Adakah anda seorang bisnes owner, seller yang mempunyai facebook page? Inginkan seseorang untuk jaga Facebook page anda? Usah bimbang, saya ada sediakan khidmat jaga page facebook dengan harga mampu milik, sesuai buat semua pemilik bisnes yang sibuk, tiada masa nak buat content atau uruskan page.
Apa Itu Facebook Page?
Facebook mempunyai dua fungsi iaitu untuk persendirian dan perniagaan. Bagi mereka yang hanya mahu mencari kawan, bernetworking, pasti akan ada akaun personal masing-masing. Namun bagi yang serius ingin membuat perniagaan, facebook personal ini kurang sesuai. Lagi-lagi, jika anda nak buat jualan secara terus.
Contoh Nama Facebook Page;
- Kedai Baju Bundle
- Al Quran Book Store
- Hanna Cosmetics
dan banyak lagi. Penamaan nama page ini penting bagi menunjukkan hala tuju dan jualan produk. Anda juga boleh buat branding melalui facebook page kerana fungsi page lebih banyak berbanding personal.
Jika anda belum anda facebook page untuk bisnes, bolehlah buat satu. Buat page yang sesuai untuk niche atau nama kedai anda (jika sudah ada bisnes offline).
Tidak reti atau was-was nak create page? Boleh hubungi saya untuk siapkan bagi pihak anda :)
Boleh baca lebih lanjut di sini;
Servis Jaga Facebook Page
Untuk sentiasa pastikan page anda seperti kedai fizikal yang dibuka setiap hari, begitu jugalah kedai online anda. Anda wajib aktifkan kerana pelanggan yang masuk akan sentiasa lihat bilakah kali terakhir anda update page anda.
Apakah jenis content yang anda update.
Tidak semestinya kesemua page mempunyai content yang sama, semuanya ada cara tersendiri. Yang penting anda harus meyakinkan pelanggan bahawa bisnes anda wujud, trusted dan aktif.
Oleh sebab itu, ia memakan masa untuk kita sentiasa update content, dan oleh kerana faktor inilah ramai peniaga/bisnes owner tidak sempat untuk menguruskan page masing-masing.
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan;
1. Mengupah pekerja part time untuk jaga page anda, tetapi bagi mereka yang tidak mahir, anda sendiri perlu mengajar bagaimana membuat content, mencari bahan dan berfikir menguruskan page.
2. Mengupah mereka yang mahir menguruskan facebook page.
Jadi mana satu pilihan anda?
Ini tawaran saya buat anda.
Servis Jaga Facebook Page dari saya ini, anda boleh langgan minima sebulan, dengan harga sangat berpatutan.
Ada 2 jenis pakej yang saya sediakan;
1. Basic
- Sehari 1x posting (Isnin - Jumaat, Sabtu Ahad dan cuti umum tiada posting), total 22-25 posting sebulan
- Copywriting jenis copy paste, simple, ubah suai
- Tiada photo editing
- Tiada photo watermark atau template
- Reply inbox dan komen
- Auto share posting ke 3 group facebook
Jika anda nak lebih dari 1 hari 1x posting juga boleh. Maksima 5x posting, isnin hingga jumaat.
2. Standard- Pemilihan kekerapan posting tertakluk kepada anda
- Setiap posting adalah copywriting asal, tiada copy paste dari mana2 page atau seller lain.
- Percuma photo editing
- Percuma photo watermark
- Percuma photo template
- Percuma poster hari2 penting di dalam Malaysia seperti poster ucapan hari raya dan sebagainya
- Reply inbox dan komen
- Auto share posting ke 3 group facebook
Bagi pakej standard, harga posting setiap kekerapan adalah berbeza. Dan lagi banyak posting juga akan mempengaruhi harga offer jaga page anda. Ini kerana saya akan buatkan setiap posting anda secara asli, setiap idea, setiap poster adalah baru. Jadi upah untuk content creator, adalah lebih mahal berbanding konsep tiru-vasi atau repost.
Saya tidak akan kongsikan harga di sini, tetapi jaminan saya adalah harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari harga pasaran. insya Allah.
Setiap bisnes tidak mempunyai matlamat dan cara yang sama, jadi saya faham tentang ini.
Anda uruskan marketing, saya uruskan content page.
Jika anda hidupkan FB Ads, dan page tidak meyakinkan, saya pasti ramai akan ingat anda scammer. Ya, serius, kerana saya juga ada fikiran begitu.
FB Ads hidup, namun last update di page setahun lepas.
Sebagai pembeli, adakah anda akan percaya page tersebut? Anda sendiri boleh tanya diri anda soalan itu kan?
Nak tengok, antara contoh client saya jaga tahun ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan