbaitul Bait, Queen Of Home!
Soalan Lazim KONSURI 2023
Siapa je yang boleh join Konvensyen Suri Rumah KONSURI 2023 ni?
Semua wanita yang sudah berkahwin boleh hadiri Konvensyen Suri Rumah KONSURI 2023 ini nanti, termasuklah anda yang baru nak mendirikan rumah tangga, boleh sahaja kerana ilmu yang kita bawakan di dalam program KONSURI ini sesuai bagi semua wanita yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin.
Boleh ke nak datang ke event fizikal Konvensyen Suri Rumah KONSURI 2023 dan bawa anak-anak kecil?
Sebenarnya tidak digalakkan kerana event ini panjang dari jam 9 pagi hingga 5 petang, juga tidak sesuai kerana kita tidak menempatkan kerusi tambahan bagi peserta, namun, anda boleh bawa anak-anak ke konvensyen dan menempah nursery semasa program nanti. Cuma tempat agak limited ya, siapa cepat dia dapat.
Join Konvensyen Suri Rumah KONSURI 2023 ni automatik jadi ahli SRR ke?
Maaf, tidak. Untuk jadi ahli persatuan suri rumah rahmah anda perlu mendaftar sebagai ahli sama ada keahlian setahun atau seumur hidup. Yuran ahli SRR sangatlah murah dan berpatutan ya, RM7 setahun atau RM15 seumur hidup.
Ada syarat ke nak jadi ahli SRR ni?
Ada. Syaratnya, beragama Islam, berumur 25 tahun hingga maksima 45 tahun dan menjadi surirumah sepenuh masa atau jika telah sambung bekerja, pernah menjadi surirumah sepenuh masa minima 3 tahun.
Jika saya daftar jadi ahli SRR, kemudian baru beli tiket KONSURI boleh ke?
Alhamdulillah, tahniah ya nak jadi ahli SRR. Ya, boleh dan digalakkan sangat-sangat. Anda dapat penjimatan lagi tuk tiket konsuri tau. Jadi ahli RM15, terus nanti boleh dapat diskaun tiket KONSURI sebagai ahli iaitu daripada RM79 jadi RM30 sahaja. Jimat kan?
Cabutan bertuah adakah peserta fizikal sahaja dapat atau online pun dapat juga?
Semua peserta layak dapat cabutan bertuah, jika anda jauh, kami akan poskan hadiah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan