Maksud Domain
Dalam dunia internet, domain bermaksud seperti alamat unik atau URL Link yang memudahkan anda untuk mencari laman web. Bayangkan domain seperti alamat rumah laman web. Sebagai contoh, "www.contoh.com" adalah alamat rumah bagi laman web tertentu. Apabila anda ingin melawat laman web, anda hanya perlu menaip domain-nya, sama seperti mencari alamat rumah dalam peta. Ini menjadikan penggunaan internet lebih mudah kerana anda tidak perlu mengingati nombor panjang yang merupakan alamat sebenar laman web tersebut.
Setiap website ada domain sendiri, melainkan ada boleh create server, hosting sendiri which is hal ini bukan kepakaran saya.
Saya boleh buat website tetapi bukan menjadi unit teknikal di belakang tabir.
Kisahnya tahun ini saya lupa renew website domain www.emmemarina.com, apa lagi terus website link jadi 403 error.
Hilang terus website saya kan? Tetapi berita baiknya domain asal dari blogspot masih ada cumanya bila kita bermain dengan domain ni kan, ia akan mempengaruhi semua link yang menggunakan carian utama sekarang iaitu dari emmemarina.com
Oleh sebab itu, jika anda dah mula menggunakan domain yang dibeli khas anda wajib renew domain ini tanpa gagal ye. Ia akan mengakibatkan masalah traffic dan bounce rate yang tinggi, lebih teruk lagi orang lain akan anggap website anda sebagai scammer.
Kesan Buruk Apabila Lupa Renew Domain Website
Kesan lupa untuk memperbaharui domain boleh membawa impak yang serius, terutamanya jika laman web anda adalah sebahagian penting daripada perniagaan atau projek anda. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin berlaku apabila anda terlupa untuk memperbaharui domain:
1. Kehilangan Akses: Jika domain tamat tempoh dan anda tidak memperbaharui, laman web anda mungkin akan dihentikan, dan orang tidak akan dapat mengaksesnya.
2. Kehilangan Identiti: Domain yang telah tamat tempoh mungkin boleh diambil oleh orang lain. Ini bermakna seseorang mungkin akan memiliki domain yang dulunya milik anda, yang boleh mencetuskan kebingungan atau penyalahgunaan.
3. Kehilangan Trafik: Sekiranya laman web anda adalah sumber penting trafik atau pendapatan, terlupa untuk memperbaharui domain boleh menyebabkan kehilangan trafik dan pendapatan.
4. Kerosakan Reputasi: Ini boleh merosakkan reputasi perniagaan anda jika pelanggan atau pengunjung laman web mendapati laman web anda tidak aktif atau diambil alih oleh pihak ketiga.
5. Kos Kembali: Sekiranya domain anda telah diambil oleh orang lain, anda mungkin perlu membayar lebih untuk mendapatkannya kembali.
Oleh itu, penting untuk mengingati tarikh tamat tempoh domain anda dan memastikan untuk memperbaharui domain pada masanya untuk mengelakkan kesan negatif ini.
Rugi sangatkan?
Jadi, dah mula ada domain sendiri? Pastikan renew ye!
Nak Beli Domain Dari Mana Jika Di Malaysia?
Saya beli domain dari mana? Saya beli dari dua server kegemaran saya, netkl atau roketserver. Keduanya adalah local provider dan sangat bagus dalam menguruskan client masing-masing.
Netkl tak banyak produk yang saya beli, beli domain je biasanya. Manakala roketserver, ada beberapa produk yang saya purchase selain domain iaitu kitniaga (platform e-commerce) & sites.my (minisite atau simple website)
Rekomen kepada rakan-rakan gunakan provider dua ni tahu. Insya Allah berpuas hati👍🏻
Tiada ulasan:
Catat Ulasan