Proses saya memahami dan mengetahui bahawa seorang umat Islam perlu tahu makna ayat Al Quran yang dibaca setelah berusia 30 tahun ke atas. Bermula dengan berasa keperluan untuk berniaga produk barangan islamik, seperti jam azan, tasbih, Al Quran dan banyak lagi. Rupanya sudah pelbagai produk saya cuba ceburi.
Sebut sahaja rasanya sudah ada yang pernah diniagakan sebelum ini.
Pakaian muslimah seperti sweater muslimah pun ada tahu.
Subhanallah, tabarakallah.
Kini saya sepenuhnya fokus kepada menjual
Al Quran versi digital, ini kerana bagi saya, ianya sesuatu yang lengkap bagi seorang umat Islam yang ingin mendekatkan diri dengan membaca dan memahami Al Quran.
Diizinkan Allah swt, sebenarnya kisah saya mula berjinak hanya fokus kepada barangan islamik setelah menyertai kelas
FAV Academy oleh Tuan Kawaras Yahya, rasanya sekitar tahun 2016. Ketika saya mengandung anak ke empat.
Kemarahan dan kepenatan menguruskan rumah, anak-anak dan tanggungjawab sebagai isteri amat melelahkan. Tahun di mana, tiga anak di atas masih kecil, bermain tanpa henti, rumah yang bersepah, tugasan master yang masih belum selesai dan mengandung pula, subhanallah.
Yang faham tentu faham bukan?
Allah membantu tepat pada waktunya apabila memberi jalan menyertai kelas Terapi Diri dari FAV Academy. Syukur dengan bantuan Allah, atas niat ingin merubah diri sebagai ibu dan insan yang lebih baik ini diberikan jalan keluar dari kemelut diri yang terlalu toksik.
"Pandang nikmat hilanglah bala"
"Disebalik sesuatu itu siapa?"
Sesungguhnya hanya Allah dan Allah sahajalah tempat kita bersandar, memohon dan berhajat.
Lahawlawala quwwata illah billah
Saya mula memahami kemarahan, kekecewaan dan melepaskan takdir kepada urusan Allah swt, tiadalah yang maha merancang kecuali Allah.
Kemudian bermula episod menjual produk barangan islami, bermula dengan jam waktu solat, kemudian sebagai penjual Al Quran Terjemahan dari Sahabat Enuur dan Al Quran Digital dari Al Qolam.
Apa Itu Tadabbur Al Quran?
Sefaham saya,
tadabbur Al Quran ialah proses kita untuk memahami apakah makna yang Allah sampaikan dalam ayat kitab suci. Bukan sekadar membaca makna, tetapi mengambil kira apakah kita jelas, faham, tahu, apakah arahan, larangan, nasihat dan kisah yang disampaikan.
- Tadabbur ialah usaha kita mencari makna di sebalik sesuatu yang jelas
- Kalimah tadabbur juga digunakan untuk setiap usaha mendalami hakikat sesuatu perkara
- Kesimpulannya, tadabbur Al-Quran adalah usaha untuk menghayati makna dan mesej yang disampaikan oleh Allah melalui ayat-ayat Al-Quran.
Sebenarnya saya juga baru-baru memahami istilah-istilah di dalam cubaan memahami kitab suci Al Quran. Antara istilahnya ialah;
Istilah Al-Quran
Tadarrus
Tadabbur
Tafakkur
Tazakkur
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif di dalam al-Quran
Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir, antaranya ialah; tafakkur, ta’akul, ta’abbur, tazakkur dan tadabbur. Manakala terdapat juga istilah asalnya sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya ialah bashara, nadzara dan sami’a.
tafakkur (memikirkan)
“Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga menngatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku”. Katakanlah : ”Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” maka apakah kamu tidak memikirkannya. (Al-An’am : 50)
ta’akul (mengguna akal)
“Mengapakah kamu suruh orang lain berbuat baik, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu mengguna akal ”.
(Al-Baqarah : 44)
ta'abbur (memerhati dengan teliti)
“…maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan”. (Al-Hasyr : 2)
tazakkur (mengambil peringatan)
“”Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata” Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.” Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan?” (Al-An’am : 80)
tadabbur (mempertimbangkan)
“Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran ” (An-Nisa’ : 82)
bashara (memperhatikan)
“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Kami menghalau (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya menjadi makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan”. (As-Sajdah : 27)
nadzara (melihat)
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan”. (Al-Ghasyiah : 17)
sami’a (mendengar)
“dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, beberapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?”
(As-Sajdah : 26)
Kita mungkin tiada ilmu, tiada background sekolah agama, tiada ilmu-ilmu khas pendidikan agama kan, tetapi tidak bermakna diri kita tiada peluang untuk mendampingi Al Quran.
Saya doakan agar pembaca semua dikurniakan rezeki mendampingi, membaca, memahami isi kandungan Al Quran. Insya Allah.
Baca juga : 17 Hadis Sahih Kelebihan Membaca Al Quran
----------------------
Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.
Channel Telegram
1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin
2. Al Quran & Hadis
Buku Islamik Untuk Anak-Anak
1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024)
2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik
3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)
Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca
Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik
1. Servis Buat Website
2. Servis Buat Blog
3. Servis Buat Page Facebook
4. Servis Google Listing (Maps)
Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html
Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?
Terus whatsapp saya di sini +60189100852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan