Soal Jawab Tentang MAA Orodesign

Assalamualaikum, sebagai salah seorang dealer emas dari MAA Precious Metals. Saya telah mendapat dan mendengar pelbagai jenis soalan. Siapakah di sebalik tabir Orodesign? Kilang di mana? Ada pelaburan emas ke ni?.. dan banyak lagi.

Jom pada entri kali ini saya nak kongsikan soalan beserta jawapan agar dapat memberikan gambaran kepada anda semua bagaimana platform emas Orodesign ini dijalankan dan akhirnya anda berpuas hati untuk sertai keahlian dan mula menabung emas insya Allah.


Orodesign ini program apa? Boleh terangkan serba sedikit tentang program "EMAS ORODESIGN" ini?


Orodesign - Program Akademi Usahawan Emas Direct Kilang dibawah Kilang Emas MAA Precious Metal Sdn Bhd.

MAA Precious Metal Sdn Bhd (Company Registration Number : 201601018091) - Pengilang Emas Fizikal milik penuh Bumiputera Melayu yang terletak di Penang.

MAA adalah ahli FEDMAS iaitu Assayer yang mengesahkan ketulenanan Emas Pengilang di Malaysia.

Pemilik kilang - Mohd Azrul Bin Azmi

HQ MAA Precious Metal training & consultancy - No 39, Tingkat 1, Taman Sungai Utama, Sg Dua Butterworth


Bagaimana saya nak sahkan status syarikat kilang emas MAA Precious Metal Sdn Bhd?


Untuk membuat semakan status syarikat yang menjalankan program emas MAA, anda boleh semak kesahihannya di sini: 

  1. Klik https://www.ssm.com.my
  2. Klik E-Semak
  3. Masukkan No.Pendaftaran Syarikat 201601018091(MAA Precious Metals Sdn. Bhd)
syarikat maa precious metals orodesign


Apakah kelebihan menyertai program usahawan emas Orodesign dari MAA Precious Metals ni?


Saya kongsikan secara ringkas sahaja ya, kelebihan menjadi dealer sama ada anda nak sertai sebagai usahawan atau menyimpan emas sahaja.

  1. Ini bukan bisnes MLM dan ianya trading semata - mata.
  2. Urusniaga beli emas dapat emas.
  3. Kilang diiktiraf FEDMAS untuk daftar ketulenan.
  4. Urusan jual beli emas berlaku atas talian memudahkan seluruh rakyat Malaysia mendapatkan emas tanpa perlu ke pejabat jualan.
  5. Jika anda jual emas Orodesign kepada pelanggan, untung masuk dalam akaun kita. HQ hanya uruskan pengeposan sahaja.
  6. Harga untung/jimat adalah antara RM10 - RM30 se gram, lagi besar gram lagi beza harga berbanding harga pasaran. Lebih berbaloi dan jimat kerana mutu tulen adalah sama tidak kira dari kilang mana. Sebagai contoh; 1 dinar 999.9 harga ahli bezanya mencecah ratusan ringgit.
  7. Komisyen membawa ahli baru (hanya dealer/ahli sahaja boleh buat pendaftaran ahli baru, di HQ tiada pencarian ahli baru ya). Komisyen ini akan masuk ke akaun waller ahli, anda boleh keluarkan duit ini pada bila-bila masa tanpa syarat minimum atau cas pengeluaran.
  8. Boleh jual semula emas lama pada kilang tanpa ada penolakan lain walaupun emas kondisi barang tu lerai, kemek dan bengkok. Alhamdulillah, buat masa ini harga cashback kilang kepada ahli adalah tinggi dari pasaran.
  9.  Ilmu emas & cara fungsikan emas. Boleh join belajar kelas secara offline (face to face) BUE atau online yang dianjurkan. Kos untuk belajar ilmu emas ni nilai sebenarnya ribuan ringgit jika belajar diluar sana.
  10.  Stok emas sentiasa update 24 jam. Tak melibatkan sesen pun duit kita untuk adakan stok.
  11.  Keahlian takkan luput walaupun jadi dealer hanya kerana nak beli surat pajak dan tak nak beli atau tak nak menjual emas baru keluaran kilang.
  12.  Kita boleh keyin sendiri dalam sistem utk order. Payment selesai dan penghantaran dibuat selesai semua boleh semak dalam sistem.
  13.  Akaun dealer MAA ini boleh diwarisi kepada pasangan atau anak-anak untuk teruskan perniagaan dan manfaat sebagai ahli kilang

Adakah semua ahli yang sertai Orodesign wajib berniaga?


Walaupun program ini diwujudkan untuk membantu usahawan emas, namun ianya sesuai bagi semua orang yang hanya mahu membeli emas dan membuat simpanan emas. Tidak wajib untuk sertai sebarang program jual beli atau report kepada HQ.

Semua ahli bebas untuk aktif dan sekadar menabung, namun saranan saya terus follow rapat setiap kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh HQ kerana setiap kelas ini ada ilmu yang sangat berguna.


Adakah Orodesign ada buat pelaburan emas seperti Public Gold?


Tiada. Platform ini hanyalah satu medium untuk anda membeli belah emas fizikal dengan harga kilang. 

Keahlian Orodesign dibuka kepada siapa? Apakah syarat penyertaan?


Syarat untuk menyertai:
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Bumiputera
  3. Dibuka kepada warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja

Jika anda seperti di atas, bolehlah mendaftar keahlian dengan saya nanti ya. Nak daftar klik sini; www.wasap.my/60189100852/daftardealer

Selepas berjaya daftar dealer MAA, selepas tu macam mana?


Tahniah! Selepas berjaya jadi ahli, anda boleh terus buat pembelian melalui website atau ke branch berdekatan anda dan nikmati harga emas harga kilang. Tiada fees tersembunyi contohnya bayar pengurusan, bayar upah HQ tiada atau bayar cas proses duit pengeluaran juga tiada. 

Anda login ke website dealer, dan boleh buat tempahan.

Website Dealer : www.orodesign.biz

katalog Emas online untuk customer : view.orodesign.biz (ini ialah website untuk diberikan kepada customer anda, rakan2 atau keluarga, jangan bagi masuk website dealer pulak ye!)

Boleh tahu apakah Objektif bagi Platform Orodesign ini?

OBJEKTIF USAHAWAN EMAS MAA Precious Metals
🎯Memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi Usahawan emas dengan modal minimum.
🎯Mengajak masyarakat menyimpan emas 1 gram sebulan dan menambah gram emas dengan cara berniaga
🎯Menyebarkan ilmu kepentingan emas kepada Masyarakat
🎯Memberikan bimbingan dan latihan keusahawanan kepada Dealer berdaftar


Bagaimana membuat pembelian emas sebagai ahli/dealer?


Caranya;
1. Login ke website dealer yang telah diberikan
2. Tekan pada mana-mana produk yang anda ingin beli
3. Add to cart
4. Isi informasi sepenuhnya
5. Check out
 - Sebelum check out, pastikan anda pilih sama ada pengeposan atau collect di branch. 
6. Jika anda nak terus beli secara cash and carry, anda boleh ke branch, bawa duit secukupnya jika cash atau transfer sahaja nanti di branch tersebut. Sila lock dulu barang di website ye.
7. Jika anda pilih pengeposan, tempoh urusan pengeposan agak mengambil masa lebih kurang 5-10 hari waktu bekerja, oleh itu diharapkan agar semua ahli bertenang ye. Insya Allah, akan sampai. 

Nota: Saya sendiri membeli emas oro sama ada untuk diri saya mahupun customer, alhamdulillah belum lagi ada kes hilang atau tercicir. Semuanya diuruskan dengan cermat oleh pihak HQ. Semoga dijauhkanlah daripada perkara-perkara yang tidak baik.


Bagaimana cara CASH AND CARRY by Dealer di cawangan terdekat?


Cash & Carry maksudnya, lock brg dalam sistem, datang ke BRANCH, buat payment dan collect barang. Dibuka 5 hari seminggu InsyaAllah.

Kita bermula di BRANCH SG DUA PENANG, Cyber Jaya dan seterusnya Johor. Target kita nak ada centre cash & carry di setiap negeri. 

Sama² kita doakan segala perancangan En Azrul Bin Azmi, pemilik kilang MAA Precious Metal Sdn Bhd berjalan dengan lancar.

👉Lock barang dlm web 
👉Pergi ke Cawangan
👉Bayar cash @ Bank in
👉Ambil barang & balik

Jadual pengambilan
Isnin - Jumaat 11am - 6pm
Online transfer Akaun MBSB (MAA Precious Metal Sdn Bhd)

Di mana branch Orodesign?


Buat masa ini, ada dua branch sahaja iaitu di Sg Dua (Main) dan Cyberjaya. Akan datang di Johor Bahru.

branch orodesign



Alamat lengkap dan share location adalah seperti berikut, sila baca, hanya ahli sahaja boleh masuk ke dalam kedai emas milik MAA precious metals ni ya.

branch orodesign sg dua pulau pinang



CAWANGAN SUNGAI DUA
No 39, Jalan Sungai Dua Utama 1, Taman Sg Dua Utama, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

branch orodesign cyberjaya selangor

CAWANGAN CYBERJAYA
D4-1 Block D, Jalan Radius 1/1C , Radius Business Park , Cyber 4,
63000 Cyberjaya Selangor
Use Waze to drive to Jalan Radius 1/1C, Cyberjaya: https://waze.com/ul/hw2829nnwv

Akan datang
Johor Bahru

branch orodesign johor bahru


WAKTU OPERASI
ISNIN – KHAMIS: 10.00 Pagi – 5.00 Petang
JUMAAT : 10.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari
2.00 Petang – 5.00 Petang
SABTU : 10.00 Pagi – 2.00 Petang

Hukum beli Emas melalui atas talian (online)


Ramai risau kerana ada yang kata tidak boleh membeli atas talian kerana tempohnya, tetapi tidak mengapa. Boleh rujuk video di bawah ya. Alhamdulillah, tidak ada masalah membeli emas itu pada kadar dan akadnya, jadi boleh membeli atas talian setelah jelas akan akad membeli emas. 


Apa itu FEDMAS?

Kita ada menyebut tentang FEDMAS, MAA merupakan ahli biro piawai Fedmas Malaysia. Alhamdulillah, ia bermaksud ketulenan emas yang dibuat dari kilang MAA ada tulen di diakui. 



Siapakah FEDMAS?

FEDMAS adalah satu badan yang setara SIRIM yang memastikan kilang-kilang yang menghasilkan produk emas mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

Pendapatan dealer Emas Oro datang dari mana?

Pendapatan sebagai tokei emas ini, datang dalam 3 cara;


1. Jual emas baru. Boleh mark up sendiri harga dari harga dealer dalam web dealer atau boleh follow table Harga Jualan bagi customer. Di sini kita boleh dapat untung runcit. Contoh seperti gambar di atas. Untuk harga dealer rujuk harga di website dealer, dari sini anda boleh tahu berapa keuntungan yang anda miliki hasil jualan emas tersebut.

2. Beli emas lama - kilang sediakan harga buyback sebagai rujukan. Kita beli dari customer (boleh follow table Harga Belian) & jual pada kilang (Harga buyback kilang rujuk dalam web dealer). Sama juga boleh rujuk gambar di atas. 

Nota penting: Mungkin agak leceh kerana jika jauh anda perlu pos ke HQ, tetapi jika anda dekat dengan branch, ini adalah lebih menguntung dealer untuk membuat urus niaga jual beli emas lama (gadai).

Cth harga buyback 916 kilang hr ni RM 260. Jadi kita perlu beli rendah dr 260. Beli 250, dapat untung rm 10 pergram. So, kalau cstmer jual 100g, untung RM 1000.

3. Dealer Get Dealer - perkenalkan org lain untuk jadi dealer. Sama-sama nikmati emas harga kilang. Downline, tetapi ingat ye Orodesign bukan MLM. Keistimewaan downline ada dua, 1- komisyen hasil dari downline (Contoh: 1 dealer register dengan yuran terkini RM599, HQ akan beri anda RM150-RM200), dan 2- komisyen RM1 setiap kali downline anda membeli emas. anda akan dapat RM1/setiap 1gram.

Platform Emas Oro ni Patuh Syariah Ke?

Ramai tanya soalan patuh syariah ini, sebenarnya tentang patuh syariah merujuk kepada pelaburan emas. saham. untung rugi dividen, malangnya tiada aktiviti ini di dalam platform kami. Menyertai Orodesign sebagai ahli/dealer hanyalah untuk membeli emas pada harga rendah yang HQ telah tetapkan, anda beli emas, anda dapat emas. Tiada selainnya atau tunai tambahan. Itu sahaja urusan yang berlaku. Lebih jelas boleh tengok video di bawah.




Fahamkan ye, tidak sesekali melakukan perniagaan saham , pelaburan emas. Kita adalah syarikat menjual emas fizikal secara atas talian. Itu sahaja

Boleh tahu jenis packaging Goldbar MAA?


Boleh. Kami ada dua jenis packaging iaitu;
1) Slot card, dimana anda boleh buka kad dan pegang emas tersebut.
2) Laminate, ini ialah kad yang telah dilekatkan dan harus digunting untuk semak emas tersebut
Jenis laminate ada 3 jenis sahaja iaitu; 0.25g goldbar, 1g MAA dan 0.5 syiling

Ini adalah contoh; kiri slot type, kanan laminate type


Goldbar Oro MAA ni diterima Ar-Rahnu ker?


Alhamdulillah, goldbar 999.9 anda boleh ar-rahnu kan, dan memang ada segelintir yang tidak ambil MAA kerana mereka sudah ada goldbar sendiri, ataupun JV dengan brand lain. Ini adalah suatu yang normal.

goldbar orodesign mesra ar-rahnu



Antara ar-rahnu yang terima goldbar MAA;
- Bank Islam
- Agro Bank
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat
- Coopbank Pertama (CBP)
- Ar-Rahnu Permodalan Kelantan
- Ar-Rahnu Permodalan Felda
- KOOP Sahabat
- Ar-Rahnu KOJUTA

dan banyak lagi.. Jadi tak perlu risau ya.

Apa lagi dijual di Orodesign?

Oro juga menjual barang kemas 916 dan 999. Mempunyai kadar upah yang lebih rendah dari pasaran, cuma kami tiada menjual emas prelove atau secondhand ya. Dinar juga ada 1/4, 1 dan 2g
 
jenis-jenis emas orodesign

barang kemas orodesign


Bagaimana nak semak harga emas MAA?

Anda boleh buat semakan harga semasa di website Oro iaitu https://www.maaorodesign.com

harga semasa emas orodesign


dan cara lain adalah akan dikemas kini setiap hari isnin-jumaat seperti gambar jadual di atas, ianya lebih lengkap dan terperinci. Bagi ahli, anda hanya perlu semak harga semasa di website anda ya.

Adakah Oro ada program seperti Public Gold iaitu akaun GAP, di mana kami boleh simpan duit sikit-sikit untuk beli emas?

Sebenarnya tiada, nak diwar-warkan program simpan duit sebegini, tetapi anda boleh simpan duit anda di ewallet anda. Anda masukkan duit ke akaun master dealer masing-masing dan maklumkan pada MD untuk transfer duit itu ke dalam akaun ewallet anda. Dengan cara itu, duit tunai anda terselamat daripada terbelanja hal lain, dan bila cukup duit, anda boleh terus buat pembelian emas! Mudah kan? 

Promosi Keahlian MAA terkini boleh saya tahu?


Ya boleh. Sekarang promosi keahlian/dealer adalah sebanyak RM599 sahaja, bayaran 1 kali seumur hidup. Harga asal adalah RM799, anda jimat RM200. 

Anda juga akan dapat;
1. Percuma 0.25 gram goldbar 999.9
2. Percuma postage goldbar RM10
3. Percuma Buku Jom Simpan Emas
4. Group support

Cara Nak Daftar Dealer Orodesign


Alhamdulillah. Tahniah! Cara nak daftar jadi dealer mudah sahaja. Whatsapp terus saya di nombor 0189100852 (www.wasap.com/60189100852/nakdaftardealer) . Ada beberapa maklumat yang kami perlukan iaitu :

Username pilihan :
Nama Penuh:
No IC:
Alamat :
No telefon:
Email :

Username anda bebas untuk buat pilihan.

Apa lagi istimewanya jadi ahli Orodesign?

Rajinkanlah join conversation di group dan channel-channel dealer di Telegram. Ada banyak info seperti kelas fungsikan emas (ini salah satu bestnya duduk dalam geng emas ya) dan ikuti bengkel-bengkel yang HQ anjurkan. Bengkel ni best kerana ada cabutan bertuah sudah tentunya menang emas! dan jualan emas pada harga lebih rendah dari harga dealer semasa.

Kebiasaannya bengkel/tour dari Orodesign akan menyentuh topik;

🎯  Kepentingan Emas
🎯  Kedai Emasku
🎯  Rahsia Emas Terpakai
🎯  Rahsia jual beli surat Pajak
🎯  Luaskan Rangkaian Emas Anda
🎯  Teknik Fungsikan emas
🎯  Uji Ketulenan Emas

Menarik untuk semua perserta: 

💥 LUCKY DRAW EMAS
💥 HAPPY HOUR SALES HARGA RUNTUH!
💥 DOOR GIFT 

Saya kongsikan testimoni rakan-rakan yang dah amalkan konsep fungsikan emas

teknik fungsikan emas orodesign

teknik fungsikan emas orodesign

teknik fungsikan emas orodesign

teknik fungsikan emas orodesign

teknik fungsikan emas orodesign

teknik fungsikan emas orodesign



Alhamdulillah, telah saya kongsikan soalan-soalan yang sering ditanyakan, jika ada soalan lain jangan segan hubungi saya, dan akan saya update di sini lagi.


Emme Marina
Dealer Emas Orodesign
018-9100 852
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan