Apa maksud wasiat?
Dari Imam Shafie, wasiat bermaksud pemberian atau sumbangan kepada orang lain setelah dia meninggal dunia.
Dalam Seksyen 2(1), Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (Pindaan 2016),
Wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya @ manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan @ apa apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
Dari segi praktikaliti, fungsi wasiat sekarang ini ialah:
1️⃣ Wasiat pentadbiran iaitu membuat perlantikan wasi.
Apakah itu wasi dan mengapa melantik wasi ini penting? Wasi merupakan orang yang kita amanahkan untuk menjalankan tanggungjawab menguruskan harta pusaka kita kelak. Orang inilah yang akan mendapat kuasa untuk urus kesemua harta kita dan kebaikan melantik wasi ini, memudahkan urusan-urusan pejabat esok, sama ada di probet, mahkamah dan sebagainya.
Waris-waris haruslah akur dengan lantikan wasi kerana wasi ini dilantik oleh simati semasa hidupnya.
Sebagai contoh; suami melantik isteri sebagai wasi, dan sebaliknya.
Sebagai contoh; suami melantik isteri sebagai wasi, dan sebaliknya.
Oleh itu pentingnya buat wasiat pentadbiran.
2️⃣ Wasiat sedekah 1/3
Jika anda nak bersedekah, buatlah wasiat bersedekah ini. Namun syaratnya mestilah bukan kepada waris kita, dan juga tidak lebih 1/3 harta pusaka. Kalau buat wasiat kepada isteri dan anak, valid atau tidak ? Jawapannya tidak valid, kerana anak ialah waris kita.
Jika buat wasiat kepada anak angkat. Boleh ke? Jawapannya boleh. Cuma terhad kepada 1/3 sahaja namun jika nak juga berikan harta kepada anak angkat, anak susuan atau lain-lain, perlulah menggunakan instrumen hibah. Namun kena tahu ya, tidak semua harta boleh dihibahkan.
3️⃣ Wasiat Pesanan
Membuat pesanan terakhir kepada waris berbentuk nasihat, hasrat dan lain2 pesanan yg perlu..
Contoh wasiat pesanan;
Sekiranya catatan wasiat ini dibaca, Ayah sudah tidak ada lagi didunia. Jangan bersedih dan hiba. Teruskan kehidupan seperti biasa. Dan dengarlah pesanan di dalam wasiat ini1. Kepada anak-anak ku, Ayah ingin berpesan- jgn tinggal solat- jaga rukun islam & iman- amalkan sedekah- jgn lupa doakan ayah, sebab doa anak yg soleh mampu menarik ayah ke syurga- jgn buat maksiat- jgn buat perkara lagho- sentiasa rancang masa depan untuk menjadi manusia berguna2. Kepada anak-anak ku, Ayah ingin berpesan- jaga dan didik anak² dengan agama- sentiasa jaga dan hormat sesama ahli keluarga- jgn bergaduh- sentiasa muafakat dlm apa jua perkara- kekalkan jalinan keluarga yg rapat- pilih bakal isteri / suami yg baik dlm agama dan kerjaya- sentiasa jaga keturunan3. Kepada anak-anak ku, Ayah ingin berpesan- sentiasa jaga dan pelihara harta pusaka- gunakan harta ke jalan yg baik dan diredhai Allah- gunakanlah sebahagian dari harta untuk menunaikan haji badal buat ayah dan juga kalian semua.4. Kepada anak-anak ku, Ayah ingin berpesan- Jika ayah ada berhutang dgn sesiapa yang datang menuntut, sebelum harta pusaka dibelanjakan, selesaikan lah hutang2 tersebut agar roh ayah dpt tenang- bayarkan fidyah utk ganti puasa sekiranya ayah ada berhutang puasa yang belum sempat diganti.5. Kepada anak-anak ku, Ayah ingin berpesan- dalam untuk memastikan harta pusaka dan pesanan2 abg/ayah ini sentiasa terpelihara, abg/ayah telah melantik wasi bagi menguruskannya. Dia ialahAnak bongsu ayah, si polan bin si polan- diharapkan kalian semua akur dengan perancangan2 yg telah ayah aturkan sewaktu hidup dulu.- bermuafakatlah bersama dalam menguruskannya
Beza Wasiat dengan Hibah
Hukum Wasiat
a) Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.
b) Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah
c) Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh
d) Makruh – jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta
e) Haram – jika berwasiat kepada perkara yang haram.
Salah Faham Tentang Wasiat
1. Wasiat memadai dengan lisan sahaja
Banyak masalah yang berlaku di luar sana adalah kerana wasiat yang hanya disampaikan secara lisan sahaja dan tanpa dokumen khusus atau dokumen wasiat yang rasmi. Salah seorang anak mendakwa, arwah bapa pernah memesan untuk beri sebidang tanah kepadanya selepas arwah bapa mati.
Tetapi waris-waris lain tidak mengetahui malah tidak mengakui pesanan tersebut.
Malahan waris-waris lain mengatakan bahawa beliau ‘memandai-mandai’ sahaja menyatakan arwah bapa ada membuat pesanan (wasiat) tersebut.
Bagaimana untuk mengatasi perkara ini?
Sebenarnya, bagi kita yang masih hidup, wasiat yang ingin dibuat hendaklah DIDOKUMENKAN SECARA RASMI. Ada arahan pembahagiannya dan ada arahan kepada siapa penerimanya.
Tetapi, bagaimana jika wasiat itu telah dilafazkan secara lisan dan pewasiat telah meninggal dunia tanpa ada saksi lain mendengar wasiat tersebut?
Dalam hal ini, wasiat tersebut perlu disahkan di Mahkamah Syariah dengan memohon pengesahan wasiat selaras dengan peruntukan contohnya di bawah Seksyen 61(3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Jika mahkamah mengesahkan wasiat tersebut, maka wasiat tersebut adalah sah dan boleh dilaksanakan. Namun, jika mahkamah memutuskan wasiat tersebut tidak sah, maka harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak.
2. Wasiat wajib diikuti
Ramai masyarakat menganggap wasiat wajib diikuti jika pewasiat itu adalah bapa yang mewasiatkan harta kepada anak-anak. Sebenarnya, wasiat dalam keadaan begitu adalah wasiat kepada waris dan TIDAK WAJIB DIIKUTI.
Ia kerana, dari segi hukum, wasiat tidak harus kepada waris bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.”(Riwayat Abu Daud)
Dalam hal ini, sekiranya waris-waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia, maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tetapi jika waris-waris tidak setuju, ia kembali kepada hukum faraid iaitu harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.
Tetapi sekiranya penerima wasiat tersebut bukan waris contohnya anak angkat, cucu atau saudara yang terhalang terima pusaka, jiran, kawan sekerja dan seumpamanya, maka wasiat tersebut wajib dilaksanakan.
3. Wasiat tidak boleh diubah
Wasiat sebenarnya BOLEH DIUBAH selagi pewasiat masih hidup. Ini kerana, wasiat hanyalah pesanan sahaja dan terimaan (qabul) hanya berlaku selepas pewasiat meninggal dunia.
Walaupun penerima wasiat bersetuju (tandatangan) dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat, persetujuan penerima wasiat tersebut adalah tidak terpakai lagi kerana penyempurnaan wasiat tersebut hanya akan dilakukan selepas pewasiat meninggal dunia.
Ini bermakna, selagi pewasiat masih hidup, pewasiat masih bebas untuk meminda wasiat yang telah dibuat selari dengan hasrat yang ingin dilaksanakan kepada benefisiari-benefisiarinya.
4. Boleh wasiat semua harta
Ada juga yang memahami semua harta boleh diwasiatkan. Jika orang bukan Islam, mereka boleh mewasiatkan kesemua harta kepada sesiapa yang diingini. Tetapi keadaan ini tidak sama kepada orang Islam.
WASIAT ORANG ISLAM ADALAH SETAKAT 1/3 SAHAJA daripada harta bersih peninggalan pewasiat yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengkebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya.
Wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu.
Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah.
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.”
Baginda menjawab, “Tidak.”
Aku berkata, “Sebahagiannya.”
Baginda menjawab, “Tidak.”
Aku berkata, “Sepertiga.”
Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.”
Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”
(Riwayat al-Bukhari)
5. Penerima wasiat hanya orang Islam sahaja
Sebenarnya, WASIAT BOLEH DIBERIKAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM pada kadar tidak melebihi 1/3 bahagian. Lebih-lebih lagi sekiranya pewasiat mempunyai ibu bapa atau waris yang berlainan agama.
Ini kerana perbezaan agama menjadikan ibu bapa pewasiat sebagai waris yang terhalang menerima harta pusaka. Oleh itu, mereka boleh menerima wasiat, sekiranya wasiat tersebut sebahagiannya diberikan kepada mereka.
6. Tiada harta bermakna tak perlu wasiat
Ramai orang sering memberi alasan atas salah faham mereka dengan mendakwa tiada harta yang ingin diwasiatkan. Wasiat bukan sekadar pesanan pembahagian harta sahaja. Tetapi, ia adalah pesanan untuk melantik WASI kepada harta pusaka miliknya.
Jika pemilik harta mempunyai hutang, ia wajib diselesaikan dan wajib untuknya membuat wasiat.
Malahan, pemilik harta juga boleh membuat pesanan untuk melantik mana-mana penjaga kepada anaknya yang masih di bawah umur, atau menyatakan sesuatu harta yang dipegang itu bukan miliknya yang perlu dikembalikan kepada pemilik asal.
Bermaksud, apa sahaja pesanan yang tidak bertentangan dengan hukum syarak boleh dinyatakan dalam dokumen wasiat.
Jenis Wasiat
Dari segi dokumentasi wasiat, ada dua jenis iaitu asas dan komprehensif. Malah ada lagi syarikat yang memecahkan kepada komprehensif dan ekslusif. Namun cukuplah untuk anda tahu, bahawa dua jenis ini sudah memadai.
Asas - wasiat asas adalah untuk melantik wasi (pengurus harta pusaka) serta pesanan terakhir pewasiat.
Komprehensif - dokumentasi wasiat yang lengkap dari urusan pelantikan wasi, pembahagian 1/3 harta, serta menyenaraikan hutang serta aset dan pesanan terakhir pewasiat.
Contoh wasiat komprehensif
1. Keterangan Mengenai Pewasiat
2. Pengakuan Pewasiat
Dokumen Wasiat Komprehensif mengandungi:
1. Keterangan Mengenai Pewasiat
2. Keterangan Mengenai Penjaga (Jika ada Kanak-Kanak)
3. Keterangan Mengenai Waris
4. Keterangan Mengenai Harta Pewasiat
4.1 Harta Tak Alih (contoh: Tanah/ Rumah)
4.2 Harta Alih (Contoh: Tunai/ Akaun Bank/ Saham)
5. Keterangan Mengenai Saksi-Saksi
6. Arahan Pewasiat
Tambahan:
1. Senarai Hutang (Mereka Pewasiat Hutang)
2. Senarai Pemiutang ( Mereka yang Berhutang kepada Pewasiat)
3. Maklumat harta Sepencarian
4. Pembahagian Pusaka Kepada Bukan Waris
7. Pengakuan Pewasiat
Pakej Wasiat Termurah Di Pasaran
Membuat wasiat mempunyai kosnya tersendiri, wasiat di Malaysia terdapat dua jenis iaitu asas dan komprehensif (Lengkap).
Di Hans Legacy Sdn Bhd, wasiat komprehensif kami adalah sebanyak RM 400 sahaja. Lengkap dan Comprehensif.
Kesimpulan
Adalah penting merancang harta pusaka dan membuat wasiat kerana pembahagian harta pusaka akan menjadi lebih mudah jika ada wasiat dari pewasiat. Wasiat yang ditinggalkan perlu dilaksanakan segera selepas kematian pewasiat supaya waris dan penerima wasiat menerima yang telah ditetapkan. Yang paling penting adalah penyediaan dan/atau pembentukan wasiat itu perlu dilakukan selaras dengan kehendak hukum syarak dan undang-undang terlebih dahulu supaya tidak timbul masalah di hari kemudian sama ada untuk mengesahkan di mahkamah syariah atau untuk melaksanakan di agensi-agensi lain yang mempunyai kuasa melaksanakannya.
Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat dan penjelasan buat pembaca semua. Sudahkah anda melantik wasi masing-masing?
Buat lantikan wasi anda hari ini, isteri, suami atau insan yang anda percaya dapat menguruskan harta anda selepas kematian, paling penting mereka yang amanah dan tidak akan menyeleweng. Maaf, kena tulis juga kerana wujud manusia-manusia sebegini.
Jom buat wasiat, hanya RM 400 sahaja
Terus klik sini; www.wasap.my/60189100852/nakbuatwasiat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan