Cara Lebatkan Buah Mulberry Dalam Pasu Dan Kelebihan Buah Mulberry

Menanam pokok Mulberry di rumah bukan sahaja memberi kepuasan, tetapi juga manfaat kesihatan yang besar. Buahnya yang sentiasa ada, mudah dijaga, dan tahan lama menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk ditanam di halaman rumah.


nikmat tanam pokok mulberry di rumah
Berbuah lagi, masih muda

Pengalaman Menanam Pokok Mulberry di Rumah

Saya bukanlah seorang yang gemar berkebun, tetapi sejak melihat anak-anak saya sangat gemar makan buah Mulberry, saya semakin teruja untuk menambah lebih banyak pokok ini. Walaupun sudah hampir 5-6 tahun menjaga pokok Mulberry yang pertama, saya baru sahaja menambah tiga lagi pokok dalam pasu dan juga cuba menanamnya terus di tanah.

Pokok Mulberry ini mudah dijaga dan tahan hidup, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin menanam tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Daun pokok ini juga lebat dan boleh digunakan untuk masakan, seperti membuat sayur goreng.


Baru je tanam beberapa bulan lepas, ada 3 pokok baru dalam pasu

Cuba juga dekat tanah, manalah tahu lain macam hasilnya (berangan tak salahkan)

Pokok asalnya, lebat sungguhlah dedaun dekat sini. Kene segera buat prunning, bolehlah makan sayur goreng dari daun Mulberry

Geram juga melihat pokok buah Mulberry yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat alam maya ni, buahnya besar dan bulat. Rupanya ada teknik yang saya tidak gunakan.

Marilah kita luangkan sedikit masa mengenal pokok Mulberry dan cara penjagaan yang dapat menghasilkan buah yang lebat!

CARA TANAM POKOK MULBERRY


Nak tanam pokok mulberry ni sebenarnya mudah aje iaitu dengan menggunakan keratan batang yang telah matang. Sepanjang saya try and error menanam pokok ini, saya ambil batang yang agak tua dan cucukkan sahaja di dalam tanah seperti kalian sudah lihat iaitu di tanah atau di dalam pasu.

Saya gunakan tanah campuran baja dengan tanah merah.

Cucuk dan siram seperti biasa, biasanya tunas akan muncul dalam 1-2 minggu. 

Saya ada jumpa cara yang dikongsikan oleh oleh Siti Saja menerusi Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara melebatkan buah mulberry yang mesti dicuba!

CARA MELEBATKAN BUAH MULBERRY


Geramnya saya lihat buah Mulberry yang banyak dan gemuk ni! Siti Saja ni memang pandai kan alhamdulillah, dapatlah beliau ajarkan kepada kita semua

Tanam dalam pasu menggunakan teknik lenturan. Nah tengok ni…. Memang meremut buahnya keluar!

Caranya mudah saja. Jom saya terangkan langkah demi langkah di bawah mengikut cara Siti Saja.

1. CARA CANTAS POKOK UNTUK BESARKAN BUAH


Mungkin ramai tak tahu, salah satu cara melebatkan buah mulberry yang paling menjadi ialah dengan meluruhkan semua daun sampai pokok betul-betul togel.

Daun tu bolehlah buat teh atau boleh juga buat goreng tepung, tak kisahlah. Yang penting mesti buang semua daun tu untuk ‘memaksa’ pokok berbuah.

Lepas tu, cantas juga semua pucuk yang ada. Dalam masa lebih kurang seminggu dua, akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.  Setelah buah hampir masak, luruhkan semua daun sekali lagi.

Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.

2. CARA BUAT TEKNIK LENTURAN.

Carian dari ladang Mulberry Saqdam (begini cara kaedah lenturan dan menogelkan daun-daun di pokok Mulberry!) Menarik kan

Satu lagi cara melebatkan buah mulberry adalah dengan teknik lenturan. Caranya mudah, lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik, ikat satu-satu di keliling batang utama.

Dahan yang lebih halus tu boleh juga selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut. Tanam dalam pasu ke, atas tanah ke sama je kaedahnya.

3. BAJA

Untuk pembajaan, Siti Saja menggunakan baja kopi. Rajinkan diri tambah tanah hitam di pangkal pokok. Kata beliau lagi, hanya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je. Namun jika saya, memang tiada tanah atau ruang pembakaran di rumah, bolehlah beli di nurseri atau di Shopee pun ada.

Khasiat Buah dan Daun Mulberry untuk Kesihatan


Selain dari rasanya yang manis dan menyegarkan, buah dan daun pokok Mulberry mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Beberapa khasiatnya termasuk:

  • Menurunkan Kolesterol
Daun Mulberry mengandungi bahan seperti rutin yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah.

  • Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Mulberry juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan serangan sakit jantung.

  • Meningkatkan Kesehatan Tulang
Buah Mulberry kaya dengan kalsium yang dapat membantu menguatkan tulang dan mencegah kerapuhan tulang.

  • Mengatasi Anemia
Bagi wanita yang mengalami anemia, jus Mulberry dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dan mengurangkan gejala kepucatan dan rasa mual, terutama selepas bersalin.

Tazakkur: Nikmat Makanan yang Baik dalam Islam


Menanam dan memakan buah yang baik adalah satu nikmat dari Allah yang perlu disyukuri. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman tentang makanan yang baik yang diberikan-Nya:

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu" (Al-Baqarah 2:57)


Pokok Mulberry adalah salah satu contoh rezeki yang Allah berikan kepada kita. Dengan menanamnya, kita bukan sahaja mendapat manfaat dari segi rasa, tetapi juga manfaat kesihatan yang besar. Semoga kita semua dapat menghargai setiap rezeki yang Allah berikan dan menjaganya dengan penuh syukur.

Kesimpulan: Manfaat Menanam Pokok Mulberry di Rumah


Menanam pokok Mulberry di rumah bukan hanya menguntungkan dari segi hasil yang melimpah, tetapi juga memberi manfaat kesihatan yang besar kepada keluarga. Dengan penjagaan yang betul dan teknik yang sesuai, kita dapat menikmati buah yang lebat dan berkhasiat.

Jadi, mari kita mula menanam pokok Mulberry di rumah dan nikmati hasilnya yang penuh berkah.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan