Review Buku My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood

Assalamualaikum buat pembaca semua, hari ini saya akan buat ulasan buku! Yup, buku ini bertajuk My Daughter's Brain Tumour dari penulis Nishat Shaikh Dawood. Beliau merupakan rakan seahli dari Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dan sepertinya saya pernah bersama beliau jika tidak silap di dalam circle NGO Amal till Jannah atau mungkin ingatan saya tersilap.

My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood

Tidak mengapa, walau di mana kami pernah terjumpa selain SRR, saya yakin itu merupakan satu perjalanan yang baik bagi kita semua kan?

My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood

Buku pertama dari Kak Nishat ditulis di dalam Bahasa English kerana latar belakang beliau sebagai seorang jurutera yang pernah bekerja di luar negara. Dan juga mungkin kerana ia juga merupakan salah satu bahasa yang digunakan di dalam keluarga. Seronok membaca buku english sebab dah lama sangat saya tak membacanya. 

Penulisan buku "My Daughter's Brain Tumor" ini mudah difahami dan sampai pada hati. 

Jika tidak, saya tidak akan mengalirkan air mata, pada episode kisah Ameerah pengsan dan bermulalah kisah mereka di hospital. 

"Perjalanan seorang ibu melihat anaknya sakit tenat, dan berhadapan dengan tumor otak" adalah perkara yang paling ditakuti, saya pasti oleh mana-mana ibu. 

Kanser yang sering kita dengar berlaku kepada anak-anak adalah LEUKIMIA kan? Itu pun luluh hati ini melihat kondisi tubuh badan anak-anak ini, just imagine.. 

Saya juga salah seorang yang selalu mengalami sakit kepala, malah saya juga pernah menghantuk kepala di dinding kerana kesakitan yang teramat sangat, menelan sepapan panadol setiap hari untuk menghilangkan sakit kepala. Bertuahnya, saya tidak menghidapi tumor otak!

Jadi saya boleh bayangkan sedikit sebanyak kesakitan yang Ameerah hadapi, pengsan, muntah.

Bila anda sakit kepala yang teramat sangat, anda akan rasa mual dan muntah, dan jarang sekali kita boleh menahan muntah itu, ianya terjadi dengan sekelip mata. Teringat lagi semasa di asrama universiti, saya tak dapat nak sampai ke bilik air, dan terus sahaja muntah di depan bilik. 

Syukurlah hanya muntah dan rasa lega selepas itu. 

Berbalik kepada buku Kak Nishat, My Daughter's Brain Tumour ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada para ibu, bapa malah penghidap tumor atau kanser itu sendiri kerana buku ini bukan sahaja menceritakan kisah yang mereka hadapi tetapi "perubahan cara hidup ke arah makanan sihat" untuk mengurangkan risiko tumor itu menjadi parah.

Perubahan ini berlaku setelah Ameerah dibedah dan dibuang ketumbuhannya, namun rupanya ketumbuhan ini tidak dapat dibuang seratus peratus! Jadi, ada lagi sisa ketumbuhan yang melekat pada otak Ameerah. Pilihan yang diberikan; radioterapi. Sebagai ibu bapa Ameerah dan pada masa itu Ameerah masih kecil, risiko rawatan ini boleh menjadikan Ameerah sebagai anak slow learner, masalah penglihatan dan lain-lain komplikasi menyebabkan Kak Nishat dan suami harus mencari jalan lain bagi membantu anak mereka survive dengan sisa ketumbuhan tersebut.

Demi Allah, hanya Allah sahajalah yang mampu mengangkat kesakitan dan menghilangkan penyakit.


"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

(Asy-Syu'araa' 26:80)

"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

(Asy-Syu'araa' 26:79)


Saya cuba kaitkan kisah ini dengan peringatan Allah iaitu kepada manusia, bahawasanya Allah telah memberikan kita makan dan minum, serta Allah jugalah yang mendatangkan sakit dan menyembuhkan setiap penyakit hamba-hambaNya.

Saya suka akan sikap positif kak Nishat sebagai ibu, mengatasi rintangan emosi dan memikirkan apakah solusi terbaik buat anaknya, Ameerah.

Sikap kak Nishat yang tidak henti-henti memohon dan berdoa kepada Allah buat anak tercinta tetapi pada masa sama tidak mengenepikan anak-anak yang lain membuatkan saya rasa kagum dan tidak mahu mengalah seperti kak Nishat! Walaupun anak-anak saya sihat, namun tidak bererti kita membaca buku ini sekadar nak tahu pengalaman dan tips dari kak Nishat tetapi setiap moral value yang ditunjukkan, kita harus turut mengambil iktibar. 


You need to MAKE changes to SEE changes ~unknown~


Menurut Jing Zhang (2020, p1), "cara pemakanan dan cara hidup adalah dua rutin kehidupan yang boleh membawa kepada risiko kanser"

Saya teringat pula pesan doktor kepada abah, ayah saya juga ada masalah kesihatan iaitu sirosis, di mana hati abah telah mengecut akibat penyakit hepatitis C. Doktor itu berkata, "apa yang kita makan sekarang, kesannya adalah untuk lima tahun di hadapan, kita mungkin tidak nampak sekarang, tetapi tunggulah jika berlaku sesuatu yang buruk pada badan, itulah hasilnya dari cara hidup kita yang tidak sihat"

Lebih kurang dengan petikan dalam buku ini, kan? Memang itulah yang Rasulullah saw telah ajarkan kepada umat manusia, namun kita semua lebih suka memilih yang sedap pada rasa, dan adakalanya tidak berhenti makan apabila sudah penuh. 

Di dalam buku ini juga, kak Nishat menceritakan apa terjadi setelah Ameerah dibedah dan dibuang tumornya, rupanya Ameerah mengalami episod kehilangan ingatan dan tidak ingat recent incident, pelajarannya, termasuklah nama-nama guru. Hal ini menyebabkan si ibu, sedikit marah dan melepaskannya kepada si anak.

Menyedari kesilapan sendiri, si ibu sedar bahawa apa yang berlaku bukanlah kerana si anak tetapi akibat penyakitnya. Anak sudah selamat dari kematian (jika tidak dibedah), selepas sihat kita lupa bahawa risiko itu wujud dan mengatasi kekurangan akibat dari risiko itu sebagai orang dewasa adalah tugas kita.

Menempelak anak, berasa sedih, marah dan kecewa bukanlah perbuatan yang baik, dan ini disedari oleh si ibu. Menyedari kesilapannya, kak Nishat mula muhasabah kembali dan bersyukur bahawa nikmat sihat selepas sakit itu lebih besar dari kekurangan anak yang sedang dia hadapi.

Menarik sangat kisah dan perjalanan hidup serta beberapa pengajaran yang kita dapat ikuti juga dan praktikkan dalam hidup. 

Di dalam buku ini juga, turut dimuatkan beberapa panduan pemakanan sihat, bahan kimia yang perlu dielakkan berserta rujukan agar kita sebagai pembaca tahu bahawa penulis bukan sekadar mengubah cara hidup tanpa rujukan dari pakar. 


My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood
Senarai rujukan yang kak Nishat sertakan, boleh pembaca jadikan juga rujukan dan baca rujukan ini ya


My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood
Menarikan info ni? ha, jom kita mula amalkan pemakanan yang betul untuk kesihatan tubuh badan!


My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood
Kembali kepada Allah merupakan jalan terbaik seorang yang beriman kepadaNya.

Apabila membaca sesuatu novel, apatah lagi dari kisah benar berkaitan penyakit anak, dan perubahan cara hidup sekeluarga kepada makanan tanpa asas panduan kepada pemakanan sihat yang bermanfaat buku ini amat memotivasikan.

Jadi buat ibu bapa yang berada pada situasi yang sama, atau pada pembaca yang sedang mengalami berita yang menakutkan ini dari doktor. Anda perlu yakin sepertimana dalam ayat surah Asy-Syuura 26:80, Allahlah yang menyembuhkan penyakitkan?

Dan jika nyawa kita masih panjang, atau kita masih hidup lagi pada hari ini, maka lakukanlah sesuatu yang bermanfaat dan redha pada pandangan Allah, bukan meratap dan berputus asa kerana ada terlalu ramai insan-insan yang turut sama seperti anda tetapi tidak mengalah!

Maka janganlah kita jadi sebahagian mereka yang berputus asa kerana sebagai manusia, Allahlah tempat kita bergantung dan berharap serta Allahlah juga pemberi rahmat kepada hambaNya yang memerlukan.


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)


Saya kongsikan ayat di bawah, nabi juga bermunajat kepada Allah kerana sesuatu yang tidak diketahui ilmu tentangnya, 


Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Hud 11:47)


Ayat ini jelas bahawa sakit kita, kematian kita, atau masa esok kita adalah perkara yang tidak mungkin kita tahu, jadi kepada Allah sahajalah tempat kita memohon apa juga pun, laksanakanlah hari ini sebagai hari terbaik dan muslim yang mukmin, mana tahu esok masih ada dan esok serta beberapa tahun akan datang. Semoga sakit ini pemberi rahmat, ujian kepada kita untuk dekat kepada Allah dan syurgalah buat kalian yang sedang diuji.


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li'Imraan 3:185)

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (A-li'Imraan 3:186)


Sahabat-sahabat ingin dapatkan buku My Daughter's Brain Tumour dari penulis Nishat Shaik Dawood?

Buku ini adalah buku solo dan pertama yang ditulis dan diterbitkan oleh Puan Nishat Shaikh Dawood (Ahli SRR) pada Julai 2024. 

Buku 12 bab ini menonjolkan perjalanan dan keteguhan emosi penulis dan anak sulongnya, Ameerah dari semasa didiagnos dengan tumor otak ketika berumur 8 tahun.

Pelbagai detik-detik cemas di hospital serta perkongsian pengalaman dalam usaha menempuh ujian tersebut. 

Dengan pendekatan perubahan cara fikir, perubahan cara pemakanan (diet) dan cara hidup sebagai satu rawatan alternatif terhadap pemulihan anaknya, Ameerah.

Alhamdulilah setelah 9 tahun, dengan izin Allah, Ameerah telah pulih dengan diagnosis bahawa tumor itu tidak membesar. 

Yang berminat untuk menonton sesi bedah buku bersama Puan Nishat Dawood, boleh klik pada link

https://bit.ly/SuriBacaSuriKongsi

Yang berminat untuk membuat pembelian bolehlah klik;

📌 https://forms.gle/5x8pHYz2s2aQxnnf8


My Daughter's Brain Tumor Nishat Shaikh Dawood
Terharu buka buku ada dituliskan nota dari Kak Nishat. Semoga Ameerah terus sihat dan teruslah menulis kak Nishat! Best baca buku ni :)

Sahabat-sahabat semua, jom dapatkan buku My Daughter's Brain Tumor dari penulis Puan Nishat Shaikh Dawood hari ini!. Semangat promot bukan kerana dibayar eh, tetapi banyak pengajaran dari sebuah buku, ilmu yang dikongsikan, serta motivasi yang disemat. Adakalanya apa yang kita perlukan adalah kata-kata dari orang sekapal, kita rasa apa yang mereka rasa.

Hanya yang rasa sahaja boleh selami perasaan yang sama. 

Begitulah buku ini, bukan untuk semua orang tetapi yang faham mesti dapat selam bersama, insya Allah sebuah buku yang sarat dengan panduan dan nasihat. 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan