Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan salah satu minuman tambahan yang saya amalkan iaitu Teh Daun Senna. Saya mula amalkan sejak beberapa bulan yang lepas, beli dalam bentuk uncang teh. Lebih mudah kan?
Ya. Risau nak beli yang jenis daun, jadi terus beli jenis uncang.
Ada yang dijual dipekkan di dalam plastik, seperti gambar di bawah
Pada mulanya nak beli juga seperti pek di atas, tetapi ramai pula komen tentang terjumpa "serangga", tidak dibasuh dengan baik, sukar dijaga. Selepas baca feedback pembeli teh senna uncang daripada satu kedai di Shopee ni, saya rasa lebih teryakini untuk meneruskan pembelian teh senna uncang. Alhamdulillah, bagi saya memang memudahkan dan tidak perlu la saya risau tentang cara bancuh.
Cara Pengambilan Daun Senna
Menghasilkan teh uncang sama sahaja mana-mana teh, termasuklah teh senna. Terbaiknya adalah teh senna direbus berbanding direndam di dalam air panas. Sebab rasa teh yang di rendam dan teh yang di rebus berbeza. Teh rendam hanya kembang, tapi teh yang di rebuskan akan keluarkan semua aromanya- Agak keras skit. Warna teh yang direbus juga lebih pekat berbanding teh yang direndam. Tak percaya? Cubalah.
Beginilah cara orang dulu-dulu memasak teh bukan? Jika nak rendam juga, gunakanlah air yang betul-betul panas dan biarkan seketika.
Adakah saya minum sewaktu panas, tanpa gula?
Tidak, saya akan letak sedikit gula, saya gunakan gula stevia ya.
Untuk memberikan rasa sedap diminum, tambahkan gula stevia, air dan ais! Syukurlah rasa teh senna lebih sedap daripada teh hijau. Dan teh senna ini mampu mencuci perut saya keesokkan harinya berbanding teh hijau.
Persoalan; Bolehkah minum teh senna setiap hari?
Sebuah laporan yang diterbitkan pada 2005 menyatakan seorang wanita berusia 52 tahun telah dikenalpasti menghidap kegagalan hati akut akibat pengambilan teh daun senna setiap hari selama lebih tiga tahun.
Teh senna secara umumnya adalah selamat untuk digunakan bagi kebanyakan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, ia boleh memberikan kesan sampingan atau risiko tertentu.
Antara kesan sampingan umum adalah kekejangan perut, loya, muntah, kembung perut dan cirit-birit.
Baca lebih lanjut tentang kesan sampingan daun senna di sini; http://www.myhealth.gov.my/daun-gelenggang-cassia-senna/
Oleh itu, nasihat saya sendiri buat sahabat, berpadalah dalam meminum sebarang minuman tambahan atas sebab "nak lebih sihat", "nak lebih kurus" dan "kerana nak sihat daripada penyakit sekian-sekian", sesungguhnya berpada-pada terhadap segala bentuk suplement ini sudahpun disebut berkali-kali.
Saya sebenarnya mengambil teh senna sejak mengalami masalah tidak lawas membuang air besar selepas kelahiran anak ketiga. Masalah menjadi semakin serius apabila usus sendiri tidak ada reaksi untuk membuang, sejak itu saya perlukan suplement sebagai pemangkin.
Namun saya tidak mengambil suplement ini setiap hari, cukup seminggu 1-2x sahaja. Dan ikhtiarlah cara lain seperti makan buah, makan pedas (menyebabkan perut sensitif).
Teh senna juga sama, saya ambil seminggu sekali, atau selang bila rasa tidak lawas lebih dari 3-4 hari. Itupun hanya sekali sahaja, jika kembung, barulah ambil 2-3 hari berturut. Adakalanya pemakanan daging turut mengganggu perut saya, jadi kembung dan sukar membuang.
Anda macam ni juga ke?
Ok. Jom kita sembang tentang daun Senna dengan lebih mendalam.
Asal Usul Daun Senna dan Perkaitan Hadis
Ada hadis dari Rasulullah saw tentang pokok senna, dan ramai menggunakan hadis ini dalam melariskan jualan, saya pun baru tahu, tak mengapa mari kita baca sama-sama ya.
Terdapat pelbagai jalur riwayat hadis berkenaan kelebihan daun Sanna dan sanut. Antara hadis tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah daripada Ibn Ummi Haram:
عَلَيْكُمْ بِالسَّنَى وَالسَّنُّوتِ فَإِنَّ فِيهِمَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ السَّامَ. قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا السَّامُ قَالَ : الْمَوْتُ
Maksudnya: “Hendaklah kamu melazimi daun Sanna dan madu sesungguhnya pada keduanya itu kesembuhan dari segala jenis penyakit kecuali sam”, lalu Baginda ditanya: “Apakah makna sam”? Baginda S.A.W. bersabda: “Sam itu ialah kematian”. (Riwayat Ibn Majah: 3584)
Hadis ini dikatakan hadis sahih.
Namun demikian, seperti telah saya nyatakan di entri di atas, bukanlah bermaksud pengambilan secara ekstrimis, sehingga tidak mengendahkan kesan sampingan daripadanya.
Riwayat al-Tirmizi, Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Asma’ binti Umais ditanya oleh Rasulullah S.A.W.: “Dengan apa kamu melegakan perutmu?” lalu Asma’ menjawab: “Dengan Syubrum”. Baginda bersabda: “Syubrum itu suatu yang bersifat sangat panas” kata Asma’: “kemudian aku menyucikan perutku dengan daun Sanna.”
Menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Daun Sanna menurut Ibn Qayim ialah suatu tumbuhan di tanah hijaz dan memiliki beberapa kelebihan antaranya:
- Menghilangkan penyakit kuning
- Menguatkan jantung
- Melegakan sakit kepala
- Menghilangkan gatal-gatal
Menurut beliau lagi meminum air daun Sanna dengan di rebus lebih baik berbanding minum dengan dihancurkan daun tersebut. (Rujuk Zad al-Maad: 4/6970)
Kawasan yang terbaik untuk tumbuhan ini ialah Mekah.
Kenali Daun Senna
Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang.
Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9.
Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kuning kehijauan. Bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides. Pada lazimnya, daun gelenggang mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquinone glucosides. Pengiraan kandungan bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang yang telah dikeringkan adalah berdasarkan sennoside ataupun dikenali sebagai senna glycoside. Sennoside merupakan derivatif anthraquinone.
Secara tradisional, daun gelanggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar.
Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit.
Jadi begitulah kisahnya, rupanya daun senna ini dari tanah arab dan mujarab dalam melawaskan usus khususnya sembelit. Oleh itu jika kita seorang yang normal, usus sihat, usahlah sesuka hati mengamalkan daun senna kerana ianya ada kesan sampingan juga terhadap badan.
Badan yang sihat, cukup dengan mengamalkan pemakanan seimbang, sayuran dan buah-buahan.
Kelebihan Daun Senna Untuk Kurus
Disebabkan saya tidak mengamalkan teh senna untuk kurus, dan hanya mengambil teh ini selang beberapa hari atau bila perlu, saya tidak merasai kesan kurus dari daun senna. Namun, daun senna ini sangat popular dalam iklan menurunkan berat badan.
saya ada terjumpa artikel yang bertajuk: Daun Senna untuk Kurus; efektif atau berbahaya?
Anda boleh terus baca di sini https://wolipop.detik.com/health-and-diet/d-7082110/daun-senna-untuk-diet-efektif-atau-berbahaya
Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Daun Senna?
Walaupun kesan promosi penurunan berat badan daun senna agak cepat, kesannya juga sangat baik, tetapi sama ada minum teh atau mengambil kapsul, terdapat beberapa kontraindikasi.
Ia dilarang untuk orang alah;
- Penggunaan berlebihan mudah menyebabkan muka memerah, demam, keresahan, sukar tidur, hilang selera makan, dsb.
- Senna daun rawatan sembelit tidak boleh sering digunakan, supaya tidak bergantung kepada, supaya fungsi usus penurunan;
- Daun senna boleh dicampur dengan bahan mentah lain, dan boleh dicampur dengan cistanche, Cynomorium songoricum dan Rehmannia glutinosa untuk produk tonifying buah pinggang.
- Orang yang mempunyai perut lemah tidak boleh mengambil teh senna atau serbuk ekstrak senna, mudah cirit-birit;
- Pregnant people should pay attention to other complications caused by taking senna products. If pregnant women have constipation and other symptoms, they should follow the doctor's advice and should not take senna tea without permission.
- Mereka yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, cirit-birit, dehidrasi, sakit-sakit badan dan sakit apendiks.
- Mempunyai masalah jantung, hati dan buah pinggang.
- Malah, daun sanna untuk cuci perut juga boleh mengganggu keberkesanan beberapa jenis ubat dan suplemen untuk rawatan penyakit tertentu disebabkan daun sanna keburukan.
- http://www.myhealth.gov.my/daun-gelenggang-cassia-senna/
- https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/sembelit/daun-sanna-untuk-cuci-perut/
----------------------
Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.
Channel Telegram
1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin
Buku Islamik Untuk Anak-Anak
2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik
3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)
Turut Menjual Pelbagai Jenis Al-Quran, boleh refer sini : https://www.facebook.com/alquranbookstore
Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik
1. Servis Buat Website
2. Servis Buat Blog
3. Servis Buat Page Facebook
4. Servis Google Listing (Maps)
5. Servis Penulisan, artikel dan copywriting
Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html
Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?
Terus whatsapp saya di sini +60189100852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan