Kelas Fardhu Ain dari Kitab al-Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah - Kelas Pertama

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah dengan izin Allah semalam saya dapat bersama dalam kelas Fardhu Ain yang pertama dari syarikat Smart Central Malaysia. Semalam merupakan kelas pertama kami bagi sesi bulan Jun 2024. 

kelas fardhu ain kitab risalah al-jami'ah habib ahmad bin zaid

Saya kongsikan sedikit pengenalan mengenai Kelas Fardhu Ain ini ya, ustazah kata untuk pengambilan Jun sudah tamat, tetapi mana tahu akan dibuka kan?

Iklan Kelas Fardhu Ain 

➡️Kami menjalankan kelas fardhu Ain secara Kumpulan
➡️ Menggunakan platform Zoom Meeting
➡️ Kitab yang digunakan adalah Kitab Risalatul Jamiah

➡️ Pengajaran termasuk

✅ Fekah
✅ Tauhid
✅ Tasawwuf

➡️ Kelas 1 kali seminggu
➡️ Kelas 45 Minit
➡️ Yuran untuk sebulan RM 35

✳️ Yuran Pendaftaran Rm 10 (Seumur Hidup)

➡️Kitab disediakan secara pdf

📢 anggaran habis 1 kitab 4 bulan
🎥 Recording disediakan jika tidak dapat masuk kelas


✳️ Kelas Setiap hari Ahad
✳️ Jam 9.00 Malam


kelas fardhu ain kitab risalah al-jami'ah habib ahmad bin zaid 2

Kitab yang digunakan adalah Kitab Risalah Jamiah, kitab ini menurut Ustazah merupakan kitab lama dari pengarangnya al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin Zain bin ‘Alawi bin Ahmad al-Habsyi (1069-1145H), seorang tokoh ulama terkenal mazhab Syafi’i dari Hadhramaut, Yaman.  Beliau merupakan keturunan dari Saidina Husin keturunan Rasulullah saw. 


Apa Yang Menarik Tentang Risalah Jamiah Jika Nak Dalami Fardhu Ain?


Dalam kitab “ Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah” ini diterangkan secara ringkas mengenai tiga bidang utama dalam agama, iaitu akidah, fiqh dan tasauf. Namun begitu, perbahasan utama yang diterangkan dalam kitab ini adalah mengenai bidang fiqh mengikut mazhab Syafi’i, yang berkaitan dengan fiqh ibadat, iaitu solat, zakat, puasa dan haji. Penerangan tentang ibadat solat lebih terperinci berbanding ibadat yang lain.

Kitab ini telah menjadi teks pengajian  dan rujukan para ulama dan pelajar di kebanyakan  pusat pengajian Islam, sekolah dan pondok di Hadramaut dan  lainnya  seperti Zabid, Tihamah Yaman,  Mekah, Madinah, Indonesia, Malaysia, Mesir, Afrika Selatan, Kenya, Uganda dan Algeria. Kitab ini telah dicetak dengan cetakan yang pelbagai di Mesir, Arab Saudi, Yaman, Indonesia dll.

Apakah kelebihan Kitab Risalah Jamiah Ini?

1. Menyeluruh: Kitab ini memberikan pengetahuan yang komprehensif mengenai berbagai aspek hukum Islam. Ia merangkumi pelbagai topik dan gambaran asas berkaitan Aqidah, Feqah dan Tasawwuf.
2. Mudah Difahami: Kitab ini ditulis dalam bahasa yang mudah dan sederhana, menjadikannya sesuai untuk semua golongan, termasuk mereka yang baru belajar tentang hukum Islam.
3. Panduan Praktikal: Kitab ini memberikan petunjuk dan panduan praktikal mengenai bagaimana menjalankan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari.
4. Ringkas: Walaupun ia menyeluruh, Kitab Risalah Jamiah disampaikan dengan ringkas, menjadikannya mudah untuk dijadikan rujukan.

Secara keseluruhan, kelebihan Kitab Risalah Jamiah menjadikannya sebagai sumber yang berharga bagi mereka yang mahu mempelajari dan mendalami hukum dan ajaran Islam.


Kelas fardhu ain semalam bermula pada jam 9 malam bersama Ustazah Aisyah Nabila Binti izzat, permulaan kelas ini kami belum menyentuh lagi pengisian Fardhu Ain, tetapi ustazah menjelaskan beberapa perkara iaitu:

1. Kelebihan menuntut ilmu fardhu Ain
2. Memulakan bismillah dalam apa jua pekerjaan/perbuatan
3. Serba ringkas mengenai Kitab Risalah Jami'ah dan pengarangnya Habib Ahmad bin Zain

Walaupun belum bermula, saya cukup suka dengan penjelasan dan cara penyampaian Ustazah Aisyah, dan tersentak apabila ustazah berkata;

Tanpa bismillah, terputuslah keberkatan di dalam sesuatu pekerjaan/perbuatan itu 

Astagfirullah al azim!!

Sungguh tersentak saya dibuatnya, selama ini semasa mengaji ilmu tentang BISMILLAH, ialah memulakan kerana Allah tidak lagi saya mendengar kata sebegini. Bila terdengar kata-kata ustazah ini kan, Allahu akbar. Tak tahu nak gambarkan kerana kejap ada baca bismillah, kejap tiada. 

Benarkah tiada keberkatan apabila kita tidak membaca bismillah ketika mengerjakan sesuatu perbuatan kecuali mungkar?

Takrif Basmalah

Basmalah dari sudut Bahasa dan istilah adalah kalimah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) ia juga disebut sebagai “basmal” “basmalah”. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/83).

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyebut, sesetengah daripada ulama menyatakan sesungguhnya kalimah basmalah dimasukkan bagi setiap perbuatan yang disyariatkan... Dari segi makna kalimah basmalah di mulakan untuk mengharap taufiq dan keberkatan daripada Allah SWT. Allah SWT mengajar hamba-Nya untuk beribadah kepada-Nya dengan menyebut nama Allah SWT ketika hendak melakukan bacaan al-Quran dan selainnya. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 1/ 91-98)

Selain itu, Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW:


كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus. Riwayat Ibnu Majah (1894)

Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya, perkara yang penting di dalam hadis di atas maksud terputus di dalam hadis di atas adalah kurangnya keberkatan dalam melakukan sesuatu perbuatan. Para ulama menyatakan disunatkan memulakan setiap penulisan, pembelajaran, pengajaran, khutbah, percakapan dan perkara-perkara yang lain yang dilihat penting dengan memuji Allah SWT. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/73)

Kita juga sangat dituntut mengaji ilmu agama, lagi-lagi Fardhu Ain, jika boleh berguru, maka eloklah berguru, sebagai orang awam tanpa asas agama selain dari kelas pendidikan Islam sewaktu sekolah dahulu kan, saya sarankan setiap umat Islam kembali mengaji ilmu agama ni. 

Dengan mempelajari ilmu fardhu ain, kita akan lebih memahami kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Ini akan meningkatkan keyakinan dan ketakwaan kita kepada-Nya, serta mendorong kita untuk sentiasa berusaha mendapatkan keredhaan-Nya

Kepentingan Belajar Ilmu Fardhu Ain

Fardu ain mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam agama Islam.

Ini kerana ia merangkumi aspek-aspek penting dalam kehidupan seorang muslim yang membantu untuk membentuk dan mengukuhkan iman mereka.

Berikut adalah beberapa kepentingan fardu ain:

1. Mendekatkan diri dengan Allah

Fardu ain membantu individu muslim untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Allah SWT.

Dalam melaksanakan fardu ain, seseorang melatih diri mereka untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Ini membantu diri untuk memperoleh keberkatan dan keampunan dari-Nya.

2. Membentuk moral dan etika yang baik

Dalam melaksanakan fardu ain, seseorang diajar untuk berdisiplin, bertanggungjawab, dan menghargai waktu.

Ini membantu individu muslim untuk mengembangkan sifat-sifat positif yang penting dalam kehidupan.

3. Menguatkan kesatuan dan solidariti ummah

Setiap individu muslim melaksanakan fardu ain, dan dengan melakukan demikian, mereka mengikuti perintah Allah dan menunjukkan ketaatan mereka kepada-Nya.

Ini memperkuat hubungan antara individu muslim dan membantu dalam memperkukuhkan ukhuwah serta mengangkat daulah islamiah.

4. Meningkatkan kefahaman tentang agama

Dalam melaksanakan fardu ain, seseorang mempelajari aspek-aspek penting tentang Islam, termasuk hukum dan aturan yang diberikan oleh Allah.

Ini membantu individu muslim untuk memahami agama mereka dengan lebih baik dan memperkuat iman mereka.

5 . Meningkatkan kualiti hidup

Melaksanakan fardu ain membantu meningkatkan kualiti hidup seseorang. Dalam melaksanakan fardu ain, seseorang menaati perintah Allah dan menghindari dosa dan kesalahan.

Ini membantu individu muslim untuk hidup dengan lebih tenang, penuh kebahagiaan dan damai, dan menjadi lebih produktif dalam kehidupan sehari-hari mereka.


Semoga kita semua diberikan rezeki untuk mendalami ilmu agama sehingga nafas terakhir. Mengaji ilmu Allah tidak akan pernah habis. Lagi banyak kita mengaji, lagi banyak kita tidak tahu bukan? Ada juga perasaan takut, kerana dah tua baru nak belajar Fardhu Ain dengan serius, entah apalah silap, salah, lalai yang telah saya lakukan. Allahu akbar, semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya sebelum ini. Semoga Allah izinkan saya habis mengaji kitab al-Risalah al-Jami'ah ini, dengan kefahaman yang jelas, dan semoga dapat diamalkan, diperbaiki amalan dan cara hidup sekarang.

insya Allah, doa mendapat menuntut ilmu Allah juga merupakan salah satu doa yang kita harus minta kepada Allah swt. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua mendalami ilmu agama Islam dengan lebih baik lagi.

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4178-al-kafi-1603-hukum-membaca-basmalah-ketika-melakukan-perkara-yang-dimakruhkan

https://abusyahmin.blogspot.com/2015/11/al-risalah-al-jamiah-wa-al-tazkirah-al.html

https://www.facebook.com/mtdhpp/photos/a.780650225315586/1168895206491084/?type=3

https://korbanaqiqah.com.my/kepentingan-mempelajari-fardhu-ain/

 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan