Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri: Cara Urus Masa dengan Efektif

 Bismillah. Menjadi seorang suri rumah yang bekerja sendiri memang mencabar. Kena uruskan rumah, anak-anak, dan dalam masa yang sama jalankan bisnes atau kerja freelance. Kalau tak ada jadual yang jelas, boleh jadi serabut dan akhirnya semua kerja tergendala. Jadi, penting untuk urus masa dengan bijak supaya semuanya lebih tersusun dan kita pun tak cepat penat!

jadual harian suri rumah bekerja sendiri
Simple dan serabut. Perlu ada meja untuk kita uruskan kerja seharian, saya suka ada area tersendiri berbanding membuat kerja di merata tempat.

Saya sudah menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berniaga sejak tahun 2017, selepas tamat pengajian di peringkat Sarjana. Ketika ini, saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat rapat dan apabila memikirkan kos perbelanjaan pengasuh yang tinggi, ianya agak tidak berbaloi untuk saya sambung bekerja di luar.

Antara faktor yang diambil kita adalah:

  1. Kos yuran taska 4 orang anak
  2. Kos minyak
  3. Kos makan di luar
  4. Komitmen hutang bulanan
Dikira semula dengan gaji yang bakal diterima, akhirnya saya mencuba peluang berniaga dari rumah dengan mengerjakan apa yang boleh dilakukan insya Allah. 

Saya mulakan dengan minat terhadap produk, jika anda suka skincare, anda cari produk yang anda sendiri boleh pakai dan amalkan. Harganya carilah yang tidak terlalu mahal, dan tidak terlalu murah. Kos untung menentukan kerja keras anda semua.

Adakah anda ingin pegang stok atau biarkan pihak HQ atau stokis yang uruskan juga memainkan peranan penting.

Semua ini diambil kira. Memegang stok bermaksud anda perlu bersedia berkhidmat secara COD, dan tidak culas dalam menghabiskan stok anda setiap bulan. Jika anda culas, anda mungkin akan menyimpan sahaja stok tersebut di bawah katil dan akhirnya kerugian.

Bisnes adalah tanggungjawab besar, dengan modal yang telah anda laburkan.

Sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman saya ya.

Seperti saya kongsikan, rutin harian seorang suri rumah dan bekerja sendiri adalah sangat padat. Andalah peniaga, ibu, pengasuh, tukang masak, tukang kemas rumah, serba serbi itu anda seoranglah yang melakukannya. Ia memerlukan daya motivasi yang tinggi untuk bergerak setiap hari melakukan kerja dan mencari sumber pendapatan. 

Memenatkan fizikal dan emosi, ya, terutamanya jika anak-anak anda masih kecil, tantrum dan memerlukan perhatian anda setiap masa. Ada ibu-ibu yang ke mana sahaja dibawa anak kecil ini setiap kali COD. Anak tidur di dalam kereta hampir setiap masa, ada juga yang naik motor untuk COD kerana mahu jimat kos minyak.

Jadual? Apakah penting? Ya dan mungkin tidak, namun dengan adanya rutin sebagai tabiat, anda tidak stress dan anda boleh blok waktu tersebut melakukan kerja anda, sama ada kerja rumah atau kerja bisnes.

Kenapa Jadual Itu Penting?

✅ Bantu kita elak stres sebab semuanya dah dirancang.
✅ Boleh seimbangkan antara keluarga, kerja, dan masa untuk diri sendiri.
✅ Lebih fokus dan produktif dalam mengurus rumah serta bisnes.
✅ Tak lagi rasa bersalah sebab dapat beri perhatian kepada semua perkara dengan adil.

Contoh Jadual Harian Seorang Suri Rumah Bekerja Sendiri

Setiap orang ada rutin yang berbeza, tapi ini contoh jadual yang boleh dijadikan panduan, saya sendiri menggunakan jadual yang agak sama dengan contoh jadual harian ini:

5:00 - 7:00 pagi – Bangun awal, solat Subuh, baca Quran, dan sedikit masa untuk diri sendiri (berzikir atau baca buku ringan). - anda dapat bangun menunaikan tahajud insya Allah dan lebih masa menguruskan anak-anak jika anak-anak sudah bersekolah.

7:00 - 9:00 pagi – Siapkan breakfast suami, pakaian, mengemas rumah, siram pokok dan mengemas luar rumah.

9:00 - 12:00 pagi – Fokus pada kerja atau bisnes. Contohnya, update stok, packing barang, buat content marketing, atau urus pelanggan.

12:00 - 2:30 tengah hari – Ambil anak-anak dari sekolah, masak, kemas, sidai baju, atau buat kerja rumah yang perlu. Waktu ini juga rehat dan solat. Sekolah petang (KAFA) pula.

2:30 - 4:00 petang – Sambung kerja atau fokus pada pemasaran online seperti update media sosial atau jawab mesej pelanggan.

4:00 - 7:00 petang – Masak petang, ambil anak dari sekolah petang, aktiviti petang dan makan malam. Kami biasanya makan malam paling awal jam 6 petang atau sebelum Maghrib. Jadi malam sudah tiada sesi makan berat atau memasak.

7:00 - 10:00 malam – Solat Maghrib, mengaji dan belajar. Solat Isyak selepas mengajar anak-anak, adakalanya sehingga jam 10.00 malam.

jadual harian suri rumah bekerja sendiri
Rupanya dengan menulis apakah aktiviti di sekeping kertas mampu mengubah persepsi anak-anak, mereka lebih comply dengan penanda kertas ini berbanding disuruh. Alas meja juga memainkan peranan, apabila alas meja ini diletakkan di atas meja, anak-anak sedia maklum sesi mengaji atau belajar bakal dijalankan.

jadual harian suri rumah bekerja sendiri
Meja makan berfungsi sebagai meja mengaji dan belajar. Sebelum ini, kami mengaji di ruang tamu, tetapi ada televisyen membuatkan anak-anak tidak keruan. Mahu menonton TV itu lebih kuat dari keinginan untuk mengaji atau belajar. Dengan cara baru, anak-anak saya lihat lebih fokus dan tidak fikirkan lagi tentang mahu menonton TV, alhamdulillah

⏰ 10:00 - 12:00 malam – Tidurkan anak-anak, sambung kerja jika perlu. 

Tips Urus Masa dengan Bijak

Setiap orang mempunyai cara tersendiri, namun bagi saya walaupun malas, saya tetap cuba menulis apakah tindakan selanjutnya. Apakah task yang perlu dilaksanakan segera, atau kemudian. Yang mana perlu diuruskan segera atau boleh ditangguh. Dengan cara ini, kita tidak akan serabut dan akhirnya tidak tahu yang mana satu perlu diuruskan terlebih dahulu.

jadual harian suri rumah bekerja sendiri
Saya gunakan excel juga sebagai to do list, terus pin di taskbar untuk memudahkan urusan. Saya tetap juga menggunakan widget di handphone. Terpulang kepada anda cara menguruskan, yang penting setiap tugasan ini terlaksana.


📌 Buat To-Do List – Tulis tugas penting supaya tak lupa.
📌 Tetapkan Prioriti – Fokus pada perkara utama dulu supaya lebih efisien.
📌 Jangan Multi-tasking Berlebihan – Fokus satu kerja pada satu masa supaya hasil lebih baik.
📌 Ambil Masa untuk Rehat – Jangan paksa diri, kalau penat, rehat dulu!
📌 Ajak Anak & Suami Bantu – Latih anak-anak bantu kerja rumah supaya kita tak buat semua sendiri.

Kesimpulan

Sebagai suri rumah yang bekerja sendiri, kita perlu bijak urus masa supaya semua perkara berjalan lancar. Kadang-kadang ada hari yang tak seperti dirancang, tapi yang penting kita fleksibel dan tak mudah stres. Yang penting, jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri juga! 

Macam mana dengan rutin harian anda? Jom kongsi pengalaman di ruangan komen! 

Catat Ulasan

0 Ulasan