Idea Perancangan Harta Pusaka Oleh Para Suami

Perancangan Harta yang Sesuai dibuat oleh Suami



Oleh: Mohd Fadzli 

Antara Perancangan harta semasa hidup yang boleh dibuat oleh suami / bapa kepada isteri dan anak-anak ;

1. Suami bwh 45 tahun (masih mengumpul harta dan masih ada anak-anak bawah 18 tahun)
- Buat wasiat 
- Lantik isteri sebagai Wasi/Pentadbir harta 
- Jika hutang ketika ini lebih banyak dari harta , maka carum satu Sijil Takaful utk cover baki-baki hutang dan ada belanja kelangsungan hidup buat keluarga. (Risiko meninggal dunia awal) 
- Jika ada buat perniagaan, rancang pewarisan syarikat supaya isteri dan anak-anak dapat manfaat dari hasil syarikat

2. Suami Lebih 50 tahun ke atas (tiada lagi pertambahan anak)
- Tahu siapa waris faraid yang layak ke atas harta pusaka
- Buat Wasiat pelantikan wasi di kalangan anak-anak yang ada kualiti memimpin, amanah dan bertanggungjawab. Tidak semestinya anak sulung. Boleh juga lantik syarikat Amanah utk jadi Wasi. 
- Di dalam wasiat, pastikan ada arahan kepada wasi utk melunaskan baki hutang yang ada baik Hutang kepada Allah swt dan hutang manusia. 
- Sudah ada harta, dan bagi harta bergeran seperti rumah@kenderaan , elok dibuat Hibah samada secara sama rata atau kepada anak yang ada keperluan. 
- Bagi harta jenis alih (kwsp, asb, kwsp) pastikan ada diletakkan Penama. Penama menjadi pemegang amanah dan perlu agihkan wang-wang ini kepada waris-waris faraid yang ada. 
- jika tiada waris anak lelaki atau masih ada ibu bapa, elok dibuat hibah hartanah kepada isteri @ anak perempuan . Ingatlah, lebih sedikit nama waris yang diturunkan ke atas geran rumah/tanah, lebih senang untuk rumah/tanah tersebut di uruskan nanti dan lebih bermanfaat dari segi ekonomi. 
- Jika ada perniagaan, sudah boleh mula fikirkan sama ada nak buat “Exit Plan Strategy” @ “Succession Plan” agar legasi perniagaan dapat disambung ke generasi seterusnya. 

Begitulah sedikit sebanyak perancangan harta yang dianjurkan utk dibuat oleh para suami di luar sana. Rancanglah dengan baik kerana apabila kematian kita kelak segala kekuatan yang kita ada semasa hidup tidak mampu lagi memayungi isteri dan anak-anak. Segala pergaduhan, perpecahan adalah diluar kawalan sama sekali.


Apa-apa perancangan yang dibuat sekalipun , pastikanlah ianya menjadi asbab kepada keluarga dan waris-waris menjadi lebih harmoni. 

Sekian, Semoga perkongsian bermanfaat. 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan