11 Idea Kerja Dari Rumah Untuk Suri Rumah

Menjadi suri rumah tidak bererti anda tidak boleh menjana pendapatan. Tidak valid ayat ini kerana kini rata-rata suri rumah sudah pandai berdikari dan menjana pendapatan sendiri walaupun dari rumah. Terdapat banyak cara untuk para suri rumah mendapat income. 



Buktinya saya sendiri merupakan salah seorang suri rumah yang mempunyai pendapatan sendiri tanpa perlu keluar dari rumah! Ha, boleh kan? Jadi anda juga pasti boleh!

Mari saya kongsikan apakah idea-idea bisnes yang anda boleh lakukan walaupun hanya dari rumah, eh nak keluar rumah pun boleh, pastikan dapat keizinan suami ya. 


Idea Berniaga Dari Rumah Bagi Suri Rumah

Tidak keluar dari rumah namun masih boleh meraih pendapatan jika zaman sekarang adalah tidak mustahil sama sekali. Apa yang anda perlukan adalah, data internet yang mencukupi. Sebuah handphone yang tidak lag supaya anda tidak stress uruskan kerja bisnes anda. Tiada laptop? Tidak mengapa. HP sahaja pun ok

Jom lihat senarai idea berniaga dari rumah =)


10 Idea Kerja Dari Rumah Untuk Para Suri Rumah

1. Menjual makanan, lauk pauk dan kuih muih - antara paling mudah dan ideal bagi suri yang suka memasak! Ha, rancang dahulu berapa kuantiti yang anda nak masak, modal dan siapakah sasaran prospek kalian. Pengalaman saya sendiri kan lihat rakan-rakan suri ni, jual di taman-taman sendiri pun laku sangat tau. Anda perlu sertai group taman! Ini wajib ya. 

2. Mengasuh & Transit - Mengasuh anak-anak kecil seperti anak jiran di taman tetapi perlu ada ilmu juga. Zaman sekarang pelbagai perkara boleh berlaku. Jagalah anak-anak asuhan ini sebaik mungkin insya Allah anda akan lebih dipercayai. Jika ada masa, topuplah ilmu berkaitan pendidikan anak-anak. 

3. Driver sekolah - Anda mungkin ada sebuah kereta yang cukup untuk 4-5 orang kanak-kanak. Pastikan jarak ke sekolah tidak terlalu jauh kerana kos minyak juga merupakan modal. War-warkan kepada ibu bapa di group taman dan group sekolah tentang servis anda ini. Insya Allah pasti ada yang menyahut panggilan anda kerana ianya banyak menjimatkan masa ibu bapa tersebut. 

4. Membuat kelas seperti mengaji quran, membaca atau tuisyen - Suri rumah yang berpendidikan tinggi boleh guna semula pendidikan itu untuk berbakti kepada masyarakat. Buat kelas membaca membantu anak-anak kecil yang mempunyai masalah mengikuti silibus di sekolah, kelas ini lebih khusus, pasti akan ada ibu bapa yang memerlukan guru sebegini. Apa yang anda perlukan ialah ruang yang selesa untuk pelajar ini duduk dan belajar. 

5. Menjual produk orang lain atau menjadi agen dan dropship - Jika ada modal, anda boleh pegang stok dan hantar kepada pelanggan, jika anda membuat kaedah COD, pastikan modal dan keuntungan anda berbaloi. Kos modal anda ialah kos produk, kos hantar serta kos minyak, ada juga kos tambahan seperti kos packaging. Satu lagi cara ialah menjual melalui internet - atas talian, bila ada tempahan, syarikat pengeluarlah yang poskan bagi pihak anda. 

6. Freelancer - luas maksud menjadi seorang freelancer, freelancer atau bahasa melayunya pekerja bebas mengikut skill masing-masing. Anda boleh jadi seorang penulis, membuat kerja data entry, terjemahan, design dan macam-macam lagi. Apa anda rasa skills yang anda anda untuk anda sebarkan servis tersebut?

7. Berkebun sebagai sumber pendapatan. Anda suka tanam pokok bunga atau sayuran serta buah-buahan? Ini juga salah satu income yang baik, memerlukan modal juga tetapi jika anda bijak menentukan harga jualan insya Allah. Perniagaan yang baik buat suri rumah yang suka berkebun!

8. Coaching - Wah, besarkan title coach ini. Anda ada ilmu, skills yang boleh dijadikan modul dan bantu orang lain, juga boleh jadi sumber pendapatan. Sebagai contoh, membuat kelas website. 

9. Menjahit - Sama ada jahitan tangan (kraftangan, chrochet), atau jahitan tepi, oter pakaian mahupun menjahit sebuah pakaian ini adalah salah satu kemahiran tinggi dan paling disukai dan dipilih oleh ramai suri rumah. Jika anda boleh menjahit, mulalah buka tempahan, jika kurang yakin untuk tempahan besar, mulakan dari yang paling mudah iaitu oter baju, seluar, tudung dan macam-macam lagi. Dah cekap nanti, bolehlah ambil tempahan baju-baju raya pula kan?

10. Menulis - Menulis dan jadikan sumber pendapatan sama ada menjadi blogger, content creator, ebook atau buku fizikal. Suka menulis dan asah lagi penulisan dengan menyertai kelas-kelas penulisan sangat berbaloi. 

11. Perkhidmatan melipat, mengemas rumah - Boleh juga pekerjaan ini mengikut masa anda sendiri, boleh kira per jam, atau per kilo (melipat), nak lebih menarik untuk ibu-ibu yang suka melipat baju, bolehla join rakan srr kami iaitu Team KASISETEL, anda akan dapat belajar cara lipatan yang lebih kemas serta peluang pelanggan daripada apps KASISETEL.


Alhamdulillah, lengkaplah sepuluh idea yang boleh anda korek dalam diri anda. Menjadi suri rumah, berniaga dan menguruskan keluarga adalah perkara yang tidak mudah namun tidak mustahil. 

Setiap suri rumah mempunyai kesukaran dan kisah yang berbeza, kesusahan dan kekurangan. Tetapi tidak bermaksud anda tidak boleh lakukan.

Jika anda rasa masa ialah perkara paling susah untuk anda aturkan, masa mulai hari ini mulalah dengan membuat jadual harian. 

Jadual ini berkaitan dari seawal anda bangun tidur, aktiviti rumah, aktiviti uruskan anak dan aktiviti membuat marketing serta jangan lupa aktiviti belajar ilmu bisnes. Dengan mengatur jadual dan masa anda, anda akan kurang stress kerana lambakan kerja yang tak henti-henti memerlukan perhatian anda. 


Idea Jadual Kerja Suri Rumah

Saya kongsikan beberapa idea yang anda boleh aturkan bagi memudahkan urusan kalian sebagai seorang suri rumah dan bekerja sendiri. 

Untuk buat template, boleh gunakan canva ye, search template "daily planner" dan edit dan rancanglah aktiviti harian anda, nak paling mudah, tulis sahaja di kertas kosong dan tampal. 


jadual suri rumah berniaga

jadual suri rumah berniaga

Cantikkan? Hati tengok pun rasa best tau, buat jadual sendiri. 


Baca Kisah & Perkongsian Suri Rumah Yang Berjaya Urus Masa, Diri Dan Bisnes Sebagai Motivasi dan Inspirasi

Kisah suri rumah secara umum adalah sama, saya juga menyapu, mop, vacuum dan stress dengan pelbagai karenah anak-anak kecil di rumah. Dari saat buka mata hingga lelap, ada sahaja kerja yang tak henti-henti dilakukan.

kerja dari rumah untuk suri rumah


Baru sahaja nak menaip, anak datang dan melalak. 

Customer call pun kadang saya tak jawab sebab masa itulah rumah ini riuh, bingit dengan jeritan dan tangisan. Bagaimana? Jadi sebab itulah, apa yang anda hendak lakukan, jika buntu, maka dapatkan ilmu , panduan, pengalaman dari suri rumah- suri rumah yang lain.

Walaupun rumah kita berbeza, situasi kita hampir sama je semuanya. Percayalah.

Saya listkan beberapa buku fizikal dan juga e-book yang boleh anda dapatkan sebagai rujukan ya. 


1. E-Book Inspirasi Bekerja Dari Rumah

E-book ini mengisahkan 13 kisah suri rumah yang bekerja sendiri, 13 kisah ibu-ibu yang bermula dan subur inspirasi pengalaman bermula dari rumah. Bukan sekadar itu mereka pernah bermula dengan sumber yang ada, pernah berkedai dan kemudian kembali mengemudi hanya dari rumah. Antaranya nukilan kisah Dila Aris mengusahakan kelas jahitan di rumah. Fidawati Osman bidang kek dan pastri. Hayati Mohid berkongsi pengalaman berniaga di jalanan. Irdarina mengimport buku buku Islamik luar negara. 13 kisah ibu bekerja dari rumah dari pelbagai niche ini juga akan menjadi idea buat suri, bagaimana nak mula berniaga, bagaimana nak dapatkan modal dan mula berniaga secara online. Cukup lengkap untuk suri rumah yang ingin mula berniaga dari rumah. 

Harganya RM30 sahaja, bonus Ebook Yeay, Mama Sudah Resign dan Suri Rumah Zero Hutang. Untuk dapatkan ebook ini, sila hubungi order ebook



2. Wanita Wajib Kaya





Buku fizikal dari Penulis Puan Fiza Jaafar, saya juga ada buku ini dirumah. Dibaca berulang kali. Kenapa saya cadangkan suri rumah semua memiliki buku ini? Ini kerana, tanpa matlamat yang jelas kenapa anda harus ada duit, sedikit senang, akan membuatkan anda lebih berusaha, tidak cepat mengalah, rasa puas dalam apa yang anda lakukan. Kerana saya pasti, menjadi suri rumah dan berniaga adalah perkara non stop dan memenatkan. Maka buku inilah akan jadi salah satu sumber kekuatan buat semua suri rumah insya Allah.

Boleh dapatkan di sini ya , https://shope.ee/LMfZ0aZmK


3. Rumahku Ofisku



Benar seperti dikata, apabila anda bekerja sendiri, seluruh rumah itulah ofis anda, kejap di ruang tamu, kejap di bilik. Siap ada meja beroda atau berlipat yang boleh diusung ke sana ke mari. Benarkan?

Ialah, di mana sahaja anda berada, di situlah di mana anak-anak akan bermain. Kita sebagai ibu harus alert di mana anak berada supaya tidak ada perkara buruk berlaku, cuba bayangkan anda terlupa tutup pintu, anak di ruang tamu dan kita di bilik? 

Maka, rumahku ofisku sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bagaimana seorang suri rumah mengendalikan pejabat dan kerja di rumah pada masa yang sama. 

Dapatkan buku ini di Shopee, ada diskaun saya lihat https://shope.ee/6Kdsi6tyjo


4. Suri Rumah Zero Hutang



Tiga perkara yang disentuh dalam edisi pertama Ebook Suri Rumah Zero Hutang.

1. Analisa hutang.

2. Langkah demi langkah bebas hutang.

3. Fokus capai zero hutang dahulu sebelum capai bebas kewangan.

Tidak dinafikan suri rumah juga ada hutang, mungkin anda bekerja sebelum ini dan ada hutang, tetapi buntu bagaimana nak selesaikan masalah hutang nikan? Insya Allah buku ini ada jawapannya. Penulis yang sama dengan ebook Inspirasi Bekerja di Rumah, ia juga merupakan bonus apabila anda membuat belian. 

Anda boleh pilih untuk bonus Inspirasi Bekerja di Rumah + Yeay, mama sudah resign atau bonus Ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang. Keduanya mahar yang sama iaitu RM30. 

Untuk dapatkan ebook ini, sila hubungi order ebook


Saya juga ada menulis kisah saya sendiri, bagaimana saya membuat keputusan menjadi suri rumah selepas tamat pengajian master, membuat keputusan menjadi suri rumah pada waktu itu adalah keputusan yang sukar tetapi itulah keputusan yang telah saya buat, alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya merupakan suri rumah sepenuh masa yang masih bekerja sendiri sambil urus anak dan keluarga. 

buku suri rumah


buku suri rumah


buku suri rumah



Anda semua juga boleh lakukan. Cuma pesanan saya, suri rumah adalah pekerjaan utama kita semua kan? Oleh itu, pilihlah kerjaya di rumah yang selari dengan minat anda, supaya anda tidak stress dalam mencari income juga menguruskan rumah tangga. Tidak perlu jadi hebat dan follow orang lain, ikutlah rentak anda semua , dan pace masing-masing. Enjoy parenthoods dan moment anda bersama anak-anak.



suri rumah pekerjaan mulia


----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan