Cuti sekolah bakal tiba lagi pada 16 Disember 2023 selama dua minggu, kemudian anak-anak akan bercuti panjang lagi pada 10 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024. Kiranya anak-anak ini akan masuk ke darjah dan tingkatan baru pada 11 Mac 2024. Oh ya, terus saya maklumkan di sini, bulan puasa tahun 2024 juga jatuh pada tarikh yang sama iaitu pada 12 Mac 2024. Banyak ya persiapan suri rumah nanti?
Tak mengapa, suri rumah zaman sekarang bukan sahaja bijak pandai malah pandai menguruskan urusan sebegini kan?
Istimewanya suri pada zaman millenium ini.
Mari saya kongsikan beberapa idea buat suri rumah supaya tidak terlalu "hijau" menguruskan anak-anak di rumah ini nanti. Saya pasti ketenangan harian suri bakal terganggu dengan jeritan, tangisan, rengekan dari anak-anak namun jika suri sudah plan siap-siap apakah aktiviti yang bakal mereka jalankan insya Allah. Kurang lah sikit hiruk pikuk tu nanti. Ok jom!
Elakkan burn out ya para ibu sekalian!
Idea Aktiviti Surirumah Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah di Rumah
Apa salahnya beraktiviti bersama anak-anak semasa cuti sekolah di rumah sendiri? Asyik hantar anak ke sana ke mari sahaja kan? Apa kata kita sendiri yang latih anak-anak di rumah? Buat playgroup sendiri. Boleh ajak anak-anak jiran sekali ke? Sudah tentu boleh. Mari kita lihat apakah aktiviti yang sesuai dijalankan oleh para suri di rumah
Tentu saja! Mari berikan contoh lebih terperinci untuk beberapa aktiviti yang telah disebutkan:
1. Sesi Membuat Hasi Seni Seperti Kraf / Doodle / Lukisan
- Contoh: Buatlah kad ucapan dengan menggunakan kertas warna, gunting, dan gambar-gambar menarik. Anak-anak boleh menghias kad tersebut dengan cara mereka sendiri.
- Ada banyak aktiviti yang ibu boleh google, print dan sediakan. Origami juga merupakan salah satu seni yang memakan masa dan membuatkan anak fokus. Ada banyak printable doodle, dan contoh-contoh aktiviti seni yang tersedia untuk ibu explore dan dedahkan kepada anak-anak.
kredit : https://tatyanadeniz.com/kawaii-food-doodle-coloring-page/
Ada banyak contoh membuat origami yang mudah di pinterest sebenarnya. Ibu kena banyak buat kajian ya!
2. Membaca Bersama
- Contoh: Bacakan cerita pendek atau buku bergambar yang sesuai dengan usia anak-anak. Setelah membaca, tanyakan kepada mereka tentang karakter dalam cerita atau minta mereka membuat akhiran alternatif. Anda juga boleh sediakan satu buku latihan dan minta anak-anak tuliskan apakah pengajaran dari kisah yang mereka baca, membuat pertandingan membaca buku terbanyak, dan bercerita.
3. Sesi Masak Bersama-sama
- Contoh: Pilihlah resepi mudah seperti membuat pizza mini atau kuih keledek. Biarkan anak-anak membantu dalam proses persediaan dan penyusunan bahan.
- Latih anak-anak pandai menguruskan diri di dapur, kenal nama-nama peralatan yang digunakan, apakah bahan masakan dan sebagainya. Ini juga salah satu cara mendidik anak berdikari dan bertanggungjawab. Kan bagus bila meningkat remaja nanti anak-anak ini sudah boleh diharapkan semasa di dapur?
4. Riadah
- Contoh: Anjurkan pertandingan lumba lari ringkas di halaman belakang atau adakan pertandingan bola tampar kecil menggunakan bola plastik.
- Pada waktu pagi atau sebelah petang, ibu boleh bersama dengan anak-anak untuk aktiviti riadah di taman, berjalan kaki mengelilingi taman (brisk walk), sambil bonding.
5. Menanam Tumbuhan
- Contoh: Tanam benih sayuran atau herba dalam bekas kecil. Ajarkan anak-anak tentang cara menyiram dan merawat tumbuhan tersebut. Berikan tugasan yang mudah untuk mereka kendalikan dan rutin tugasan setiap hari.
- Generasi muda kini terlalu leka dengan gajet sehinggakan ada yang tidak keluar rumah kerana sibuk dengan gajet. Musim cuti sekolah sebegini seharusnya diisi dengan aktiviti berfaedah buat anak-anak. Bersempena cuti sekolah ini, Wanita Hari Ini mengembalikan aktiviti berkebun yang bukan sahaja dapat dijadikan aktiviti riadah, tetapi juga sebagai cara mengajar anak-anak agar mencintai alam sekitar. Wanita Hari Ini (WHI)
6. Pertunjukan Teater Mini / Cungkil Bakat
- Contoh: Biarkan anak-anak mencipta skrip ringkas untuk pertunjukan teater mini. Mereka boleh menggunakan pakaian dan objek sekitar sebagai prop.
- Aktiviti ini sesuai jika anak anda sukakan aktiviti pementasan, latih anak-anak dengan sikap yakin berhadapan di depan orang ramai kerana mereka akan selalu naik di pentas semasa sesi persekolahan.
7. Lawatan ke Muzium Atau Melihat Alam / Haiwan Secara Atas Talian
- Contoh: Pilih muzium atau tempat bersejarah yang menyediakan pameran dalam talian. Jelajahi bersama-sama dan beri tumpuan kepada fakta menarik. Sudah ada banyak fakta sejarah yang boleh anda dapati di laman Youtube. Daripada biarkan anak-anak jelajah youtube dengan sia-sia lebih elok jika kita ajarkan lebih banyak informasi yang mereka boleh pelajari di alam maya. Cumanya, ibu bapa tetap harus pantau kerana tidak kiralah di mana sahaja akan ada sahaja konten yang tidak sesuai untuk anak lihat. Pastikan anda bersama anak-anak ya!
Banyak yang dapat kita pelajari dan lihat di zaman canggih ini kan? Selain tv, dunia internet sangat luas dan dapat dicapai hanya di hujung jari sahaja.
8. Latih Tubi
- Cuti sekolah tidak bermaksud anak-anak harus cuti dari belajar. Tetapkan jadual dalam sejam dua untuk mereka ulang kaji. Berikan latihan-latihan yang mudah supaya mereka tidak tertekan, faham, waktu cuti mereka pasti tidak mahu belajar tetapi kita boleh jadikan latih tubi ini sebagai aktiviti belajar yang lebih menarik.
- Ibu-ibu boleh printkan latihan dan jadikan ianya sebagai latihan motivasi, boleh berikan anak-anak ini bintang jika berjaya. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat!
9. Sesi Eksperimen Sains
- Contoh: Lakukan eksperimen sains mudah seperti mencampurkan cecair pencuci pinggan dengan air untuk melihat apa yang berlaku, atau mengamati reaksi soda dan mentos.
- Aktiviti ini sangat mudah namun pastikan anak-anak kemaskan dan elakkan membuat aktiviti yang merbahaya ya. Ibu wajib pantau jika nak buat sesi eksperimen sains ini di rumah.
10. Mengaji dan menghafaz
- Luangkan hanya seketika dalam 30 minit sehari untuk anak-anak mengaji dan menghafaz surah pendek. Tuliskan pada buku apakah surah yang sudah berjaya dihafaz, jangan lupa berikan pujian dan kata semangat supaya mereka dapat kekal mengingat dan hafal surah-surah tersebut.
Banyak lagi aktiviti yang boleh suri lakukan untuk elakkan anak terlalu bergantung kepada menonton televisyen atau bermain handphone sepanjang cuti sekolah. Paling mudah setelah suri senaraikan dan memilih aktiviti ini, buatkan satu jadual tugasan kerja rumah serta jadual aktiviti untuk anak ikuti. Berbincang mengapa jadual ini dibuat dan mengapa tugasan kerja rumah diberikan supaya mereka tahu kepentingan bekerjasama dan saling tolong menolong.
Saya kongsikan beberapa jadual dan info yang ibu suri rumah boleh sediakan sebelum bermulanya cuti sekolah ya. Semoga membantu!
Peraturan Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah
Jadual Harian Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah
Kesimpulan
Gunakan apa yang ada di rumah, dan meminimakan kos juga salah satu kebijaksanaan suri rumah kan?
----------------------
Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.
Channel Telegram
1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin
Buku Islamik Untuk Anak-Anak
1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024)
2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik
3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)
Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca
Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik
1. Servis Buat Website
2. Servis Buat Blog
3. Servis Buat Page Facebook
4. Servis Google Listing (Maps)
Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html
Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?
Terus whatsapp saya di sini +60189100852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan