Kenapa Perlu Simpan Emas?

Emas selalu menjadi pilihan hebat untuk menyimpan wang. Artikel ini akan tunjukkan mengapa membeli emas adalah bijak. Emas boleh bantu kita jaga duit daripada kurang nilai. Dalam dunia yang tidak menentu ini, emas boleh jadi penyelamat anda. Teruskan pembacaan mengapa penting untuk kita menyimpan emas berbanding simpanan duit.


kenapa perlu simpan emas

1. Sebagai Insurans.

Emas adalah barangan yang paling mudah membantu kita di kala kesusahan. Bila terdesak, emas boleh dipajak bila-bila masa, boleh dijual, confirm laku. Emas berbanding wang, nilai wang boleh susut, tetapi nilai emas tidak. 

Sebagai contoh, simpan RM50 dari tahun 2000 sehingga kini apabila dibelanjakan anda sendiri tahu berapa sangat yang anda dapat beli. Tetapi harga emas pada tahun 2000 VS 2023 telah meningkat berkali ganda. Maka, bijak atau tidak menyimpan emas?

2. Sebagai aset atau harta.

Simpan duit kertas bawah bantal nanti lipas atau anai-anai gigit hancur oihh. Simpan di bank faedah sikit kemain. Simpan emaslah, harga sentiasa ada. Jangankan lipas atau anai-anai, tikus nak kokak pun takut patah gigi.

emas vs wang kertas

3. Sebagai tabung simpanan.

Simpan duit ni, hmmm kejap-kejap nak jolok keluar. Cepat bocor. Simpan emas, lebih bertahan sebab tak senang nak jolok keluar macam duit kat ATM tu.

emas vs wang kertas


4. Sebagai alat pelaburan.

Harga emas sentiasa konsisten dan kerap meningkat. So far takde lagi orang yang menyesal sebab beli dan melabur dalam emas ni. Yang menyesal tak beli ada lah.

emas vs wang kertas


5. Sebagai pengekal kuasa beli.

Contohnya, duit RM100 hari ini boleh beli 30 item barang runcit di supermarket. Duit RM100 yang sama tahun depan mungkin boleh beli 20 barang sahaja, tak dapat 30 lagi dah sebab barang dah naik harga. 

Namun nilai 1 gram emas hari ini boleh beli 50 barang runcit dan tahun depan pula dengan nilai 1 gram yang sama mungkin boleh beli lebih 60 barang. Tak caya cubalah.

6. Sebagai modal pusingan.

Bagi peniaga, gunakan keuntungan untuk beli emas. Bila perlu cagarkan emas untu dapat modal pusingan. Dapat duit tebus balik emas, ada untung beli emas dan simpan lagi. Cukup haul-cukup nisab maka keluarkanlah zakat. Baru bisnes berkat dan berjaya.

7. Sebagai sumber zakat.

Yer, yang tak pakai dan simpan emas wajib keluar zakat okeh. Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. Kekayaan akan melimpah ruah.

8. Sumber kebaikan dan kebajikan

Bila banyak emas dan keluarkan zakat, maka harta bertambah banyak, rezeki banyak duit pun banyak. Maka, pintu untuk berbuat kebaikan dan kebajikan pun terbuka luas. Bolehlah  menyumbang kepada masyarakat, sedekah dan infak dalam dana masjid, surau, bantuan NGO dan sebagainya.

Begitulah.

Sejak kebelkangan ini ramai orang beratur di pajak gadai untuk mendapatkan sedikit rezeki buat keluarga. 

Emas menjadi talian hayat mereka.`

Nak baca lebih lagi? Baca sini : KENAPA PERLU MILIKI EMAS ?


Saya nak ajak ramai berfikir, nilai emas tidak kira di mana anda membeli adalah sama. Emas ada beberapa jenis iaitu dengan mutu ketulenan 999.9, 999, 945, 916 dan banyak lagi. Sedarkah anda setiap kedai menjual emas ini dengan harga berbeza?

Beli di kedai emas branded harganya jauh lebih mahal berbanding kedai biasa bukan? 

Sebagai contoh, 1 gram Goldbar 999.9 dibeli di kedai emas MASDORA ialah RM378, jika di Public Gold RM330, tetapi jika jadi ahli Orodesign pula harganya RM315. Ini sebagai contoh perbandingan ya. Walau di mana jua anda membeli, kemudian anda lihat nilai semasa berbaloikah?


Bagaimana nak tahu nilai emas anda beli itu berbaloi atau tidak?

1. Semak harga pasaran , anda boleh lihat harga pasaran di beberapa website ; https://hargaemas.com.my/ , https://www.arrahnuyapeim.net , https://www.cbp.com.my/ms/produk/ar-rahnu dengan cara ini, anda tahu berapakah maksima segram yang anda laburkan.

2. Semak harga buyback, penting kerana anda akan menilai harga susut emas belian anda. Sebagai contoh, beli emas di BRAND H 1 gram Goldbar 999.9 ialah RM 388, sedangkan buyback adalah 80% daripada harga pasaran ya. 

Harga beli = RM 388

Harga semasa = RM 329 (arrahnu yapeim)

Buyback = 80% (RM329) = RM 263.80

RM 388 - RM 263.80 = RM 124.80

Dari sini anda boleh tahu, bahawasanya anda telah membeli emas dengan kadar terlalu tinggi dan merugikan. Namun jika anda menjadi ahli Orodesign, anda dapat meminimakan kerugian tersebut, kerana harga ahli Orodesign mendapat harga emas = harga kilang. 


Nak tahu lebih lanjut mengenai Keahlian Emas Orodesign? Baca sini https://www.emmemarina.com/2023/05/dealer-emas-orodesign.html

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan