Cara Create Whatsapp Channel

 Whatsapp sudah ada channel. Sama seperti Telegram Channel, ianya lebih mudah diakses dan dilihat. Jika di telegram, chat personal, group dan channel semuanya di tempat yang sama. Oleh sebab itu, Telegram kurang digemari dek kerana kecelaruan dan terlalu banyak perkara dalam satu apps. 

Saya nak maklumkan dulu, gambar-gambar yang saya paparkan ini Whatsapp dan Telegram dalam bentuk software ye, bukan apps. Saya lebih banyak berurusan di PC berbanding memegang HP. 

Telegram VS Whatsapp


Sebagai perbandingan, dari segi paparan, interface Whatsapp adalah lebih "user friendly" dan tidak serabut berbanding Telegram. Walaupun telegram boleh mencipta "folder" dan kini ada kelebihan "folder chat", ianya masih tidak digemari sebagai pilihan utama pelanggan sebagai gantian SMS. Jelas Whatsapp memang ada pada hampir seluruh rakyat Malaysia sebagai cara berkomunikasi. 

Baiklah, mari kita belajar cara nak create Whatsapp Channel.

Whatsapp Channel sama seperti Telegram Channel, mempunyai pengikut dan perlu disertai "subscribe" bagi mendapatkan info terkini.

Whatsapp channel ni agak baru juga.

Ianya muncul pada bawah paparan "status story" jika anda menggunakan handphone, manakala bagi paparan pc atau whatsapp web, icon channel ini berasingan dengan status story.

Mudah kan nak cari Whatsapp channel yang kita nak follow?

Terus klik pada status "story" di whatsapp masing-masing.


Cara Create Whatsapp Channel

Cara step by step create channel Whatsapp:
1. Klik pada tiga titik di status 
2. Klik create channel
3. Klik continue
4. Masukkan info channel anda, nama channel. SIAP!
5. Upload gambar profile bagi channel anda.
6. Anda boleh letakkan description, supaya orang tahu channel anda untuk apa
7. Anda juga boleh invite admin lain untuk menguruskan channel.
8. Bila channel whatsapp anda sudah bersedia, bolehlah anda kongsikan link channel anda di status dan lain-lain socmed.


cara create whatsapp channel
klik pada tiga titik untuk mula create channel anda

cara create whatsapp channel
Penerangan tentang kelebihan membuat channel whatsapp


cara create whatsapp channel
Inilah paparan channel anda apabila dah siap dibina


cara create whatsapp channel
Klik pada tiga titik di atas untuk pergi ke setting channel anda, anda boleh lihatla apa yang perlu anda setting, dan letak informasi mengenai channel tersebut


cara create whatsapp channel
Nak setting emoji pun boleh yer


cara create whatsapp channel
Cara nak invite admin untuk uruskan bersama channel anda, ini terpulang kepada anda yer

cara create whatsapp channel
Cara nak invite admin, tekan invite dan cari rakan anda di contact Whatsapp

cara create whatsapp channel
Channel info, anda boleh letakkan gambar profile channel serta description. Channel alerts adalah untuk onkan notifikasi jika ada orang respon kepada channel anda


Mudah sahaja kan?

Semoga membantu anda semua untuk create channel bagi tujuan amal, pemberitahuan, bisnes kan? Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan sahabat.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan