Panduan Lengkap & Penjelasan Amalan Solat Sunat Tasbih

Solat tasbih adalah antara solat sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan. Ia dikenali sebagai solat tasbih kerana sebanyak 300 tasbih (zikir) diucapkan semasa menunaikan solat sunat ini.

solat sunat tasbih


Rasulullah SAW bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib:

يَا عَبَّاسُ، يَا عَمَّاهُ، أَلَا أُعْطِيكَ، أَلَا أَمْنَحُكَ، أَلَا أَحْبُوكَ، أَلَا أَفْعَلُ لَكَ عَشْرَ خِصَالٍ، إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَقَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ، وَخَطَأَهُ وَعَمْدَهُ، وَصَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ، وَسِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ. عَشْرُ خِصَالٍ: أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ، فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ قُلْتَ وَأَنْتَ قَائِمٌ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً، ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُ وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا، ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا، ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، فَذَلِكَ خَمْسَةٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ، تَفْعَلُ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ، إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً 

Maksudnya: 

“Wahai Abbas, wahai pakcik, adakah kamu suka aku berikan kepada kamu, adakah kamu suka aku akan anugerahkan kepada kamu, aku khususkan kepadamu, adakah kamu suka aku lakukan denganmu sepuluh perkara. Apabila kamu lakukannya nescaya Allah mengampunkan dosamu daripada awal dan akhir, lama dan baru, tersalah dan sengaja, kecil dan besar, rahsia dan terang-terangan. Itulah sepuluh perkara dengan cara kamu solat empat rakaat, membaca setiap rakaat dengan al-Fatihah dan surah. Apabila kamu selesai daripada bacaan pada awal rakaat maka hendaklah kamu menyebut ketika berdiri tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir sebanyak lima belas kali, kemudian kamu rukuk dan menyebutnya dalam rukuk sebanyak sepuluh kali, kemudian kamu iktidal dan menyebutnya sepuluh kali, seterusnya kamu sujud dan menyebutnya sepuluh kali, selepas itu kamu mengangkat kepala dan menyebutnya sepuluh kali, kemudian kamu sujud dan bertasbih dalamnya sepuluh kali, seterusnya kamu angkat kepala dan menyebutnya sepuluh kali, dan demikian itu jumlahnya tujuh puluh lima kali pada setiap rakaat, kamu  lakukan yang demikian itu sebanyak empat rakaat, jika kamu mampu melakukan pada setiap hari, maka lakukanlah, jika kamu tidak mampu maka setiap seminggu sekali, dan jika kamu masih tidak mampu, maka setiap sebulan sekali, dan jika kamu tidak mampu maka sekali seumur hidupmu.

Riwayat Abu Dawud (1297), Ibn Majah (1382)

Saya pernah melakukan solat tasbih ini ketika menghadapi peperiksaan PMR satu masa dulu, kami sering qiyam di masjid dan antaranya adalah solat sunat tasbih. Teringat lagi, kawan saya tertidur dek kerana hilang kiraan tasbih.

Semasa di kuliah dhuha di masjid perumahan saya, kami melakukan solat tasbih secara berjemaah, selesai solat saya melihat jam sudah jam 10 pagi. Kami bermula lebih kurang jam 9 pagi, jadi solat tasbih berjemaah ini selesai lebih kurang lebih setengah jam, subhanallah. 

Bukan senang ya solat tasbih mungkin kerana itu, Rasulullah saw berkata, 

paling tidak sekali seumur hidup.

Namun begitu, ianya tidak mustahil untuk kita laksanakan setiap hari atau setiap minggu atau sebulan sekali berbanding sekali sahaja dalam seumur hidup kita.

Ustazah menceritakan kepada kami, kisah seorang imam muda yang meninggal dunia di mana Allah swt nak menunjukkan kepada kita bahawasanya amalan solat sunat tasbih ini sangat dituntut dan besar kelebihannya.

Walaupun sudah lebih 2 bulan jenazah imam tersebut di dalam chiller, akibat amalannya, jenazah tetap panas dan seakan hidup. Subhanallah, Allahu akbar. Diceritakan oleh rakan imam tersebut, amalan beliau adalah melakukan solat sunat tasbih setiap hari dan menjadi imam adalah cita-citanya selain adalah anak yatim piatu.

Mendengar kisah-kisah sebegini menguatkan cinta kita untuk banyak beribadah kepada Allah, sama seperti hambaNya yang suka membaca Al Quran, atau mengamalkan beberapa perkara sunat secara konsisten adalah antara perkara yang disukai Allah. 

Mari saya kongsikan bagaimana cara melaksanakan solat sunat tasbih, dan kelebihannya. Insya Allah

Solat Tasbih Penghulu Solat Taubat

Kenapa saya menulis solat ini penghulu kepada solat taubat? Kerana sabda Rasulullah saw seperti di atas;

Apabila kamu lakukannya nescaya Allah mengampunkan dosamu daripada awal dan akhir, lama dan baru, tersalah dan sengaja, kecil dan besar, rahsia dan terang-terangan.

Apakah kita tidak mahu diampunkan dosa? Jika mahu, maka lakukanlah sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya sehari 1 kali.

Cara mengerjakan solat tasbih dengan dua cara; pertama, empat rakaat satu salam dan kedua, 2 rakaat 2 salam. Boleh ke sekiranya hanya 2 rakaat 1 salam sahaja??

Ini jawapannya:

Solat tasbih adalah solat sunat yang Rasulullah saw telah tetapkan, empat rakaat. 


Semoga menjawab persoalan pembaca semua :)


Cara mengerjakan solat sunat tasbih 


Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam). Ingat ya, siang dan malam cara mengerjakan solat adalah berlainan.

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.


Caranya;


1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

niat solat tasbih 4 rakaat



“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)


b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

niat solat tasbih 4 rakaat



“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)


2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.


5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
Rukuk – 10 kali tasbih
Iktidal – 10 kali tasbih
Sujud pertama – 10 kali tasbih
Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
Sujud kedua – 10 kali tasbih
Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

Hukum Solat Sunat Tasbih

Hukum solat tasbih adalah sunat. Bukan bidaah, ianya dilakukan oleh Rasulullah saw secara bersendirian mahupun berjemaah. Penjelasan lanjut boleh baca di sini;


Bacaan Tasbih

Bacaan Tasbihnya ialah:

bacaan tasbih dalam solat tasbih

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Nota;
Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja. Contoh: 10 kali baca subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar.. kemudian tutup dengan 1 kali bacaan, wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyil adzim (pengalaman saya juga semasa berjemaah)

Waktu Afdal Solat Sunat Tasbih

Bila waktu mengerjakan solat sunat tasbih? Solat ini boleh dikerjakan pada waktu siang atau malam selain dari waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat sunat). Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu, dikurangkan kepada sekali seminggu dan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw

Siang hari - empat rakaat satu salam
Malam hari - dua rakaat 1 salam (dua kali) 

Doa Selepas Solat


doa solat sunat tasbih

Kelebihan Solat Sunat Tasbih

Berikut saya kongsikan pandangan ulama dari empat mazhab berkenaan kelebihan solat Tasbih :

Kata Ibnu Abidin yang bermazhab Hanafi : 

“Hadis berkenaan solat Tasbih adalah hadis hasan kerana banyak jalur riwayatnya. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa hadis berkenaan palsu maka dia terkeliru. Di dalamnya juga terdapat pahala yang tidak terhenti. Benarlah kata para Muhaqqiqin bahawa tiada yang mendengar tentang pahala solat Tasbih dan tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang memperlekehkan agama dan mengatakan ianya tidak sunat kerana berbeza dengan solat yang biasa dilakukan. Hadis apabila telah sampai darjat hasan maka ianya sabit.”

Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin (2/27)


Kata al-Sowi yang bermazhab Maliki : 

“ Dan sifat solat Tasbih yang Nabi saw ajarkan kepada pak ciknya, Abbas dijadikan sebagai wirid harian (amalan) oleh para solihin. Sesiapa yang melakukannya sekali seumur hidup maka dia akan masuk syurga tanpa hisab.”

Hasyiah al-Sowi ‘ala Syarh al-saghir (11/332)

 
Al-Khatib al-Syarbini yang bermazhab Syafie menyatakan :

” Dan apa yang dinyatakan (maka dapat difahami) bahawa ianya adalah sunat yang muktamad seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu al-Salah dan lainnya.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/224)

Imam Ahmad dan para ulama bermazhab Hanbali menyatakan bahawa solat sunat tidak sunat. Namun Ibnu Qudamah, seorang tokoh besar di dalam mazhab Hanbali menyatakan bahawa ianya adalah harus. Beliau menyebut :

 “Imam Ahmad tidak mensahihkan hadis berkenaan solat Tasbih bahkan beliau tidak melihat bahawa ianya harus. Akan tetapi jika dia ingin lakukan maka tidak mengapa kerana solat-solat sunat dan kelebihan amalan tidak disyaratkan padanya hadis sohih.”

Rujuk al-Mughni (3/324)

Tips Pemula


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kita semua diberikan peluang untuk belajar bagaimana nak solat tasbih, digerakkan niat juga adalah ihsan dari Allah dan bukti kasih kepada hamba Nya. Tanpa izin Allah swt, kita mungkin sampai bila-bila tidak akan dapat melakukan solat ini kan?

Subhanallah.

Solat sunat tasbih adalah solat paling lama dikerjakan berbanding solat-solat yang lain termasuklah solat fardhu. Anda akan memerlukan sedikit tenaga dan kudrat yang lebih dari biasa.

Semasa saya mengerjakan solat tasbih secara berjemaah pada usia 40 an ini, rupanya kudrat sudah agak lusuh. Tua dah kan? Lutut menggigil, nafas semasa berzikir ketika sujud perlu dijaga agar tidak pitam pula. Empat rakaat adalah tempoh yang agak lama bagi mereka yang sudah uzur usianya

Oleh itu, jika sahabat semua masih muda, lakukanlah sekerap mungkin dengan ini dapat melatih kekuatan badan kita semasa solat. Benarlah kata mereka, kesihatan itulah paling mahal, nak solat memerlukan kesihatan tubuh badan yang baik. 

Teruskan membuat rutin solat tasbih ini secara konsisten, insya Allah, kesihatan akan bertambah baik

Saya doakan agar sahabat semua dapat diberikan kesempatan dan istiqomah dalam mengerjakan ibadah yang Allah dan Rasul cintai.

Oh ya para sahabat, Al Quran Digital Al Qolam ada mengadakan promosi besar-besaran iaitu setiap pembelian Al Quran wanita anda akan mendapat percuma satu set Al Quran digital lagi, sama ada Al Quran Wanita atau Al Quran Al Fatih pada harga serendah RM 199 sahaja!

Bayangkan dua set ini harga biasa; RM480 kini anda dapat milikinya pada harga di bawah RM200 sahaja. Untuk pembelian, terus whatsapp saya di sini, klik sahaja ya www.wasap.my/60189100852/buy1free1alqolam


promosi al quran digital



Sumber:

https://maktabahalbakri.com/1873-solat-sunat-tasbih-secara-berjemaah/

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2356-al-kafi-723-hukum-solat-tasbih

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tasbih/


----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan