Zim Shipping merupakan sebuah syarikat perkapalan yang berasal dari negara haram Israel. Syarikat ini diistilahkan sebagai ‘golden share’ untuk kerajaan Israel menunjukkan kepentingan pelaburannya.
Dikhabarkan pada 26 Dec 2023 nanti, salah sebuah kapal milik Zim Shipping iaitu Zim Europe akan berlabuh di Port Klang (westport) sebelum menuju ke destinasi akhir. Kapasiti kapal ini sebesar 5618 TEU dengan saiz 278m panjang.
Kapal ini telah menukar laluannya menuju ke Port Klang kerana ancaman yang dibuat oleh kelomok houthi di Yaman. Perjalanan ke Port Klang akan melalui Tanjung Harapan yang 56% lebih panjang berbanding melalui terusan suez dan bab el-mandab.
Bola sudah berada di tangan kerajaan Malaysia. Anthony Loke selaku menteri pengangkutan berkuasa mengeluarkan arahan larangan kapal ini untuk berlabuh di Port Klang dan melalui Selat Melaka. Jika larangan dikeluarkan, ianya selari dengan dasar luar negara Malaysia terhadap Israel.
Sebarkan kesedaran ini sehingga kerajaan Malaysia ambil tindakan. Kita tidak mampu berperang di Palestin, marilah kita bantu susahkan musuh-musuh mereka di tempat kita.
Tandatangan petisyen di bawah:
Abdul Razak Ramli,
18 Disember 2023.
Ketua Penerangan DPPWP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan