Makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak, simple sahaja menu masakan ini dan boleh dimakan pada waktu pagi (sarapan), tengah hari ataupun malam. Lazimnya sekarang ini kan, kita boleh lihat ramai penjual nasi lemak di tepi jalan, kedai mahupun secara atas talian.
Paling sedap, resepi nasi lemak simple yang tidak menggunakan terlalu banyak ramuan pada nasi dan sambal nasi lemak. Entri kali ini saya nak kongsikan resepi nasi lemak simple kegemaran suami, nasi lemak telur rebus dengan ikan goreng cencaru bersama pencicah kicap. Masya Allah, sedap betul tau! Mengena seleranya tu, bertambah jika suami makan. Alhamdulillah
Boleh sahaja dimakan tanpa pencicah kicap, tetapi peliknya nasi lemak bersama kicap ni serasi, digaul dengan sambal nasi lemak juga elok sahaja rasanya. Saya sendiri turut tambah nasi lemak. Aduhai, berlemak-lemaklah saya tahun ini.
Mari saya kongsikan resepi nasi lemak simple, tidak perlukan halia, tidak perlukan bawang putih pun! Eh memang sangat mudah untuk masak nasi lemak yang sedap sebenarnya ya!
Resepi Nasi Lemak Simple
- Beras
- Santan segar
- Pandan
Resepi Sambal Nasi Lemak Original
- Cili kering (ikut suka anda)
- Ikan bilis
- Bawang merah besar (dipotong halus/racik)
- Asam jawa
- Garam
- Perasa
- Gula
Amacam simple kan resepi nasi lemak kegemaran kami sekeluarga ni? Adakalanya, yang simple itulah kena dengan selera.
Selamat mencuba! Jangan lupa share kembali di sini cubaan nasi lemak simple anda di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan