Training of Trainers Intensif Quran TOTIQ

TOTIQ atau nama penuhnya Training of Trainers Intensif Quran telah masuk kepada pengambilan ketiga pada tahun 2024. Bermulanya TOTIQ ini pada tahun 2022, anda boleh lihat bagaimanakan struktur kelas pertama yang dimulakan oleh Tuan Fazrul Ismail pada link di bawah. Rupanya TOTIQ ini dianjurkan oleh Yayasan Ummi Malaysia (YUM) berkolaborasi dengan Akademi Sinergi Ikhlas (Tuan Fazrul Ismail).

The program initiated in 2022 by the Chairman of Yayasan Ummi Malaysia, Puan Hajjah Rita Sarbani Ismail, has a noble objective: to help the larger community fully understand the meaning of the Quran through a practice called “Tadabbur.” This initiative aims to train and produce individuals known as “Pentadabbur” for the purpose of Da’wah, which is the act of propagating and sharing Islamic teachings.

totiq Training of Trainers Intensif Quran


Baca sini: 

Panduan Kelas TOTIQ 1

TOTIQ by Yayasan Ummi Malaysia


Alhamdulillah, dengan izin Allah yang maha berkuasa, maha mengetahui akhirnya kelas pertama bagi sesi TOTIQ 3 telah bermula di Kelantan secara offline selama 2 hari bersama Tuan Fazrul Ismail. Debaran terasa kerana saya juga merupakan salah seorang pelajar TOTIQ 3 dengan izin Allah, di bawah tajaan SASU: Sayangi Al-Quran Seawal Usia (Pengasas: Puan Siti Norlaila). 

Diberikan kesempatan belajar bagaimanakah kaedah mentadabbur al Quran dan kemudian menjadi penyampai pula buat orang lain insya Allah. Doakan.

Saya suka sangat untuk kongsikan dahulu buat semua pembaca apa sebenarnya TOTIQ (Training of Trainers Intensif Quran ) ini. 


Apa itu program TOTIQ? 

Totiq adalah satu kaedah pembelajaran memahami ayat-ayat al Quran buat mereka yang ingin mendalami al Quran. Pendedahan kemahiran Tadabbur Tazakkur secara berstruktur dan ia mempunyai tingkatan-tingkatan iaitu dari Level satu hingga lapan (L1-L8).

Umumnya yang saya boleh kongsikan buat pembaca, apa yang bakal anda pelajari adalah;

  • Mendedahkan kemahiran tadabbur tazakkur al Quran secara berstruktur
  • Membina kemahiran penyampaian (pendakwah)
  • Membina kemahiran asas penyelesaian masalah & inovasi berdasarkan al Quran & Sunnah

Jika sekadar membaca tafsir atau terjemahan tetapi tidak nampak apakah sebenarnya pesanan yang Allah nak sampaikan maka bermakna kita masih belum faham al Quran. Masya Allah, kan. 

Jadi jika kita benar-benar ingin faham ayat Allah, maka belajarlah ilmu tadabbur atau kelas tadabbur maka kita akan memahami sedalam-dalamnya pesanan, peringatan, serta bagaimana mengaplikasikan kefahaman ini sebagai panduan hidup kita di dunia mengikut acuan yang telah Allah sediakan.


Al Quran Sebagai Panduan Hidup

Ustaz Harfiz bin Hamzah berkata semasa kelas kuliah online pagi tadi iaitu;

al-Quran itu perlu di imani dengan sebetul-betulnya

fokus kepada al-Quran, barokah al-Quran

Allah memuliakan mereka yang bersama dengan al-Quran


Ayat ini sangat memberi kesan kepada diri saya sendiri, betapa saya telah gagal menggunakan al Quran sebagai pedoman hidup sedangkan sering berkata kepada diri sendiri; 

aku ingin redha Allah 


Ingin redha Allah, tetapi tidak seratus peratus jelas makna ayat al Quran. Jangan kata surah 1, mana-mana surah pun belum jelas. 

Kata-kata beliau, menusuk hati namun kata Coach Jamil, kita masih belum terlambat untuk belajar. Orang yang terlambat adalah apabila dia tahu akan hal ini, hakikat ini maka dia ada peluangnya, dia menangguhkan. 

Bertangguh untuk belajar isi kandungan al Quran. 

Allahu akbar. Apa pendapat pembaca semua?

Apakah kita sudah terlambat? Saya doakan agar kita semua tidak terlambat, mulakan sekarang dengan apa kaedah yang ada, banyak ya kelas tadabbur, antara para pentadabbur yang terkenal, iaitu Ustaz Syaari Abd Rahman kan? Haa, ada kelas ya sahabat. Usah risau. Kita doa banyak-banyak kepada Allah agar diberikan peluang dan kesempatan untuk mengaji ayat-ayat kitab Allah ini dengan sebetul-betulnya.

Pertama sekali; apa yang kita boleh lakukan terlebih dahulu. Mulakan dengan adakan Al Quran Terjemahan di sisi kita. Setiap seorang ada al Quran terjemahan / tafsir. Kemudian bacalah, baca sahaja dahulu. Ini antara yang saya mula belajar juga, kita baca dan sebaiknya berguru. Dan subhanallah, kini sudah ada terlalu banyak channel, buku dan panduan untuk kita rujuk apakah tadabbur bagi surah-surah dan ayat-ayat al Quran. 

Antaranya melalui sesi Quran Time di TV Al Hijrah oleh Tuan Fazrul Ismail. 

Kelas percuma atau berbayar oleh para Ustaz, di Youtube, Zoom, kelas online dan offline.

Buku-buku tadabbur tazakkur juga sudah banyak di pasaran, contoh buku popular adalah dari siri Quran time sendiri iaitu buku #myqurantime


Kursus TOTIQ Berapa Lama?

Kursus totiq ini dijalankan selama empat bulan, ada tugasan, kuiz, peperiksaan malah pembentangan. Bagi sesi TOTIQ 3, kami ada 3 kumpulan iaitu TOTIQ Kelantan, TOTIQ Putrajaya dan TOTIQ Online. Saya kongsikan perbezaan ketiga-tiga kumpulan ini secara lengkap, sebagai rujukan akan datang kan, mana tahu rezeki TOTIQ 4 nanti, namun semuanya tertakluk kepada pihak Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd. 

kelas totiq yayasan ummi malaysia fazrul ismail


Jadual penuh seperti di bawah;


jadual kelas totiq 3

Tuan Fazrul Ismail

tuan fazrul ismail totiq

Tuan Fazrul Ismail terkenal sejak program TV my Quran Time diperkenalkan kan? Kenal tak sahabat semua akan beliau? Saya teringat seperti satu gelombang semasa PKP lepas akan kaedah tadabbur al Quran ini, dimulakan dari TV Al Hijrah di dalam program MYQuranTime, kemudian mulalah bersiri-siri buku nota My #qurantime. Buku ini sudah ada dari Juzuk 1 hingga Juzuk 26. 

buku nota my #qurantime

Bagi yang nak dapatkan buku-buku siri nota My #qurantime boleh dapatkan di Shopee.

buku lengkap nota my #qurantime

Pembelian Buku Nota My #QuranTime 1-26 : SINI

Saya kongsikan biodata Tuan Fazrul Ismail bagi yang ingin tahu lebih lanjut dan kenali beliau. 

tuan fazrul ismail totiq

Fazrul Fahmee Ismail mendapat ijazah Kejuruteraan Kimia & Minor in Arabic dari Purdue University, West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau juga mendapat ijazah bahasa arab dari Alim International Arabic Learning Centre, Kaherah, Mesir. Fazrul Ismail ialah seorang penyelidik, jurulatih, penceramah dan coach dalam bidang keusahawanan dan softskills serta banyak menyampaikan siri latihan mengambil pengajaran dari al-Quran dan Sunnah. Latarbelakang pendidikan beliau di US dan Mesir menjadikan modul beliau amat istimewa untuk peserta yang pernah menyertai program beliau. Beliau amat suka untuk membimbing dan mendidik individu yang berwawasan yang ingin berjaya.

 Antara buku dan artikel yang ditulis oleh beliau adalah

❖ Panduan Asas Teknik Ulul Albab – Sifir 16 (2019)

❖ Board Game: QINGO – Quranic Bingo (2018)

❖ Produk : Flash 114 (2017) – flash card untuk mengingati 114 Surah dalam Quran

❖ Nikmatnya Tadabbur Tazakkur (2016)

❖ Bina Modul (2016)

❖ Sinopsis 114 Surah (2016)

❖ Kolumnis Majalah i diterbitkan oleh Karangkraf (2004 – 2016).

❖ Ebook Saya Mahu Belon (2013)

❖ Buku Lonjakkan Potensi Diri – MasterPIES (2012)

❖ Kolumnis majalah Zuriat di Singapura (2010-2011)

❖ Al-Fatihah Workbook – disiapkan di US (2009)

❖ Hidup Zero Alasan (2005) – diterbitkan bawah PTS

❖ Pemikiran Sistemik (2004)- diterbitkan di Malaysia oleh PTS Publications &


Distributors.

❖ Pemikiran Sistemik (2003)– diterbitkan di Mesir

❖ Systems Thinking in Action –teknik aplikasi Pemikiran Sistemik

❖ Teknik Komunikasi untuk Nuqaba’

❖ Mengapa 10? – menerangkan mengapa ada 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik

❖ Amalan Berjaya bagi Lelaki dan Wanita –konsep berjaya yang dinyatakan dalam Surah al-Mukminoon

Saya ambil ringkasan tentang Tuan Fazrul di sini, https://malay.muslimcentral.com/series/fazrul-fahmee-ismail/


Sekiranya sahabat ada niat untuk belajar tentang tadabbur, saya kongsikan rujukan website dan rumah mengaji yang saya sendiri follow.


1) Rumah SASU (khas wanita) : https://www.facebook.com/SASUTRAININGANDCONSULTANCY/

2) Sembang Tingkap (Tadabbur for Nisa - juga untuk wanita) : tiada link kerana ini group whatsapp, boleh hubungi saya untuk join group

3) Yayasan Ummi Malaysia : https://yayasanummi.my/

4) Akademi Sinergi Ikhlas : https://akademisinergi.com/v3/

5) TOTIQ TV : https://www.youtube.com/@totiqtv


Kesimpulan 

Sebenarnya ini merupakan kelas pertama kalinya bagi saya serius ingin belajar ilmu tadabbur, sebelum ini setelah hampir setahun lebih saya berada di dalam lingkungan dan kumpulan belajar makna al Quran tetapi secara lewa. Bila masa terluang saya sertai mendengar kuliah dari rakan yang mengajar dan berkongsi ilmu. Teknik Cara Faham Al Quran, Teknik Maqroq, tetapi jika disuruh saya menulis kembali apakah tadabbur bagi ayat sekian-sekian. 

Maaf, saya tidak mampu lagi untuk keluarkan secara baik. Bukan pada level pentadabbur, malah untuk diri sendiri dan nak didik anak-anak saya juga tidak yakin.

Kenapa saya mula ingin belajar dengan lebih mendalam tentang ayat kalam Allah ini adalah untuk anak-anak saya. Merekalah faktornya, saya nak sama-sama mengajar mereka tentang Allah, bagaimana cara hidup sebenarnya seorang Islam, bagaimana nak mula faham dan cara baca terjemahan Al Quran itu dengan betul. Adakah main baca sahaja? 

Dan bagaimana nak mendidik dan membimbing anak-anak ini mengikut jalan aturan Allah jika diri sendiri sebagai ibu, saya tidak ada ilmunya, oleh sebab itulah saya cuba belajar dengan akademi TOTIQ ini walaupun perasaan ini sangat takut kerana saya tidak asas bahasa arab, mahupun belajar agama (sekolah aliran agama). Ketakutan dan kebimbangan itu ada namun setelah mendengar kuliah dari Ustaz Harfiz dan Coach Jamil hari ini, saya bersyukur sangat-sangat, Allah beri peluang ini kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan semua di TOTIQ. 

Ini baru hari pertama, bulan pertama... Doakan kami semua ya, dan saya doakan buat pembaca sekalian, jika ada kesempatan kelas, bengkel mahupun kursus sebegini, ambillah. Allah akan mudahkan urusan kita kerana ini adalah ilmu agamaNya. 

Semoga kita bertemu lagi sahabat

insya Allah

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan