Tip dan Panduan : Cara Atasi Stress dan Kemurungan sebagai Suri Rumah

Stress dan kemurungan adalah cabaran yang sebahagian besar suri rumah hadapi dalam kehidupan seharian. Nampak mudah kan jadi suri rumah sahaja, duduk di rumah, jaga anak-anak dan suami tetapi kenapa boleh berlaku situasi begini?

suri rumah stress



Tahukah anda? Kesihatan mental bagi suri rumah masa kini semakin membimbangkan. Di dalam sebuah artikel says.com

Ramai yang beranggapan bahawa suri rumah tidak menghadapi stress memandangkan golongan terbabit hanya duduk di rumah dan ‘tidak bekerja’. Tanggapan dan persepsi sedemikian adalah sama sekali tidak benar, sebaliknya suri rumah adalah golongan yang turut tidak terlepas daripada tekanan hidup.

Insya Allah, Dalam entri blog ini, saya akan meneroka sebab-sebab utama, kesan, dan beberapa tip penting untuk mengatasi stress dan kemurungan.

Maksud Stress dan Kemurungan

Stress bermaksud apabila badan dan fikiran kita rasa tertekan atau terbebani oleh tekanan atau cabaran dalam hidup. Stress boleh datang dalam pelbagai bentuk, seperti tekanan fizikal, emosi, atau mental.

Maksud kemurungan pula ialah bila seseorang berasa sangat sedih, hilang minat untuk buat apa-apa, dan terasa sangat letih secara berterusan. Kemurungan ini adalah masalah emosi yang serius dan berterusan.

Walaupun stress adalah perkara biasa yang berlaku dalam hidup, kemurungan adalah masalah yang lebih mendalam dan perlu bantuan profesional. Stress boleh menyumbang kepada perkembangan kemurungan dalam sesetengah orang. 

Teruskan pembacaan ya!


9 Sebab Ramai Suri Rumah Jadi Stress dan Kemurungan

Setiap individu berbeza, dan sebab-sebab stress dan kemurungan boleh bervariasi. Namun ini adalah antara sebab utama yang saya rasakan mencabar dan boleh menyebabkan suri rumah jadi stress dan akhirnya mengalami depressi.


burn out suri rumah bahaya


Semua tugas adalah tanggungjawab seorang isteri

Apabila hampir kesemua tugasan jatuh ke bahu isteri, mengasuh anak-anak, menguruskan mereka, menguruskan rumah dan akhir sekali suami. Tiada dalam satu ketika itu, mereka dapat menguruskan diri sendiri, ada waktu bersendirian untuk "lari sekejap" dari dunia keluarga yang tidak henti-henti meminta mereka uruskan. Maka berlakulah istilah "burn out", yang menyebabkan punca tidak berpuas hati kepada pasangan, stress kerana terlalu banyak kerja dan tiada masa rehat untuk diri sendiri.

Ada juga suri rumah yang menjadi tertekan apabila rumah sentiasa berselerak dan anak-anak yang tidak henti membuat sepah, keadaan tidak terkawal ini menyebabkan perubahan emosi kerana ianya sesuatu yang di luar kawalan suri tersebut. 

Rasa kesepian dan terpinggir

Suri rumah mungkin tidak mempunyai peluang sebanyak orang lain untuk berjumpa dengan rakan atau keluarga di luar rumah. Rasa kesepian ini boleh memunculkan perasaan kemurungan. Sang suami yang sepatutnya cuba untuk menjadi teman baik isteri, mendengar celoteh, luahan tetapi lebih banyak bermain game, dan melayani handphone sehingga tidak menyedari bahawa isteri juga perlukan teman untuk dia bercakap dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Dengan memendam setiap rasa gelisah, keciwa, marah, dan apa juga yang negatif dalam diri, dibiarkan semakin lama boleh merosakkan diri suri dan akhirnya boleh menjadi masalah yang lebih kritikal apabila ianya menjejaskan kesihatan mental isteri. 

Alangkah baiknya jika suami dapat mendengar luahan isteri walaupun mereka hanya duduk di rumah. 

Tidak mencukupi masa untuk diri sendiri

Apabila terlalu banyak kerja, dan menguruskan anak-anak itu tidak mudah maka suri menjadi sukar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri. Menyediakan masa untuk aktiviti kegemaran atau rehat boleh terasa sukar, yang boleh menyebabkan tekanan tambahan.

Tekanan daripada tanggungjawab keluarga

Menjaga keluarga adalah tugas besar, dan kadang-kadang, kita merasa tekanan yang terlalu besar untuk memastikan kebahagiaan mereka. Memastikan kebahagian emosi anak-anak, suami dan orang lain adalah lebih penting dari diri sendiri. 

Faktor kewangan

Income suri rumah biasanya bergantung kepada kewangan suami. Ramai di antara rakan-rakan suri saya bergantung sepenuhnya kepada income suami, tak mengapa, kerana itu adalah tanggungjawab suami. Alhamdulillah, namun tidak semua suami mampu dan lebih teruk ada suami yang langsung tidak memberi nafkah atau membantu. Ini sememangnya boleh mendatangkan kekecewaan dan menambahkan stress seorang suri! 

Suami tidak membantu

Dari pagi ke petang hanya isteri yang melakukan tugasan urus rumah, jaga anak-anak yang pelbagai ragam, malam sambung lagi mengajar anak-anak pula, sama ada kerja sekolah, mengaji, seorang suri rumah tidak habis lagi kerjanya ditambah lagi suami balik rehat sahaja, bermain game atau keluar semula bersama kawan-kawan. Maka di manakah tanggungjawab suami yang sepatutnya meringankan sama-sama beban isteri dan bertanggungjawab ke atas rumah dan anak-anak?

Lama-kelamaan, suri rumah akan merasakan diri hanya sekadar tukang jaga rumah, tukang jaga anak dan mula menilai diri bukan sebagai ibu atau isteri tetapi hanya bibik!

Tentangan keluarga

Bagi saya, inilah antara faktor stress dan boleh bawa kepada kemurungan yang agak teruk, dalam kita cuba menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa, atau menantu kan, ditambah lagi situasi kita memilih untuk menjadi suri rumah bukan kerana sukarela. Mungkin kerana faktor anak-anak yang tidak sihat, anak disleksia atau kerana suami menyuruh kita menjadi suri rumah. Ada pelbagai faktor di sini, mengapa suri terpaksa atau dipaksa menjadi suri rumah. Tetapi walau apa pun alasan kukuh tersebut ianya ditentang oleh keluarga pula. Pedih kan? Kadang kala sehingga tidak mahu berjumpa ibu bapa kerana tidak tahan menahan telinga mendengar sindiran-sindiran yang diberikan.

Anak ramai dan masih kecil

Sesama wanita pun kan, peliknya masih bertelagah siapa paling penat. Emosi paling teruk. Tahukah anda setiap rumah mempunyai cerita tersendiri? Ada rakan saya murung dan stress kerana dia ada 8 orang anak kecil dan rapat jaraknya, jika anak-anak ini sopan belaka dan mendengar cakap lain cerita. Tetapi adakah anak-anak yang beracuan sendiri dan inilah tahap mereka bermain, explore, dan melakukan banyak kesilapan kita nak samakan dengan orang lain yang anaknya tidak ramai, atau mungkin jumlah ramai tetapi jarak berbeza?

Memiliki anak kecil yang ramai dan rapat bermaksud ibu terpaksa bermain dengan emosi dan fizikal yang sangat memenatkan. 

Surirumah bekerja sendiri

Working at home mom (WAHM) juga merupakan trend suri rumah alaf baru berbanding suri rumah zaman 80-90 an, harga pada tahun 2023 VS tahun 80-an dah jauh berbeza, masakan sama lagi suri rumah pada masa kini nak bergantung sepenuhnya kepada suami? Dan suri sendiri yang masih mempunyai komitmen, tidak semua mahu mengharapkan seorang suami untuk menyelesaikan hutang dan beban kewangan itu kan? Alangkah bahagianya jika semua suami itu mampu membayar, dan menyelesaikan komitmen isteri, mampu membelikan apa sahaja yang isteri mahukan. 

Jadi kita bukan kata suami kita tidak mampu atau tidak kaya, dalam beberapa kes, suri rumah juga ada keperluan dan lebih suka jika ada duit sendiri. Tidak semua suri rumah kaya, tetapi cukuplah dapat ada wang membayar komitmen, memberikan sedikit kebahagian untuk ibu dan ayah serta anak-anak dan diri sendiri. 

Jadi bila bekerja dari rumah ni kan, sebenarnya stress akan berganda-ganda berbanding kerja di ofis. Dengan anak kecil yang perlu diuruskan, demandingnya, peelnya, subhanallah. 

Saya sangat memahami situasi ini kerana saya juga merupakan suri rumah yang bekerja sendiri. 


beza suri rumah vs wanita bekerja


Kesan Stress dan Kemurungan Kepada Suri Rumah

Jika terus dibiarkan, maka suri rumah akan mendapat kesan dari emosi dan respon tubuh badan akibat "overworked", istilah lain "burn out", badan terlalu penat dan otak sudah tidak mampu untuk dimotivasikan lagi. Ini akan menyebabkan beberapa kesan iaitu;

  • Gangguan emosi dan mental.
  • Impak fizikal pada kesihatan.
  • Ketidakupayaan untuk berfungsi dengan baik dalam peranan suri rumah

burn out suri rumah bahaya

burn out suri rumah bahaya




Anda bayangkan diri anda as ibu, as wanita, as isteri ni kan, kena ada waktu "selfish" walaupun sekejap. Walaupun cuma untuk "take a nap". You do it. 

Jika rasa terlalu lelah, emosi tu dah macam naik sangat, spike sama ada marah, sangat letih, tutup sekejap mata. Baring dan bertenang. 


Jadi bagaimana ya nak kekalkan supaya kita ni sebagai suri rumah terus bermotivasi, waras, bahagia sebagai pengurus rumah tangga?


5 Tip untuk Mengatasi Stress dan Kemurungan Yang Boleh Suri Rumah Cuba

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, walaupun kita sebagai suri rumah tidak boleh keluar dari rumah, sama ada pergerakan terhad kerana anak-anak, atau tempat yang dituju itu terlalu jauh atau faktor kewangan. Ada tips yang boleh anda cuba untuk menangani isu stress dan kemurungan ini.

Allah Tempat Mengadu dan Meminta Pertolongan

Sebagai seorang Muslim, harus saya katakan kebahagian hati itu terletak kepada kebergantungan kepada Allah yang Maha Esa. Kepada Dialah kita mengadu, meminta pertolongan dan meminta kesenangan. 

Sedangkan suami hanyalah makhluk Allah seperti kita juga, rapuh, banyak kekurangan dan tidak mampu pun sebenarnya menyelesaikan masalah kita. 

Bagaimana caranya?

1. Perbetulkan niat kita semula sebagai surirumah, kenapa kita nak jadi surirumah? Cari semula kekuatan anda

2. Amalkan doa minta pertolongan Allah ini setiap pagi dan malam - dengan meminta pertolongan Allah dalam menguruskan hidupan kita seharian, berperang dengan emosi, penat fizikal kan? Baca doa ini sebaik sahaja bangun dari tidur dan selepas solat maghrib. 

doa mudahkan urusan sebagai surirumah

3. Solat dhuha - solat dhuha tidak semestinya kerana mahu rezeki, tidak semestinya kerana berniaga tetapi solat dhuha ini memberikan ketenangan buat hambaNya, dipermudahkan segala urusan, 

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jika suri berniaga, mencari rezeki dari rumah kan, solat dhuha ini juga sangat bagus dalam menarik rezeki. Namun kita harus ingat, rezeki ini datang pelbagai bentuk, rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat kita.

Boleh baca lagi di sini, kelebihan solat dhuha untuk suri rumah.

4. Banyakkan beristigfar - Dengan perbanyakkan istigfar iaitu memohon ampun kepada Allah, insya Allah diberikan kemudahan dan dikeluarkan dari kesempitan (masalah yang melanda). 

stress jadi surirumah

5. Amalkan zikir fatimah - Untuk Kurangkan Kepenatan Urus Rumah Tangga. Ibu-Ibu Wajib Buat!

zikir fatimah bantu suri rumah urus rumah tangga



SEBENARNYA DALAM ISLAM TELAH ADA PENAWAR SEGALA KEPENATAN INI SEPERTI DIAJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W KEPADA PUTERI BAGINDA, SAIDATINA FATIMAH R.A.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.

Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Ada banyak lagi amalan yang anda boleh amalkan, seperti mengaji al quran, bersedekah, berzikir dan bersangka baik. Semua amalan ini kita boleh lakukan pada bila-bila masa kerana kita sentiasa di rumah, namun saya faham juga, jika tidak biasa akan rasa susah, tetapi yakinlah, cuba dahulu sedikit demi sedikit dan insya Allah ianya akan menjadi rutin yang baik buat surirumah semua.

Cari sokongan dari rakan yang sama sekasut dengan diri anda

Jika anda seorang surirumah, nak dapatkan sokongan, nak luahkan perasaaan, adakah sesuai meluahkan kepada wanita yang belum berkahwin, atau lain situasi rumah tangga? Wanita tidak bekerja luahkan rasa stress kepada wanita yang bekerja? Agak-agaknya apa akan jadi ya? Hah, porak peranda la dan makin stress lah kepala anda kerana mereka ini tidak faham dan tidak lalui apa yang anda lalui. Oleh sebab itu, jaringan sokongan anda haruslah dari latar belakang yang sama. Suri kepada suri. 

Saya ada kongsikan dalam artikel sebelum ini mengenai persatuan suri rumah, yang pastinya circle yang hebat, memahami diri anda, situasi anda kerana mereka juga dalam kasut yang sama! Cubalah. Mana tahu kan, anda dah pun jumpa jaringan sokongan suri rumah yang dapat ubah diri anda dari murung kepada suri bahagia :)

Jadualkan masa untuk diri sendiri dan aktiviti kegemaran.

Ambil paling sedikit 30 minit untuk luangkan masa buat perkara yang anda suka, hobi ke? Jadi walau bagaimana pun stress jadi suri rumah, anda tetap luangkan masa untuk diri sendiri.

Amalkan senaman dan pemakanan yang sihat.

Pemakanan yang tidak sihat dan tidak sesuai akan mempengaruhi diri anda, kesihatan malah emosi. Jika badan asyik tidak sihat, bagaimana emosi yang gembira? Jadi ya, anda perlu jaga diri sebaiknya, dan mulakan dengan kenal badan anda sendiri. 

Sebagai contoh, minum kopi dapat boost energy dan mood saya setiap pagi, elakkan teh pula kerana ia boleh menyebabkan perut saya tidak selesa, angin dan akhirnya saya akan jadi moody kerana tidak suka dengan fizikal yang sakit.

Buat jadual harian untuk urus rumah, dan urus diri serta bisnes

Perlu ya, tanpa jadual, tidak kiralah anda nak tuliskan satu per satu atau setkan pada minda anda apakah aktiviti rutin harian anda sebagai surirumah, yang pastinya anda sudah tahu pada jam berapa anda bangun tidur, apakah next aktiviti atau tugasan, jam berapa perlu rehat dan sehinggalah pada jam berapa anda perlu tidur untuk capai kualiti diri yang sihat, waras dan kekal ceria.

Sebagai contoh, saya akan hantar anak ke sekolah jam 7 pagi, balik sahaja uruskan bahagian luar rumah, iron baju suami, kemas dalam rumah sehingga jam 9 pagi. Solat dhuha dalam waktu tersebut kemudian barulah buat kerja bisnes sehingga jam 12.00 tengah hari. 12-2.30 petang pula ialah waktu rehat dan waktu bersama anak-anak. 

Jadi bila anda sudah tentukan waktu-waktu ini, anda akan lebih tenang, teratur. Anda tahu bila boleh rehat, boleh serius. Namun ini cumalah guideline kerana bila anda ada bos kecil ni kan, kadangkala seluruh jadual tu boleh jadi "kosong". Satu kerja pun tak boleh buat kerana anak-anak ini. Namun tolong ya, enjoy the moment. Anda pasti akan lebih bahagia

enjoy jadi suri rumah elak stress


Kesimpulan

Stress dan kemurungan bukanlah perkara yang perlu dilalui sendirian. Dengan sokongan yang sesuai dan langkah-langkah yang betul, suri rumah boleh menghadapinya dengan lebih berkesan. Sentiasa yakin pada ketentuan ilahi yang menjadikan anda sebagai surirumah pada waktu sekarang. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dari Allah swt

Suri rumah adalah pekerjaan paling mulia, oleh itu berbahagialah sahabat kerana Allah melihat setiap kebaikan, pengorbanan yang telah kamu kerjakan.

suri rumah pekerjaan paling mulia

Allah tidak akan sesekali membebani kita dengan sia-sia.

surirumah bukan beban

Walau setinggi mana pun ijazah yang kita miliki hari ini, betapa besarnya cita-cita, namun ingatlah bahawa Allahlah sebaik-baik perancang. 

suri rumah kerana Allah dah tentukan


Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda dan mereka yang menghadapi cabaran serupa. Jika anda memerlukan bantuan lanjut dalam menguruskan stress dan kemurungan, jangan ragu untuk mencari bantuan profesional ya. Insya Allah, jangan pendam. Luahkan, hadapi dengan baik dan waras, serta usahalah untuk keluar dari stress dan kemurungan.



----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan